Followers

Friday, December 31, 2010

SIAP SUDAH!

Alhamdulillah, akhirnya audio visual bagi filem Rasuk telah pun selesai. Kini Amy sedang giat menyiapkan filem Raya tak Jadi pula terbitan LineClear Motion Pictures. Insya-allah akan siap pada awal tahun 2011.

Di samping itu Amy ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua. Diam tak diam cepat betul masa berlalu kini sudah setahun lagi berlalu.

Amy berhajat agar tahun baru ini perniagaan amy iaitu Uk's Records Entertainment akan berkembang dengan lebih baru. Jika tiada aral melintang Amy dan Epy akan mengadakan promo UK's 2011 ke seluruh felda-felda pula. Insya-allah. Apa pula hajat anda tahun ini?

Thursday, December 9, 2010

Ukays Kembali Berbisa - Promo Baru



Video ini menampilkan 3 buah lagu iaitu, lepaskanmu kerna terpaksa, sesak (gelora), dan Hati yang terluka. Dinyanyikan oleh vokalis terbaru Uk's.


Ukays Kembali Berbisa

mengandungi 12 lagu yang terdiri daripada 6 buah lagu baru iaitu
lepaskanmu kerna, sesak, hati yang terluka, lumrah percintaan, dan aku jatuh cinta

manakala 6 buah lagu lama iaitu kekasihku di menara, bila diri disayangi, seksa, kau satu-satunya, pahit akan manis akhirnya, kerana pepatah lukaku berdarah dan di sana menanti di sini menunggu.

Kini promosi akhir tahun bermula dengan hanya RM30 anda dapat memiliki album terbaru Uk's Kembali Berbisa yang dihantar terus ke rumah anda tanpa perlu masa ke kedai untuk membeli cd
tsb.

Anda mahukannya?
Sila hubungi +603 89431549 (Uk's Records)

atau email detail anda
nama, alamat, emel, no telefon ke uks.records@gmail.com

atau terus ke http://uksrecords.blogspot.com or http://amyukay.blogspot.com
untuk terus mengisi borang order anda.

Dapatkan segera sementara STOK masih ada!
CEPAT CEPAT CEPAT!!!

Tuesday, November 30, 2010

Kejutan Hari Jadi ke 39

Alhamdulillah, hari ni 1hb Disember 2010 genaplah umur Amy 39 tahun.
Tak sangka cepat betul masa berlalu. Hari ini juga Amy mendapat sebuah kejutan dari rakan-rakan semasa Amy sedang bekerja.

memang kejutan besar buat Amy kerana pertama kali mendapat kejutan besar sebegini.

Amy hidangkan anda semua dengan gambar-gambar kejadian ya!

Kejutan Hari Jadi ke 39

Alhamdulillah, hari ni 1hb Disember 2010 genaplah umur Amy 39 tahun.
Tak sangka cepat betul masa berlalu. Hari ini juga Amy mendapat sebuah kejutan dari rakan-rakan semasa Amy sedang bekerja.

memang kejutan besar buat Amy kerana pertama kali mendapat kejutan besar sebegini.

Amy hidangkan anda semua dengan gambar-gambar kejadian ya!








Monday, November 29, 2010

Kisah seorang komposer

hi apa khabar semua? Amy kini sedang sibuk menjalankan proses foley bagi sebuah filem seram bertajuk Rasuk. Filem ini dibintangi oleh Fauziah Gous dan Ikram Dinzly dan bagi sesiapa yang berminat silalah membeli tiket di panggung wayang tahun depan. hihi.. (sorry, takde tiket free ya)

Sebenarnya, Amy nak memaklumkan semua bahawa Amy akan mula menulis tentang kisah Amy yang bertajuk Kisah Seorang Komposer di blog mula dari minggu depan. Insya-allah. Niat amy nak adalah bagi memberi iktibar dan teladan kepada mereka yang berminat meneruskan minat di dalam bidang ini.

