Followers

Showing posts with label Amy Ukays. Show all posts
Showing posts with label Amy Ukays. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Amy ke Alor Setar

23hb Mac 2014 - Alor Setar , Kedah.

Amy berkesempatan untuk ke Kedah buat kali entah berapa tapi untuk kali pertama di tahun 2014. Tahun lepas bulan November kami membuat persembahan di Napoh, Jitra Kedah kali ini di Stadium Darul Aman pula Sempena Sambutan Sedekad Bandaraya Alor Setar.




Malam itu persembahan dibahagi kepada 2 sesi iaitu 8.30 malam dan 10.30 malam. Antara jam 9 ke 10.30 tu adalah Forum sedikit dari ustaz Zubir. Rasanya adalah 12 buah lagu Amy dan Epy nyanyi untuk peminat pada malam itu. Sempat juga menarik bersama Setiausaha Kehormat Majlis Perbandaran Bandaraya Alor Setar bersama kerana beliau meminati lagu-lagu Uk's.







Setelah tamat persembahan kami pun beramah mesra bersama peminat sempat ambil gambar dan autograf. Setelah itu kami melawat gerai-gerai yang ada dan menerima cenderahati dari beberapa peniaga antaranya Kedai Rojak, D'Perfumes dan Takoyaki. 

Seronok meronda tapi badan dah letih maka kami pun gerak ke Kuala Kedah dengan harapan nak mencari Ikan Bakar. Tapi pusing-pusing tak tahu ceruk mana kedai Ikan Bakar tu. Sebab perut pun dah berbunyi kruk kruk kruk kami pn singgah lah sebuah kedai yang ada di Kuala Kedah tu. Lebih kurang jam 2 pagi kami pun melabuhkan sayap malam di hotel.

Esoknya bangun lewat pula, dah bising pula tauke hotel ni ha ha ha.. Yelah terlewat sikit time nak check out kan. Amy pun bangun dan siap-siap terus packing barang. Niat di hati nak singgah ke Perlis tapi apakan daya Epy pula kerja. Jadi batalkan niat ke Perlis maka singgahlah Pekan Rabu yang terletak di Pekan, Alor Setar. Tapi sebelum sampai sana singgah sebentar di Menara Alor Setar untuk ambil gambar (bukti lah dah sampai Alor Setar). Klik klik klik haa dapatlah dua tiga keping gambar. Tak percaya tengok bawah ni.




Peluk tiang tak nak balik

Menara Alor Setar


Ok sambung cerita, selepas itu kami pun gerak lah ke Pekan Rabu. Muka dah macam pelancong pula rasanya semua orang asyik pandang je bila keluar dari kereta. Al maklumlah berkaca mata hitam kan. 

depan Sungai di Alor Setar, tak tahu nama apa

Sampai Pekan Rabu kami menjamu selera dulu di kedai Nasi Ayam yang terletak di tingkat bawah Pekan Rabu tu. Uih bukan main lagi Epy dan Amy siap menambah nasi. Haih gemuklah semula badanku ni. Memang sedap i tell u. Kenalah pekena sekali bila mai Kedah na.



pose dengan Epy dan Yana di depan Pekan Rabu

minum teh ais je di tengah musim panas ni

Kemudian kami pun berjalan-jalan sekitar Pekan Rabu untuk membeli buah tangan nak dibawa balik. Sebab takda bini maka belilah untuk diri sendiri. Ternampak pula adik kecil sorang tu menggoreng rupanya goreng kuih KARAS. Nenek yang memiliki kedai tersebut siap beritahu cucunya membantu dia di kedai. Sambil menaip sambil makan kuih gunting yang dibeli dari nenek tersebut. Sedap betul. Selepas itu Amy pun menemani Epy membeli ikan pekasam di sebuah kedai pakcik tua di hujung sekali. Akhir sekali Amy beli dodol untuk diri sendiri. Murah je RM10 untuk 1kg.
Selepas itu kami pun gerak kembali balik ke Kuala Lumpur.

Layankan lah gambar-gambar kami di bawah ini. Rajin nanti Amy blog lagi. Okay. Assalamualaikum semua.



jalan-jalan

sempat juga pose sambil pegang pekasam

pose kejap lepas beli dodol kat akak belakang kite ni

dengan Yana sambil tunggu orang duduk lah dulu, al maklumlah dah berumur

Saturday, March 23, 2013

Apa kaitan Amy dan Yana Samsudin?


Klik untuk besarkan gambar.

Terima Kasih kepada wartawan Dwan kerana sudi temuramah Amy.

