Followers

Saturday, June 18, 2011

Panah Memanah




3 minggu lepas, Amy pergilah ke Sunway Piramid gara-gara nak tengok wayang cerita Xmen. bukan main teruja lagi sampai sana memang tak sabar betul nak tengok. Panjat2 eskalator tu ke tingkat atas sekali tengok Ya Allah ramainya maka panjanglah barisan orang yang beratur membeli tiket. Aduhai tak sanggup den.

Maka dengan perasaan hampa, Amy pun pusing-pusing sekitar Sunway tetiba ternampak sesuatu yang menarik perhatian. Macam best pula tengok benda ni. Tambahan di situ ada tv yang menayangkan video benda tu. Eh eh tup tup Amy pun apalagi ambil kesempatan mencuba. Benda ni memang baru sangat dalam hidup Amy. Benda apa tau? Memanah! Ha, menarik tak? Hanya dengan bayaran RM9 untuk 12 anak panah anda boleh menjadi pemanah yang amatur. ngeh ngeh ngeh.. Tak pandai?? Jangan risau anda akan diberi tunjuk ajar oleh staf di situ sebelum memanah. Benda ini nampak tak bahaya tapi kelajuan anak panah tu sebenarnya bukan sahaja boleh mencederakan malah membunuh. Huishhh jangan takut.. asalkan aspek keselamatan dijaga dan dibuat dengan betul. Insya-allah selamat.

Amy berjaya menyasar 4 anak panah ke target diberi. he he bangga juga. ada gaya pro lah. Best betul cuma agak lenguh sedikit tangan kerana tekanan diberi pada tangan anda. Respek lah pada atlet memanah negara kita. Sebab bukan senang nak jadi pemanah yang berjaya ni. Pada sesiapa nak mencubalah silalah keSunway Piramid. Berbaloi baloi...


Uk's Juara Carta THR Gegar Minggu ke 27


Tak sangka minggu ini lagu ciptaan Amy iaitu Lepaskanmu kerna terpaksa menjadi juara Carta THR gegar buat kali kedua setelah jatuh ke tangga ke-4 minggu lalu. Alhamdulillah , terharu. Tak sangka naik kembali minggu ini. Jangan lupa vote untuk lagu ni lagi sekali. TQ


p/s: Jangan lupa kepada Orang Ganu ke Kuala Terengganu pada 25.6. 2011 ini Uk's akan berada di Dataran Shah Bandar bemula jam 3 - 6 petang. Bersama Kristal dan Adira. Jumpa di sana!

Friday, June 17, 2011

Premier Filem Rasuk







Alhamdulillah, selesai juga tayangan perdana Filem Rasuk yang berlangsung pada 14Jun 2011 yang lalu. Amy bersama Yana dan Malik menghadiri majlis tersebut pada jam 3 petang dan terus sahaja kami masuk ke panggung. Sempat jugalah menonton suku permulaan cerita. Amy ditugaskan sebagai Pengarah muzik bagi filem tersbut yang memakan masa lebih kurang 6 bulan bagi menyiapkan post production termasuklah music scoring, effects, foley dan dubbing suara.

Alhamdulillah sekali lagi kerana sistem surround Dolby Digital 5.1 yang diaplikasikan menjadi di dalam filem tersebut. Terasa gegaran dan kejutan apabila bunyi efek menghentam speaker. Sekaligus menyokong suasana dan gambaran dalam filem tersebut

Oleh kerana filem ini juga menggunakan CGI (Computer-generated imagery) maka proses tersebut dijalankan di Hyderabad, India termasuk lah proses sound panning (di mana bunyi-bunyi dipecahkan kepada beberapa bahagian berbanding stereo yang hanya 2 bahagian speaker sahaja iaitu kiri dan kanan)

Setelah 6 bulan terperap di studio akhirnya siap juga sebuah filem hampir 100% di skor oleh Amy menggunakan keyboard korg triton dan korg pa 50. Lega sangat. Amy juga turut menghasilkan lagu tema berjudul dendam yang tak sudah nyanyian Azwan Fareast dan Ex Leon iaitu Atan. Lagu tema berunsurkan islamic rock ini di selitkan juga ayat-ayat suci al quran bagi menyuntik elemen keislaman yang turut diterapkan dalam filem ini.


Apapun jangan lupa saksikan Filem Rasuk di Pawagam pada 23 JUN 2011 ini.

Terbitan: White Merpati Entertainment
Arahan: S. Baldev Singh
Pengarah Muzik: Amy Uk's
Lakonan: Fouziah Gous dan Ikram Dinzly


p/s: nanti Amy akan uploadkan di Sebalik tabir filem Rasuk jangan lupa tonton tau. Tungguuu
Oh ya nantikan juga Melodi Sabtu ni keluar cerita Amy. Nak tahu tentang apa?? Nantikann

Wednesday, June 15, 2011

Juri di Pencarian Bintang Kecil Kl.fm






11 Jun 2011 lepas, Amy telah dijemput mengadili sebuah perarian bintang kecil yang dianjurkan oleh Kl.fm. Perncarian tersebut bermula di Central Market atau juga dikenali sebagai Pasar Seni. Seramai 11 orang peserta mengambil bahagian dan Amy ditemani oleh Azmeer (komposer yang terkenal, siapa tak kenal?), dan Nadia penyanyi lagu Salam buat kekasih yang kini muncul semula setelah bertahun lamanya dengan single baru Buatmu kekasih. Tak sangka juga peserta-peserta cilik ada bakat yang besar.. insya-allah pencarian tersebut akan diadakan di tempat-tempat lain pula. Jadi pada ibu bapa bawalah anak-anak anda menyertai pencarian tersebut, manalah tahu ada bakat terpendam kan.