Bukan senang, dari susah nak menjadi senang. Usaha kena kuat! Amy selalu berpegang pada prinsip " lagi kuat usaha, lagi cepat berjaya!". Tambahan pula manusia kini lebih mementingkan harta dan status, tiada apa yang perlu dinafikan kerana ini adalah sebuah kenyataan. Masa Amy susah dulu pun begitu juga. Tiada insan yang membantu kerana diri sendiri terpaksa menghadapi realiti. Namun Amy berterima kasih pada insan yang sudi membantu. Kini Amy sedar juga siapa kawan dan siapa lawan.

Oh serius betul kan? he he..

Tapi Amy berharap tahun depan akan lebih baik dari tahun ini. tap tup tap.. dah masuk tahun 2011 dah. Siapa sangka masa berlalu begitu pantas sekali. Mereka yang dah kahwin pun dah beranak. he he..

Walau apapun Amy harap semua akan nantikan coretan Amy ini setiap minggu, TUNGGUUUUU!

p/s: SESIAPA BERMINAT MEMBELI ALBUM UKAYS KEMBALI BERBISA KINI ADA PROMOSI BESAR-BESARAN IAITU BELI SATU PERCUMA SATU. PROMOSI SAH SEHINGGA HUJUNG TAHUN INI SAHAJA!
CEPAT CEPAT! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Sunday, November 28, 2010

PROMOSI PENGHABISAN STOK!

PROMOSI AKHIR TAHUN: Kepada semua yang berminat ingin membeli album terbaru Ukays Kembali Berbisa kini anda berpeluang mendapatkan 2 album pada harga hanya RM30 sahaja! Stok terhad! cepat cepat!!

Friday, November 19, 2010

Cara Pembelian Album Uk's Kembali Berbisa



Hi di sini Amy selitkan info untuk anda semua tentang cara-cara membeli album Uk's kembali Berbisa.

Tuesday, November 9, 2010

Update: Bulan NoV


Alhamdulillah, dah hampir menjelang hujung tahun.
Tak lama lagi nak menyambut Raya Haji dan Tahun Baru.
Tahun ini Alhamdullillah, rezeki makin banyak.
Bersyukur banyak-banyak pada Allah s.w.t

Oh ya nanti Ukays akan membuat show di MAHA di kawasan Jabatan Vetrinar
pada hujung bulan ini.
Jumpa di sana ya, kepada yang ingin membeli Album Ukays boleh lah beli direct di sana.

Baiklah, Amy sekarang tengah siapkan Filem RASUK, dan RAYA TAK JADI.
Insya-allah RASUK dan RAYA TAK JADI akan ditayangkan tahun depan.
TUngguuuu...

Sunday, October 24, 2010

Battle of The Bands, Bandar Muadzam Shah, Pahang






Kepenatan betul Amy setelah pulang dari Bandar Muadzam Shah bersama-sama Epy, Yana Hisham, Anna dan Malik. Jadual Amy sememangnya agak padat bulan ini. Oleh kerana, dihubungi last minutes namun Amy tetap teruskan juga.

Berikut merupakan jadual perjalanan Amy semalam.

Jadual

1.00pm : Bertolak ke Bandar Muadzam Shah
4.30pm : Tiba buat pertama kali di bandar Muadzam Shah
5.00pm : Tiba di DEWAN DARA MUADZAM SHAH. Membuat soundcheck.
6.30pm : Selesai soundcheck.
7.00pm : Dinner di WAWA Inn dan check in.
8.30pm : Bersiap-siap menuju ke Dewan
9.00pm : Persembahan peserta Battle of The Bandshttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2565734645987748117
10.00pm: Ketibaan YB Senator Datuk Maznah Bt Mazlan dan pesembahan peserta terakhir.
10.30pm: Pengacara memberi sepatah dua kata dan menjemput Amy dan Epy membuat persembahan. Selesai Amy membuat persembahan solo gitar dan memberi ucapan diikuti dengan persembahan dari Epy dengan 2 buah lagu.
11.00pm: Ucapan oleh YB Senator Datuk Maznah Mazlan
11.30pm: Penyampaian cenderahati dan hadiah pada pemenang. Sesi karaoke bersama-sama.
12.00pm: Sesi bergambar dan tandatangan.
1.00 am: Majlis tamat. Alhamdulillah


Baiklah, Amy selitkan juga beberapa keping gambar untuk tatapan semua.
Selebihnya sila layari facebook Uk's Records

Amy berasa puas hati dengan show semalam walaupun pelbagai dugaan dan cabaran perlu Amy tempuhi untuk meneruskan show tsb. Apapun Amy ingin berterima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia kerana menjemput Amy ke sana. Juga pada yang menang, semoga berjaya! Juga all the best kepada Geng2 Battle of Bands!