Thursday, December 20, 2012

Show di Tunas Manja

Alhamdulillah, tahun 2012 merupakan tahun yang amat bermakna buat Amy. Sebenarnya Amy tak menyangka akan sampai ke tahap ini. Di mana lagu Lepaskanmu terpaksa mendapat sambutan menggalakkan di merata-rata tempat. Hampir semua tempat Amy pergi, peminat tahu akan lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, jumlah views di Youtube yang mencecah berjuta-juta dan cover dari para peminat menguatkan lagi jangkaan Amy. Walaupun pada hakikatya sukar Amy ingin akui.
Alhamdulillah semua merana izin Allah s.w.t.

Bulan lepas Amy mengadakan persembahan di Tunas Manja di mana buat kali pertamanya aa,y tampilkan anak didik Amy iaitu Airyn Farawaniz. Alhamdulillah kemunculan beliau disambut dengan baik.

Nantikan album dari beliau..

Amy nak melabuhkan sayap atas katil dulu. Selamat Pagi!





Wednesday, December 19, 2012

Soalan yang selalu ditanya..

Salam semua..

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa Amy tak update blog/website dll kan?
Sebenarnya Amy lebih gemar menghabiskan masa di Facebook kerana mudah & cepat. Tetapi Blog tidak diabaikan cuma kepadatan jadual kadangkala buat Amy tak sempat nak blog.

Kebiasaanya apabila Amy sering membuat soalan ramai bertanya soalan yang sama dan di sini Amy ingin menjawab soalan2 tersebut untuk anda.

1. Kenapa Amir takde dalam gambar ni (rujuk kepada bunting Uk's sekarang hanya berempat)?

Jawapan: Kerana Amir sudah meninggalkan Uk's pada tahun 1997. Hampir 11 tahun Uk's terkubur maka Amy, Amirul & Denil terpaksa teruskan perjuangan.

2. Siapa pengganti Amir/ penyanyi sekarang?

Jawapan: Sebenarnya Uk's kini tiada pengganti.. Pada awalnya Amy bercadang ingin mencari seseorang yang boleh menggantikan tempatnya namun suara Amir yang unik sukar dicari pengganti. Malah kini penyanyi baru lebih sinonim dengan LUPA DIRI maka Amy ambil keputusan mencari penyanyi undangan. Seperti Meet Uncle Hussien.. Uk's tiada penyanyi tetap.. sesiap sahaja yang mampu menyanyikan dengan baik maka Amy akan membawa dia ke show.

3.Lagu terbaru Uk's?

Jawapan: Lepaskanmu kerna terpaksa ciptaan Amy Uk's sendiri.


4. Siapakah penyanyi lagu Lepaskanmu kerna terpaksa?

Jawapan; Sebenarnya Amy cipta lagu ini semasa putus cinta tahun 2007. Sewaktu itu anak didik Amy iaitu Shark juga putus cinta. Jadi Amy beri mandat kepada beliau menyanyikan lagu itu kepadanya. Nama beliau ialah Shark. Beliau merupakan penyanyi lagu ini.

5. Kenapa tidak menggunakan Shark sebagai penyanyi Uk's?

Pada tahun 2009 kami bersama membuat album kompilasi di bawah Uk's Production di mana Amy selitkan lagu Lepaskanmu kerna terpaksa. Pada tahun yang sama juga beliau undur diri kerana mahu berkahwin dan tidak dapat beri komitmen. Amy akur. Pada tahun 2010 Amy selitkan lagu ini di dalam album Uk's Kembali Berbisa sebagai penghargaan kepada dia. Namun Amy tak menyangka lagu ini menjadi HITS di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.

Banyak lagi soalan... Tapi jika anda nak tahu bole saja ajukan di email amyuks@gmail.com


Sunday, July 29, 2012

Lagu runut bunyi filem 'Kerat 14' & telemovie 'Konangan'

Assalamualaikum, Puasa ke tak? (jangan tipu, dosa!!) Amy kembali lagi. Kali ini nak ceritakan tentang perkembangan terbaru. Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan ini rezeki melimpah ruah.. Semua kerana BiG BOSS, Dia boleh beri rezeki dan dia juga boleh menarik balik rezeki kita. Bulan ini Amy kena siapkan dua lagu bagi sebuah filem dan lagi satu pula sebuah telemovie bagi RTM. Baru terfikir nak berehat di bulan puasa nampaknya terpaksa tangguh niat ke bulan Syawal nanti. Lagu yang pertama adalah lagu bagi filem Kerat 14 yang bertajuk 'Penyesalan' yang bakal dinyanyikan oleh Zarul Umbrella. Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Siti Saleha. Berkisar tentang sebuah pembunuhan. Nak ketahui lebih lanjut tengok trailer di bawah ini. Manakala kagu kedua merupakan untuk sebuah telemovie raya yang akan dinyanyikan oleh anak didik amy iaitu Epy. Lagu ini bertajuk 'Konangan di Aidilfitri' dan akan dinyanyikan dalam versi nogori dan utara. Nantikan kemunculannya di bulan Syawal nanti. nampaknya Amy kena berkejar nak siapkan dalam bulan ini juga. Wish me luck! Ok kita jumpa lagi nanti Amy akan upload video dan ceritakan 'update' seterusnya. Tunggguuuu...

