Followers

Friday, May 21, 2010

Melodi 16hb Mei 2010

16hb Mei 2010, Amy telah dikejutkan dengan sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan di rancangan Melodi. Sewaktu berlangsungnya siaran tersebut Amy sedang bertugas bagi promosi filem Kecoh Betul di Putrajaya. Tidak Amy sangka terjadinya perkara seperti ini, walaupun penerbit filem Kecoh Betul; Mr Baldev telah memaklumkan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat di melodi.

Kejadian tersebut berlaku pada 12hb Mei 2010, di Golden Screen Cinema, Tropicana City di antara jam 5.15 petang apabila Amy telah diserang oleh lelaki tersebut selepas tayangan perdana berlangsung di hadapan pula ramai sedang sibuk dengan 'press conference' yang bakal berlangsung. Tatkala itu, Amy sedang bertugas menjaga audio bagi 'press conference' tersebut tiba-tiba datang seorang lelaki yang menyerang Amy dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dan menuduh Amy berhutang dengannya RM6000.00. Amy terkejut dan tergamam dengan serangan lelaki tersebut. Siapa tidak terkejut apabila diserang secara tiba-tiba. Amy terus keluar dari 'press conference' tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian berlaku. Hairan juga, Amy bukannya kenal dengan lelaki tersebut namun mengapa dia dengan sesuka hati menuduh Amy sebegitu rupa.

Oleh kerana itu, Amy telah membuat kenyataan polis tentang serangan tersebut dan telah membuat kenyataan di Berita Harian. Amy rasa lelaki tersebut ingin mengaibkan dan memalukan Amy. Amy kalau boleh tak suka kejadiaan seperti ini berlaku apatah lagi disiarkan di Melodi. Sekiranya benar kenyataan beliau menuduh Amy berhutang, di manakah buktinya? Itu sahaja Amy minta. Jika tidak Amy ingin beliau tampil memohon maaf atas tuduhannya. Jika tidak Amy berkemungkinan akan membawa ke mahkamah bagi langkah selanjutnya.

Saturday, May 8, 2010

UKAYS KEMBALI BERBISA

Apple sound studio

Amy dan Zali

Amy bersama orang kuat NSR dan Amin Apple Sound Studio

Amy

Selesai sudah menjalani proses rakaman album UKAYS KEMBALI BERBISA di Apple Sound Studio bersama Amin Aminuddin, Zali Ghazi, dan Shah. Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang proses tersebut. Kini album akan mula dijual melalui online dan kami akan berada di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010 dan Jom Heboh.


Penjualan CD UKAYS KEMBALI BERBISA secara ekslusif pada hari tersebut!
siapa cepat dia dapat. Setiap pembelian akan menerima air dan majalah secara percuma.

CEPAT CEPAT CEPAT!!!

Kami juga akan mengadakan promosi filem Kecoh Betul yang bakal ditayangkan pada 3hb Jun 2010 ini! jumpa di sana!!!