Tuesday, October 19, 2010

Ikon Belia



Tak sangka betul Amy apabila menerima sms dari setiausaha Senator Datuk Maznah Mazlan yang menjemput Amy ke Pahang pada 23 hb Oktober ini. Tujuannya? Amy dijemput sebagai Ikon untuk membuat persembahan bagi Battle Of The Band kepada belia. Alhamdulillah.
Kepada sesiapa nak bertemu Amy , bolehlah ke sana! Jumpa di sana!

Thursday, October 14, 2010

Dubbing bagi Filem Rasuk!






Kini Amy sedang sibuk pula dengan filem Rasuk. Di mana Amy sedang menjalankan proses dubbing.

Dubbing adalah proses memasukkan suara di dalam sebuah filem. Secara peribadi, Amy lebih gemar menggunakan dubbing suara bagi sebuah filem kerana apabila kita memasukkan efek, muzik dan ambiance (bunyi persekitaran), suara pelakon tersebut lebih jelas kedengaran di panggung. Namun ia memerlukan lebih banyak masa dan lebih ketelitian berbanding direct sound (bunyi yang dirakam secara langsung sewaktu penggambaran). Lain kali Amy akan terangkan lebih lanjut tentang direct sound. Tetapi sebenarnya lebih banyak kelebihan menggunakan dubbing ini berbanding direct sound. Antara kebaikkannya:

1. Suara lebih jelas dan nyata di panggung
2. Menyelamatkan suara yang hilang/ rosak semasa direct sound

Kebanyakkan filem luar negara seperti King Kong juga menggunakan proses dubbing.

Oh ya sempat juga Amy snap picta di sini sana sepanjang dubbing tersebut.
Layan lah ya. Bye!

YOUTUBE CHANNEL AMY UK'S *UPDATED!



Kami menerima tempahan untuk Dj Amy Uk's, artis kumpulan Uk's, dan juga PA system untuk memeriahkan suasana majlis anda. Sila hubungi kami di 016 328 0027 atau emel kepada uks.records@gmail.com.

Web: http://uksrecords.blogspot.com or http:// amyukay.blogspot.com

Search: Twitter/ Facebook - Amy Uk's

Lagu: Selamat Pengantin Baru (lagu Tema Kecoh Betul)

Mengandungi lagu hakcipta White Merpati Entertainment

Friday, October 1, 2010

Promosi Habis!

Hi! Pada sesiapa yang bertanya, kini tiada lagi pos percuma kerana promosi Aidilfitri telah tamat. Kini anda perlu membayar RM4 bagi pos. Namun jika melebihi had berat yang ditetapkan maka akan di caj RM6. Harap maklum!

Terima kasih kerana membeli bersama kami.
Admin Amy Uk's Blogspot.

Thursday, September 30, 2010

DAPATKAN HARI INI!



Beli di sini hanya dengan klik satu butang. Isi borang di atas dan kami akan pos ke rumah anda!
Cepat-cepat sementara stok masih ada!

Saturday, September 25, 2010

Kerja yang memenatkan kepala otak!




Aduh~ banyak betul kerja sampai takde masa berehat.
Minta maaflah kepada yang menjemput ke majlis rumah terbuka.
Amy memang tak dapat menghadiri kerana kesibukkan yang teramat sangat.
apapun selamat beraya kepada semua!
makan berpada-pada ya!

Step by step membeli CD!

Jualan murah! Jualan Murah! CD Album Ukays Kembali Berbisa hanya RM25, manakala cd soundtrack filem Akhirat dan Kecoh Betul hanya RM10 sahaja. Dapatkan segera, sementara stok masih ada!




