Followers

Tuesday, February 24, 2009


Amy, Eeza, Abot & Nash Ubaidillah

Amy & Peminat UK's
Amy duet bersama Eeza
Align CenterThe Tube

Amy baru sahaja selesai mengadakan event di Tesco Seberang Jaya di mana Amy bersama-sama Eeza, Abot and Nash membuat persembahan bagi Pelancaran Produk PENJAJA THE TUBE.

Majlis yang berlangsung sejak awal pagi itu berakhir dengan persembahan dari Amy dan artis-artis. Agak meriah juga majlis tersebut dengan kehadiran para peniaga dan penonton.

Produk ini baik untuk mereka yang ingin menanambah khasiat vitamin C dan meredakan demam. Ia juga kurang manis dibandingkan jenama minuman lain dan mementingkan kandungan gula.

UK's juga akan mengeluarkan THE TUBE: Edisi Khas tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya!

Thursday, February 19, 2009

Atas Permintaan...


OKAY


Kumpulan OKAY ditubuhkan pada tahun 1998, setelah Amy keluar dari kumpulan UTAMA. Terdiri daripada 5 orang anggota iaitu, Nazrin (Vokalist), Hamdan(Guitar Base), Shukri (2nd Guitar), Amy UK's (Lead Guitar), Raja Adzrin (Drummer a.k.a ex Meditasi). Amy UK's juga bertindak selaku komposer, penulis lirik, penerbit album, susunan muzik dan backing vokal dilakukan sepenuhnya oleh Amy UK's tanpa menggunakan khidmat muzik undangan. Lagu yang pernah popular dan menjadi juara carta radio adalah lagu Ku relakan dikau pergi, Gelora, Doa untuk Ibu, Lumrah percintaan, Budaya Kita dan Nazaliza.

Monday, February 2, 2009

Juri di CRK Tom Yam Restoran

Amy UK's

Baru-baru ini Amy telah dijemput oleh pemilik restoran CRK Tom Yam yang merupakan 'loving couple" bagi memeriahkan suasana malam karaoke di situ. Sehubungan dengan itu, Amy juga turut dijemput sebagai juri kepada para peserta di situ. Agak ramai juga yang mencuba bakat mereka. Lagu hindustan, lagu zaman 70-an malah lagu UK's juga turut menjadi pilihan peserta. Pelbagai gelagat mereka yang hadir pada malam itu. Amy menjadi juri

Amy pun tersenyum melihat gaya dan tingkah laku mereka. Sambutan agak mengalakkan pada malam itu. Acara yang bermula dari jam 9.30 malam itu berakhir pada 12.30malam. Selepas itu, Amy dijemput menjamu selera, apalagi makan besar lah malam itu.

Wan, dj pada malam itu

Terima kasih atas jemputan tersebut khas dari Amy.