Followers

Tuesday, July 27, 2010

Karnival Mesra Ria Pibg 2010






Alhamdulillah selesai sudah Karnival Mesra Ria Pibg 2010 yang berlangsung di Sek Keb Seksyen 27 (1) Shah Alam. Meriah sekali dengan jualan makanan, pakaian, karaoke dan sebagainya.

Pada hari sabtu, keadaan cuaca agak baik dan mendung. Namun pada hari ahad, hujan turun tak henti-henti dari petang. Terpaksalah kami membuat persembahan dalam keadaan basah.

Alhamdulillah, misi kami pun selesai. Harap2 dapat memeriahkan lagi suasana sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Sua Rasa tv9

Kami akan berada di Sua Rasa Dataran Ayer Keroh, Melaka pada hari Sabtu ini! Jumpa di sana

Sunday, July 18, 2010

Karnival Mesra Ria Pibg 2010


Jum ramai-ramai ke Karnival Mesra Ria Pibg 2010 di Sek Keb Seksyen 27 (1)
pada 24 dan 25hb ini. Macam-macam aktiviti diadakan antaranya ialah pertandingan karaoke, menaiki kuda padi, flying fox, sand art, persembahan artis, dan pelbagai lagi.
Jumpa di sana!

Promo Album oleh Peminat

Thanks pad NyamukMillenium atas video tersebut..
Layan..


Wednesday, July 14, 2010

Filem 'Rasuk'



Hi, kali ini 'entry' Amy adalah tentang projek terbaru Amy iaitu sebuah filem seram (horror) bertajuk Rasuk. Huuu....hantuuuu

Dengar tajuk je dah seram kan? Filem terbaru dari White Merpati Entertainment ini dibintangi oleh Fauziah Gous dan Ikram Dinzly. Kini dalam proses 'post production'. Bakal ditayangkan insya-allah bulan 11 tahun ini. Mesti tak sabar korang nak tengok kan?

Amy sedang sibuk menyiapkan lagu tema bagi filem tersebut yang bertajuk ' Dendam yang tak sudah'. Di nyanyikan oleh Azwan dari kumpulan nasyid Fareast dan Atan bekas vokalis kumpulan Leon. Lagu ini berkonsepkan nasyid rock, di mana Amy mengabungkan kedua-dua elemen di dalam sebuah lagu. Harap-harap mendapat sambutan yang menggalakan.


Nantikan di panggung terdekat anda ya! oh ya, Amy turut selitkan video di belakang tabir pembikinan lagu tema tersebut. Tengok ya!

p/s: sinopsisnya boleh dibaca di sini
http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Rasuk_888

Friday, July 9, 2010

Konti di Kl.fm


Hari ini Amy dan Epy berkonti di Kl.fm bagi pencalonan Lagu Baru iaitu lagu Hati Yang Terluka.
Jangan lupa vote KLFM 2 KOD LAGU>hantar ke 32728 .

Undi 2 buah lagu pilihan anda
Setiap Isnin dan Selasa ( slot undian carta Klfm ) 3 hingga 4 petang

Jangan lupa vote ya!