Posted by Picasa






1.Hantarkan emel anda kepada amyuks@gmail.com.
Butiran yang perlu adalah:

i. Nama
ii. alamat rumah/pejabat dsbginya
iii. no telefon anda

2. Setelah menghantar, insya-allah kami akan cuba membalas dalam masa 24 jam.

3. Setelah itu, kami akan memberi no akaun kami di mana pembayaran harus dibuat dalam masa 3 hari. Jika tidak, booking dianggap batal.

4. Sertakan no rujukan bank atau resit sebagai bukti pembayaran.

5. Kami akan berikan no rujukan pos setelah barang dipos kepada anda.

Terima kasih!

Monday, September 13, 2010

Selamat Pengantin Baru

Selamat Malam, oleh kerana terlalu banyak soalan tentang lagu pengantin dalam filem kecoh betul. Amy ingin nyatakan bahawa lagu tersebut bertajuk Selamat Pengantin Baru dan hanya terdapat di dalam CD Soundtrack Kecoh Betul yang dijual pada harga RM10 sahaja.

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya


di sini Amy ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah dan silap sepanjang tahun ini. Semoga di bulan ramadhan ini diberi keberkatan dan nikmat dariNya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Amy ucapkan!

Friday, August 27, 2010

Yana - GO AWAY



Ini merupakan sebuah lagu yang Amy buat khas untuk Album Yana - Ceria. Lagu ni pernah melonjak ke no 1 di carta Xfresh.fm selama beberapa minggu berturut-turut. Layanlah~

Thursday, August 26, 2010

Bekerja!


Hi! Sekarang ni amy sedang sibuk bekerja. Sempat jugalah bergambar semata-mata nk post dalam blog. Silalah layan ya! Selamat Berpuasa!


Saturday, August 21, 2010

Adik Manja Returns

Hi semua!
Selamat berpuasa!

Bulan ini, Amy agak sibuk mengendalikan dua buah filem.
Alhamdulillah filem Adik manja returns hampir siap.
Cuma tinggal part muzik sahaja.

Di sini Amy ingin menyelitkan beberapa video Di sebalik Tabir buat tatapan semua. Enjoy!






Jualan Murah! Cepat! Cepat!

Jualan murah! Jualan Murah! CD Album Ukays Kembali Berbisa hanya RM20, manakala cd soundtrack filem Akhirat dan Kecoh Betul hanya RM10 sahaja. Dapatkan segera, sementara stok masih ada!


Wednesday, August 18, 2010

Safeguards Securicor Singing Competition 2010



Assalamualaikum..

Baru-baru ini Amy telah dijemput sebagai juri bagi pertandingan nyanyian oleh Safeguards Securicor di Hotel Armada. Seramai 10 orang bertanding pada malam itu. Memang saingan amat sengit kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Tahun lepas Amy turut juga dijemput sebagai juri, namun kali ini tampak lebih menarik. Akhir sekali, pertandingan tersebut dimenangi oleh Nobi yang menyanyikan lagu Seragam Hitam oleh Kristal. Memang menarik persembahan beliau tambahan lagi dengan penampilan yang serba hitam.

Semoga berjaya Nobi dalam karier anda. Pada yang tak menang, cuba perbaiki lagi dan banyakkan berlatih. :)

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum..
Amy ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia terutama sekali di Malaysia. Jangan lupa niat puasa dan jalankan ibadah puasa dengan berhemah!

Tuesday, July 27, 2010

Karnival Mesra Ria Pibg 2010






Alhamdulillah selesai sudah Karnival Mesra Ria Pibg 2010 yang berlangsung di Sek Keb Seksyen 27 (1) Shah Alam. Meriah sekali dengan jualan makanan, pakaian, karaoke dan sebagainya.

Pada hari sabtu, keadaan cuaca agak baik dan mendung. Namun pada hari ahad, hujan turun tak henti-henti dari petang. Terpaksalah kami membuat persembahan dalam keadaan basah.

