Followers

Saturday, January 15, 2011

Amy di Salak Tinggi

Semalam Amy berkesempatan berkunjung ke sebuah tapak uptown yang baru sahaja di buka 1 bulan setengah yang lalu di Bandar Baru Salak Tinggi. Dianggarkan sebanyak 1000 buah tapak khemah telah disediakan dan seramai 400 orang peniaga telah berdaftar di situ. Amy ke sana untuk ' survey' tempat seterusnya untuk promosi album Uk's Kembali Berbisa. tak sangka pula Amy dijemput ke pentas bagi mengumumkan pemenang yang kebetulan pada masa itu sedang mengadakan pertandingan karaoke. kepada sesiapa berminat nak sewa tapak gerai hanya rm380 sahaja. dijangkakan uptown ini merupakan uptown yang terbesar di sana.