Followers

Sunday, May 5, 2013

THR Gegar Bersama Zarul Umbrella













Tahniah Amy ucapkan kepada Zarul Umbrella kerana sejak ABPBH beliau dilimpahi rezeki tak henti-henti dari Allah swt. Semoga kembalinya ke industri seni tanah air dapat memeriahkan lagi industri.

Amy diminta untuk membawa Umbrella untuk ditemuramah bagi mempromosikan lagu Penyesalan. Amy sempat aturkan akustik bersama-sama dengan geng-geng seperjuangan iaitu Amir EYE, Pojie Sweetchild, Rohaslam Hizad dan Saiful Umbrella.


Untuk video akustik:



Carta Hits Gegar ZARUL UMBRELLA

Temuramah di Nasional FM & TVi



Tengok video di atas. Amy ditemuramah di Nasional Fm oleh Dj Muaz & Dj Shila tentang perkembangan terkini Uk's, Sejarah Uk's dan kerja-kerja Amy.

Layari: 

Website: www.uksrecordsent.com

Jom beli belah di : http://uksonline.shoppy.com

Facebook: 
AMY UKAYS:
https://www.facebook.com/amyukays

UK'S RECORDS ENTERTAINMENT: 
https://www.facebook.com/uksrecords

Promosi Sitkom Kelas Sebelah

Salam semua,


Amy tak sempat nak update blog ni. Sudah lama tak update rasanya.

Tak lama lagi sebuah sitkom baru akan disiarkan di RTM- TV1. Di mana lagu tema Amy gubah dan juga muzik latar dan kesan bunyi nya.

Buat pertama kali Amy terasa teruja nak mengubah lagu ala-ala K-POP. Alhamdulillah berjaya.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh Haqiem Rusli (Idola Kecil 1), Didi Astillah (Dayang Kamilah Bintang) dan Fimie Don. Lagu bertajuk Biasakan Yang Betul berentak KPop dan sesuai untuk semua remaja.

Amy juga telah dijemput ke Pelancaran Kelas Sebelah pada beberapa bulan lepas di mana anda boleh lihat di video di bawah ini:


Juga anda boleh melihat di Sebalik Tabir Kelas Sebelah yang disunting oleh Muhkriz. Terima kepada Muhkriz kerana sudi membuat pengambaran sewaktu rakaman lagu dan sudi menunggu sehingga lewat pagi.


Baru-baru ini Amy juga sempat dijemput ke Radio KL.fm bagi mempromosikan sitkom kelas Sebelah


Bagi yang ingin mendengar lagu tersebut anda boleh klik video di bawah ini:


Ini pula Teaser Kelas Sebelah:


Banyak betul video kali ini kan dalam satu pos. haha

Khas untuk semua.. hanya perlu klik sahaja.

Sitkom Kelas Sebelah yang bakal disiarkan pada 7 Mei 2013 ini. Waktu siaran jam 9 malam pada setiap hari RABU di TV1.

Dibarisi oleh pelakon, Fimie, Didi, Azzam, Nasir, Sweet, Josie, Dottie, Daniel Zulkifli, Daniel Al-Arash, Naim Daniel, Shakila Khoriri, Afiq, Zizan Ning, Maya, Jaafar Onn, Farrah Auni, Qawiem Hamiziam & bersama artis jemputan seperti Elyana, Tony Eusoff, Sofi Jikan, Aziz M.Osman, Bell Ngasri

Bawah Arahan Puteri Iman Wani.

"Betulkan yang biasa, Biasakan yang Betul"

P/s: Banyak lagi Amy nak update. Tunggu

Saturday, March 23, 2013

Apa kaitan Amy dan Yana Samsudin?


Klik untuk besarkan gambar.

Terima Kasih kepada wartawan Dwan kerana sudi temuramah Amy.