Alhamdulillah, misi kami pun selesai. Harap2 dapat memeriahkan lagi suasana sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Sua Rasa tv9

Kami akan berada di Sua Rasa Dataran Ayer Keroh, Melaka pada hari Sabtu ini! Jumpa di sana

Sunday, July 18, 2010

Karnival Mesra Ria Pibg 2010


Jum ramai-ramai ke Karnival Mesra Ria Pibg 2010 di Sek Keb Seksyen 27 (1)
pada 24 dan 25hb ini. Macam-macam aktiviti diadakan antaranya ialah pertandingan karaoke, menaiki kuda padi, flying fox, sand art, persembahan artis, dan pelbagai lagi.
Jumpa di sana!

Promo Album oleh Peminat

Thanks pad NyamukMillenium atas video tersebut..
Layan..


Wednesday, July 14, 2010

Filem 'Rasuk'



Hi, kali ini 'entry' Amy adalah tentang projek terbaru Amy iaitu sebuah filem seram (horror) bertajuk Rasuk. Huuu....hantuuuu

Dengar tajuk je dah seram kan? Filem terbaru dari White Merpati Entertainment ini dibintangi oleh Fauziah Gous dan Ikram Dinzly. Kini dalam proses 'post production'. Bakal ditayangkan insya-allah bulan 11 tahun ini. Mesti tak sabar korang nak tengok kan?

Amy sedang sibuk menyiapkan lagu tema bagi filem tersebut yang bertajuk ' Dendam yang tak sudah'. Di nyanyikan oleh Azwan dari kumpulan nasyid Fareast dan Atan bekas vokalis kumpulan Leon. Lagu ini berkonsepkan nasyid rock, di mana Amy mengabungkan kedua-dua elemen di dalam sebuah lagu. Harap-harap mendapat sambutan yang menggalakan.


Nantikan di panggung terdekat anda ya! oh ya, Amy turut selitkan video di belakang tabir pembikinan lagu tema tersebut. Tengok ya!

p/s: sinopsisnya boleh dibaca di sini
http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Rasuk_888

Friday, July 9, 2010

Konti di Kl.fm


Hari ini Amy dan Epy berkonti di Kl.fm bagi pencalonan Lagu Baru iaitu lagu Hati Yang Terluka.
Jangan lupa vote KLFM 2 KOD LAGU>hantar ke 32728 .

Undi 2 buah lagu pilihan anda
Setiap Isnin dan Selasa ( slot undian carta Klfm ) 3 hingga 4 petang

Jangan lupa vote ya!


Thursday, June 17, 2010

Tragedi Tanjung Karang

Pada 4hb Jun, Amy dan krew semua bersiap-siap di studio sebelum bertolak ke Tanjung Karang. Sehari sebelum itu, cermin kereta Amy pecah akibat ditimpa buah kelapa. Terpaksalah hantar ke kedai. Bagaikan ada petanda kepada masalah yang menimpa. Setelah siap, kami pun bertolak menaiki dua buah kenderaan, iaitu sebuah kereta dan van. Van pergi dahulu kerana Amy mahu menuju ke rumah Epy di rawang dan dari situ terus ke Tanjung Karang.

Tak sangka pula perjalanan memakan masa yang lama kerana kesesakkan lalu lintas. Huh!, dahlah cuaca panas, tuhan sahaja yang tahu. Kami bertiga di dalam kereta itu. Bersumpah-sumpah Amy kerana perjalanan yang memakan masa lebih kurang beberapa puluh minit menjadi sejam. Terpaksa juga Amy gagahkan juga.

Akhirnya sampai juga di rumah Epy, tapi kami agak terlewat dari masa yang kami jangka akan tiba. Amy teruskan juga ke Tanjung karang. Sewaktu dalam perjalanan Amy hampir dilanggar oleh sebuah lori apabila memotong. Nasib baik. Lebih kurang jam 6, kami pun tiba. Alhamdulillah.

Setelah memasang semua barang dan berehat sebentar, kami pun teruskan dengan program kami. Memang meriah betul keadaan di Jom Gegar, Tanjung Karang ini di waktu malam. Dalam sekelip mata tapak yang lengang menjadi sesak dengan orang ramai.

