Followers

Friday, August 27, 2010

Yana - GO AWAY



Ini merupakan sebuah lagu yang Amy buat khas untuk Album Yana - Ceria. Lagu ni pernah melonjak ke no 1 di carta Xfresh.fm selama beberapa minggu berturut-turut. Layanlah~

Thursday, August 26, 2010

Bekerja!


Hi! Sekarang ni amy sedang sibuk bekerja. Sempat jugalah bergambar semata-mata nk post dalam blog. Silalah layan ya! Selamat Berpuasa!


Saturday, August 21, 2010

Adik Manja Returns

Hi semua!
Selamat berpuasa!

Bulan ini, Amy agak sibuk mengendalikan dua buah filem.
Alhamdulillah filem Adik manja returns hampir siap.
Cuma tinggal part muzik sahaja.

Di sini Amy ingin menyelitkan beberapa video Di sebalik Tabir buat tatapan semua. Enjoy!






Jualan Murah! Cepat! Cepat!

Jualan murah! Jualan Murah! CD Album Ukays Kembali Berbisa hanya RM20, manakala cd soundtrack filem Akhirat dan Kecoh Betul hanya RM10 sahaja. Dapatkan segera, sementara stok masih ada!


Wednesday, August 18, 2010

Safeguards Securicor Singing Competition 2010



Assalamualaikum..

Baru-baru ini Amy telah dijemput sebagai juri bagi pertandingan nyanyian oleh Safeguards Securicor di Hotel Armada. Seramai 10 orang bertanding pada malam itu. Memang saingan amat sengit kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Tahun lepas Amy turut juga dijemput sebagai juri, namun kali ini tampak lebih menarik. Akhir sekali, pertandingan tersebut dimenangi oleh Nobi yang menyanyikan lagu Seragam Hitam oleh Kristal. Memang menarik persembahan beliau tambahan lagi dengan penampilan yang serba hitam.

Semoga berjaya Nobi dalam karier anda. Pada yang tak menang, cuba perbaiki lagi dan banyakkan berlatih. :)

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum..
Amy ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia terutama sekali di Malaysia. Jangan lupa niat puasa dan jalankan ibadah puasa dengan berhemah!