Sunday, February 3, 2013

Ost Hero Bola

Selain dari filem, Ost drama RTM iaitu Hero Bola juga siap. Rakaman disiapkan pada minggu lepas. kali ini penerbit minta penyanyi remaja pula. Jenuh juga memikirkan siapa nak menyanyi lagu ni. Akhirnya setelah difikir- fikir.. Haqiem Idola Kecil menjadi pilihan hati. Rasa nya tahun lepas baru je jumpa tengok- tengok tahun ini Haqiem dah besar rupanya.

lagu Hero Bola ini dinyanyikan oleh Haqiem dan di back up vokal oleh Didi Astillah. Lagu semangat katakan. Kenalah budak muda menyanyi. cerita ini tentang seorang kanak- kanak yang minat bermain bola yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Amy nak cerita banyak- banyak pun bukan korang nak baca semua. Nak tahu kenalah tonton di TV2 bulan Mac 2014 ni.

Amy selitkan video di sebalik tabir dan lagu Hero Bola untuk semua. Enjoy!

Penyesalan- Ost Kerat 14

"Apa projek terbaru Amy?" Soalan tersebut selalu ditanyakan kepada Amy tambah apabila tahun 2013 telah tiba.

Sebenarnya banyak tugasan Amy yang kadangkala tak sempat Amy maklumkan tapi yang terbaru merupakan Soundtrack bagi Filem Kerat 14. Bagi yang mengikuti perkembangan Amy di blog mahupun di Facebooj pasti sudah tahu.

Asalnya Amy ditugaskan untuk skor muzik, kesan bunyi, bunyi runut dan foley lagu ini. Tapi sewaktu itu Amy bertugas di Labis selama 1 bulan dan hanya dapat menyiapkan Lagu Tema filem ini.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. melodi siap sebelum bulan puasa dan dirakam pada bulan puasa. Nasib dirakam selepas buka puasa kalau tak kesian pada zarul, eeza dan scha yang menyanyikan lagu ini.

Pada 30hb januari yang lepas, tayangan perdana telah berlangsung namun Amy tak dapat hadir kerana berada di Kuala Berang bagi jemputan juri Karaoke dan persembahan Uk's di sana.

Dengar cerita ramai yang hadir dan Zarul telah ditemuramah oleh ramai wartawan. tahniah!

Saksikan galaksi untuk tonton interview tersebut.

pada yang belum dengar klik video di bawah untuk perdengarkan OST Kerat 14



Yang nk dapatkan Caller Ring tones boleh dapatkan dengan cara- cara di bawah:

UNTUK PENGGUNA MAXIS (http://www.musicunlimited.com.my/maxisweb/)
Daftar Caller Ringtones: Dial *131# dan tekan CALL/SEND
Untuk Muat Turun Caller Ringtones: Dial *131*KOD#
Contoh: *131*80183#

Untuk menghantar Gift Caller Ringtones: Dial *131*KOD*6#
Contoh: *131*80183*6017XXXXXXX#

*RM 3 untuk setiap pembelian lagu pada bulan pertama dan RM2 sebulan untuk setiap lagu bagi pembaharuan berikutnya

Untuk muat turun lagu penuh : Taip GET and SMS to 29000
* RM 5 untuk setiap lagu

UNTUK PENGGUNA DIGI (http://ct.digi.com.my/colorring/index.jsp)
Untuk Mendaftar: Taip CT ON & Tekan Dail 2000
Untuk Muat Turun: Taip CT KOD & Tekan Dail 2000

Contoh: CT 0032316 & Tekan Dail 2000

*RM 3 untuk setiap pembelian lagu pada bulan pertama dan RM2 sebulan untuk setiap lagu bagi pembaharuan berikutnya

Untuk muat turun lagu penuh : Type GET & send to 2000
* RM 5 untuk setiap lagu

UNTUK PENGGUNA U MOBILE (http://www.u.com.my/)Go To Voice/Download
Colour Tones/Ring Back Tone
To subscribe for FREE, key in ONCT and send to 28118 OR Dial *118# and press Call. Then select “Colour Tones” and “Subscribe”.
Or
To purchase colour tones, key in CT and send to 28118 OR Dial *118*3*2*# and Press Call.


UNTUK PENGGUNA CELCOM(http://www.channelx.com.my)
Untuk Mendaftar: Taip CMT ON & Tekan Dail 22990
Untuk Muat Turun: Taip CMT KOD & Tekan Dail 22990

*RM 1.50 untuk setiap pembelian lagu setiap minggu.