Amy dan Epy di temu ramah oleh Dj M pada lebih kurang jam 8.30 malam. Selepas itu, Epy terus membuat pesembahan sementara Amy menjaga di belakang pentas. Oh tak sangka ramai betul peminat Ukays pada malam itu. Selepas persembahan, khemah kami dikerumuni peminat yang ingin melihat gelagat Epy bersama peminat. Pada lebih kurang jam 11.30 malam, kami mengemas dan mengorak langkah untuk pulang ke Puchong. Sempat juga berehat minum kopi sebelum itu.

Lebih kurang jam 1 pagi, kami bertolak pulang. Pada mulanya keadaan baik tetapi tiba-tiba kami terlepas simpang. Itu memaksa kami memasuki jalan lama untuk keluar ke jalan besar. Tak sangka pula kami memasuki jalan yang gelap yang dikelilingi dengan pokok-pokok. Walaupun agak takut, tapi kami teruskan juga.Tuhan sahaja yang tahu, betapa gelapnya kawasan itu. Bagaikan ada yang memerhati di sepanjang perjalanan itu. Jalannya pula diliputi dengan lumpur dan batu-batu, memang tidak sesuai bagi kenderaan keluar masuk.
Kerana yakin dengan papan tanda kami teruskan juga tiba-tiba kami terkejut melihat 2 simpang di hadapan kami adalah jalan masuk ke dalam kawasan estet dan bukan jalan keluar. Di kanan pula ada kuil India. Aduhai, kami pun pusing kembali dan berhenti di sebuah simpang. Amy pun keluar dan ternampak cahaya dari jauh. Amy ikut gerak hati dan terus melusuri jalan itu untuk keluar. Alhamdulillah, ternampak kawasan perkampungan Melayu dan kami terus bertanya jalan keluar.

Akhirnya kami berjaya keluar dari kawasan tersebut setelah hampir 1 jam sesat. Kami pun berhenti makan. Sewaktu itu, macam-macam bermain di fikiran kami. Sehinggakan, kami fikirkan kedai makan itu wujud atau tidak. Tidak lama, kami teruskan perjalanan dan satu lagi masalah menimpa apabila tayar pancit. Aduhai, apalah dugaan yang kau berikan. Kami bagaikan tidak percaya masalah datang berturut-turut.

Setelah menukar tayar kami diberitahu bahawa selang beberapa minit sebelum tayar pancit di hadapan kami sebuah kemalangan telah berlaku. Masya-Allah. Terkejutnya. Nasib baik bukan kami yang kemalangan. Setelah itu kami, menuju ke stesen minyak bagi mengepam tayar tesebut. Tapi Amy melihat ada yang tak kena dengan tayar belakang. Mungkin kekurangan angin, jadi Amy pam juga. Setelah itu kami teruskan juga dan menghantar krew ke Rawang.

Manakala, Amy teruskan ke Puchong. Alhamdulillah selamat sampai pada jam 6 pagi. Wah, perjalanan sejam telah memakan masa berjam-jam lamanya. Petang itu, jangkaan Amy betul apabila melihat tayar belakang Amy juga pancit. Mungkinkah ini dugaan atau kebetulan?


Saturday, June 5, 2010

Ukays di Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Promosi Album lagi? he he..
Kali ini krew kami ke Taman Warisan Pertanian Putarajaya.
Kami dijemput oleh DRazSuccess bagi memeriahkan suasana di sana sambil mempromosikan album Kembali Berbisa.


Dalam ketenangan di taman tersebut ada juga yang terhibur dengan kelincahan Epy di pentas dan telatah peminat yang berhibur bersama Epy.

Alhamdulillah, ramai juga yang membeli album pada malam itu dan sempat juga kami berposing bersama-sama mereka. Diharapkan sokongan peminat akan berterusan sampai bila-bila. Terima kasih!

UKAYS KEMBALI BERBISA DI DOWNTOWN CHERAS






Downtown Cheras merupakan destinasi seterusnya dalam rangka promosi Album Ukays Kembali Berbisa. Buat julung kalinya, kami mengadakan promosi di downtown Cheras. Setibanya kami di sana pada jam 8 malam, krew serta Amy terus menyiapkan 'gerai' kami. Lebih kurang jam 10, kami mulakan persembahan dari Epy dan Amy selaku Dj yang bertugas pada malam itu.