Thursday, September 30, 2010

DAPATKAN HARI INI!



Beli di sini hanya dengan klik satu butang. Isi borang di atas dan kami akan pos ke rumah anda!
Cepat-cepat sementara stok masih ada!

Sunday, July 18, 2010

Karnival Mesra Ria Pibg 2010


Jum ramai-ramai ke Karnival Mesra Ria Pibg 2010 di Sek Keb Seksyen 27 (1)
pada 24 dan 25hb ini. Macam-macam aktiviti diadakan antaranya ialah pertandingan karaoke, menaiki kuda padi, flying fox, sand art, persembahan artis, dan pelbagai lagi.
Jumpa di sana!

Sunday, September 6, 2009

Akademi Nusantara : Memartabat Minda Intelek


YM Azhar dan Amy Ukays

Amy dan Datin Razalia

En Kamil dan Amy




AJK Di sebalik tabir
Ahli-ahli akademi nusantaraYM Azhar, YM Dato' Dr Syed Ahmad, dan Amy Ukays
Bertugas di bahagian audio

Pada 5hb September yang lalu, berlangsung sebuah Program Pengisian Minda Intelek Insan Ke arah Menjadi Jutawan dan Majlis Berbuka Puasa oleh Akademi Nusantara di Dewan Kampo, IYC Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.


Acara bermula sebaik sahaja ketibaan para tetamu pada jam 3 petang. Pembukaan majlis di meriahkan dengan persembahan dari rumah anak-anak yatim Bangi. Walaupun masih kecil namun kelincahan mereka dalam mempamerkan persembahan silat dan nyanyian mencuit hati setiap yang melihat. Pada jam 4 petang diumumkan ketibaan para VVIP diiringi dengan alunan lagu sekapur sirih.

Seterusnya pula, ucapan alu-aluan dari Pengerusi Penganjur ; Ir Haji Ahmad Razef B Abd Rahman dan ucapan dari Pengarah Urusan; Datin Razalia Bt Md Yasin. Semangat dan kata-kata mereka menaikkan lagi semangat ahli-ahli akademi dengan tepukan yang gemuruh. Kecil- kecil cili api, begitulah mereka yang membuat persembahan seterusnya. Walaupun masih kecil namun keberanian dan bakat mereka dalam bidang pidato terserlah apabila menyampaikan pidato mereka pada petang itu.

Turut membuat persembahan adalah Epy Ukays dengan 2 buah lagu iaitu Di sana menanti di sini menunggu dan lagu terbaru; lepaskanmu kerna terpaksa. Para hadirin sememangnya terpukau dengan alunan suaranya sehingga terpaku di kerusi masing-masing. YM Azhar turut dijemput oleh Epy Ukays untuk berduet bersama mendapat perhatian para hadirin di situ.

Koir akademi nusantara dan sajak "usahawan" turut juga memeriahkan suasana dewan. Setelah berhibur, para hadirin di jelaskan serba sedikit taklimat tentang Akademi Nusantara. Seterusnya pula, penyampaian Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Puan Salina atas jasa arwah suaminya yang banyak membantu di dalam penubuhan Pulapi Pro bersama Dato' Dr Syed Ahmad. Turut menerima adalah Anugerah pelajar Terawal yang diberi kepada anak murid Dato'. Selain dari itu, 23 penama diberi elaun atas sumbangan mereka di dalam Akademi Nusantara.

Masa di tunggu - tunggu telah tiba dengan penyampaian pidato dari Dato' Dr Syed Ahmad B Syed Samsuddin Al Saggof tentang program tersebut. Bait-bait pidatonya mencuit hati setiap mereka yang mendengarnya. Selepas itu, penyampaian 2 buah sajak iaitu sajak Gemersik dan Sahabat. Akhir sekali, lagu tema Akademi Nusantara yang di cipta oleh Amy Ukays dinyanyikan beramai-ramai sebelum tibanya masuk waktu berbuka. Tepat jam 7.24 maka tibalah waktu berbuka dan berakhirlah majlis. Maka tamatlah tugas Amy sebagai audio engineer pada hari itu. Penat~