Followers

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di hari yang mulia ini Amy ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
kepada semua umat Islam di Malaysia. Biarpun yang kenal ataupun tidak dan jika kesalahan sengaja atau tidak disengajakan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Amy Uk's dan warga kerja UK's Records Entertainment.
p/s: dengarkanlah alunan lagu terbaru Nur abadi dan menjelang abadi di Suria.fm, Best 104, dan lain-lain. Berhati-hati di jalan raya!

Sunday, September 6, 2009

Akademi Nusantara : Memartabat Minda Intelek


YM Azhar dan Amy Ukays

Amy dan Datin Razalia

En Kamil dan Amy




AJK Di sebalik tabir
Ahli-ahli akademi nusantaraYM Azhar, YM Dato' Dr Syed Ahmad, dan Amy Ukays
Bertugas di bahagian audio

Pada 5hb September yang lalu, berlangsung sebuah Program Pengisian Minda Intelek Insan Ke arah Menjadi Jutawan dan Majlis Berbuka Puasa oleh Akademi Nusantara di Dewan Kampo, IYC Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.


Acara bermula sebaik sahaja ketibaan para tetamu pada jam 3 petang. Pembukaan majlis di meriahkan dengan persembahan dari rumah anak-anak yatim Bangi. Walaupun masih kecil namun kelincahan mereka dalam mempamerkan persembahan silat dan nyanyian mencuit hati setiap yang melihat. Pada jam 4 petang diumumkan ketibaan para VVIP diiringi dengan alunan lagu sekapur sirih.

Seterusnya pula, ucapan alu-aluan dari Pengerusi Penganjur ; Ir Haji Ahmad Razef B Abd Rahman dan ucapan dari Pengarah Urusan; Datin Razalia Bt Md Yasin. Semangat dan kata-kata mereka menaikkan lagi semangat ahli-ahli akademi dengan tepukan yang gemuruh. Kecil- kecil cili api, begitulah mereka yang membuat persembahan seterusnya. Walaupun masih kecil namun keberanian dan bakat mereka dalam bidang pidato terserlah apabila menyampaikan pidato mereka pada petang itu.

Turut membuat persembahan adalah Epy Ukays dengan 2 buah lagu iaitu Di sana menanti di sini menunggu dan lagu terbaru; lepaskanmu kerna terpaksa. Para hadirin sememangnya terpukau dengan alunan suaranya sehingga terpaku di kerusi masing-masing. YM Azhar turut dijemput oleh Epy Ukays untuk berduet bersama mendapat perhatian para hadirin di situ.

Koir akademi nusantara dan sajak "usahawan" turut juga memeriahkan suasana dewan. Setelah berhibur, para hadirin di jelaskan serba sedikit taklimat tentang Akademi Nusantara. Seterusnya pula, penyampaian Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Puan Salina atas jasa arwah suaminya yang banyak membantu di dalam penubuhan Pulapi Pro bersama Dato' Dr Syed Ahmad. Turut menerima adalah Anugerah pelajar Terawal yang diberi kepada anak murid Dato'. Selain dari itu, 23 penama diberi elaun atas sumbangan mereka di dalam Akademi Nusantara.

Masa di tunggu - tunggu telah tiba dengan penyampaian pidato dari Dato' Dr Syed Ahmad B Syed Samsuddin Al Saggof tentang program tersebut. Bait-bait pidatonya mencuit hati setiap mereka yang mendengarnya. Selepas itu, penyampaian 2 buah sajak iaitu sajak Gemersik dan Sahabat. Akhir sekali, lagu tema Akademi Nusantara yang di cipta oleh Amy Ukays dinyanyikan beramai-ramai sebelum tibanya masuk waktu berbuka. Tepat jam 7.24 maka tibalah waktu berbuka dan berakhirlah majlis. Maka tamatlah tugas Amy sebagai audio engineer pada hari itu. Penat~

Thursday, September 3, 2009

Recording


Sibuk di studio
s
Amir EYE dan Amy Ukays
Guitar

Bulan puasa menjelma tidak bermakna kerja- kerja semakin berkurangan..
Alhamdulillah~ dilimpahi rezeki.
Semestinya di bulan puasa ini Amy harapkan semua umat Islam berpuasa. Insya-allah.
Kini Amy agak sibuk dengan kerja-kerja studio dan kerja filem Kecoh Betul.
Moga-moga semua kerja siap dengan sempurna dan lancar.
Apapun selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun di luar sana.