Belum sampai 10 minit, sambutan memang menggalakan sehingga memenuhi ruangan tapak di downtown tersebut. Walaupun hampir 2 jam, Epy menghiburkan mereka, namun peminat tetap menyokong dan terus menonton persembahan. Sorakan demi sorakan menaikkan lagi semangat kami.

Peminat memang 'sporting' di sana kerana sudi berhibur dan menyanyi bersama Epy. Alhamdullilah, jualan album melepasi target pada hari tersebut. Insya-allah kami akan terus mengadakan promosi di sana.

p/s: Peminat-peminat boleh melayari blog kami bagi melihat jadual Promosi kami bagi yang ingin mendapatkan Album Ukays kembali berbisa dengan harga promosi atau untuk berjumpa dengan Ukays secara live.

UKAYS KEMBALI BERBISA DI MYDIN


Hi!

Destinati kedua bagi promosi album Ukays Kembali Berbisa merupakan di Mydin Subang Jaya. Jeng jeng.. Acara tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21 - 23hb Mei 2010. Memang best berada di sana kerana semua booth bekerjasama dengan baik dan diorang semua sangatlah 'sporting'.


Sempat juga Amy menemubual mereka bagi mempromosikan produk mereka. (iklan free lah katakan). Sambil promosi dapat merasa produk mereka dengan free juga. he he..


Dalam masa yang sama, Epy sempat membuat persembahan bagi menghiburkan para peminat yang ada di sana. Memang best lah 'crowd' di sana sampai blocking jalan masuk ke Mydin. Sorry yer, pihak management! Kami pun tak sangka sampai begitu sekali keadaan peminat di sana.
Alhamdullilah, masih ada yang meminati Ukays walaupun bertahun lamanya tidak membuat show dan album.


Agak ramai juga yang telah membeli album Ukays pada hari tersebut. Memang rugi siapa yang tak beli. Abang dalam gambar di atas ini pun sempat membeli. Siap minta Epy nyanyi live sebab tak percaya pada suara Epy. Agak lucu bukan? Insya-allah sekiranya semua menyokong kami diharap belilah album Ukays Kembali Berbisa secara original.

p/s: beli online pun boleh. hantarkan nama, alamat emel, alamat dan no tel pada kami. Dan bankin pd akaun kami, terus kami pos pada anda! tq

Promosi Kecoh Betul & Ukays Kembali Berbisa


Hari Belia Negara 2010

Assalamualaikum..

Agak lama sudah Amy tak berblogging.. bukan apa, masa tak mengizinkan. Jadual waktu yang agak padat sehinggakan tidak berkesempatan untuk membuat aktiviti -aktiviti lain. Hari ini berkesempatan juga melayari internet dengan masa yang agak panjang. Minta maaflah sekiranya 'entry' kali ini agak banyak berbanding sebelum ini.


Pada 14, 15 dan 16hb Mei yang lalu, kami telah turun ke Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010. Tidak dinafikan memang agak banyak 'booth' di sana. Ini kerana kawasan persiaran Putrajaya yang luas hingga menempatkan begitu banyak booth. Kalau dah kata luas tu nampak gaya kaki yang melangkah pun kenalah panjang, ditambah pula cuaca yang panas dan kering. Aduhai.. tapi berkat kesabaran, semangat nak berusaha kenalah bersusah payah sedikit.

Tujuan kami ke sana adalah bagi mempromosi Filem Kecoh Betul yang telah pun keluar di panggung pada 3hb Jun 2010 di samping itu mempromosikan Album terbaru Ukays: Kembali Berbisa. Acara yang berlangsung 3 hari itu, mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan belia.

Sempat juga kami membuat persembahan bersama-sama peminat di sana. Huh, memang tak sangka ramai juga yang turut serta menyanyi bersama Epy. Tak sangka ramai juga yang meminati Ukays setelah sekian lama tidak menghasilkan album.


Insya-allah kami akan jelajah ke tempat lain pula bagi mempromosikan album terbaru kami. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. Doa-doakanlah ya!