Followers

Tuesday, November 22, 2011

SK TUN HUSSIEN ONN KG PANDAN

Minggu lepas Amy telah dijemput menjadi Dj dan pakej sekali dengan pa sistem ler apa lagi...kan! Acara berlangsung di SK TUN HUSSIEN ONN KG PANDAN. Sebuah sekolah yang tak lah besar 2 tingkat ja.. tapi sesuai lah dengan kanak-kanak yang bersekolah tu. Tinggi-tinggi bahaya pula ada yang lompat ke bawah pula, jenuh cikgu nak tahan.. KESELAMATAN itu PENTING.

Acara ini bersempena PROGRAM KEMUDA BERSAMA KOMUNITI. KEMUDA adalah singkatan bagi Kelab Merdeka Muda Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk ketahui lebih lanjut layari lah http://www.kemuda.org.my/ Pelbagai acara menarik yang berlangsung antaranya SUKANEKA, PERTANDINGAN FESYEN, PERTANDINGAN MEWARNA, CARI HARTA KARUN, KARAOKE DAN MCM2 LAGI. Amy tukang sibuk dan tukang mengacau budak-budak di situ... mendengar gelak tawa kanak-kanak memang best sekaligus menghilangkan stress.

Selain dari itu Epy turut dijemput menyanyikan 4 buah lagu dan juga bersama Didi dan Haqiem Idola Kecil 1. Mereka juga turut mengadakan acara penyerahan borang KEMUDA. Program ini akan turut dijalankan di sekolah-sekoalah lain yang terpilih, Nantikan di sekolah anda!




Kesibukkan melanda.. otak serabut

Salam semua..

wah bulan November dan Disember ni , otak Amy dah betul-betul serabut seperti rambut yang tumbuh tak henti-henti sehingga menutup ke'botak'kan di kepalaku ini. serabut bukan kerana apa, tapi disebabkan Amy terpaksa mengatur semua kerja dari A sampailah Z.

berikutlah list kerja-kerja:
a. susun jadual roadshow Uk's ke seluruh Malaysia
b. mencari sponsor baju Uk's bagi 6 buah mtv untuk shooting bermula 19-21 disember.
c. mengumpul band boys dan praktis bagi Konsert di MPJ anjuran Gaol.fm disember ini
d. menjadi dj kenduri kahwin
e. interview radio
dan banyak lagi dalam jadual yang tak dapat diselitkan (otak serabut)

tapi paling penting makan, tido, bangun, solat dan kerja ;) dan tak lupa juga Facebook-ing

insya-allah pada semua peminat Amy akan keluarkan jadual-jadual tempat yang bakal Uk's kunjungi dari masa ke semasa. jangan lupa add semua page Amy di Facebook

berikut link bagi page rasmi Amy:

http://www.facebook.com/amyukays Official Fan Page - Amy Ukays
http://www.facebook.com/groups/uks.records/ Official Group Amy Ukays & Friends

http://www.facebook.com/amyuks?ref=ts Personal Page Amy Ukays
http://www.facebook.com/profile.php?id=100003123111447&ref=ts Personal Page Amy Ukays II

Youtube http://www.youtube.com/user/amyuks

ciao cincau!

Tuesday, November 15, 2011

Jamming bersama Ukays

Alhamdulillah, pada Aidilfitri 2011 akhirnya Amy bertemu jua dengan geng-geng lama Ukays iaitu Well, Din dan Ali. Diorang inilah yang popular dengan album botak mereka. Juga pengasas kepada Ukays.

Bermula dari situ kami akan berkumpul bila berkesempatan untuk jamming bersama bagi menajamkan kembali skil-skil yang sudah lama ketinggalan. Oleh kerana masing-masing dah sibuk dan tak praktis selalu. Inshallah jika dipraktikkan selalu mungkin akan terer balik...doa doa lah ya.

Layankan sedikit gambar-gambar semasa jamming...





Album & MTV Uk's Kembali Berbisa

Alhamdulillah kini syarikat Amy iaitu Uk's Records Entertainment telah pun menjalankan kerjasama secara rasmi dengan syarikat NSR sebagai edaran bagi album Uk's Kembali Berbisa ke seluruh Malaysia termasuk Indonesia dan Brunei. Insya-allah album tersebut akan dipasarkan ke seluruh Malaysia bermula November ini.




Perancangan kami bermula bulan December ini akan mengadakan shooting dan photoshoot bagi MTV Karaoke Uk's Kembali Berbisa. Insya-allah akan diedarkan pada Februari 2012. Moga tahun 2012 membawa kejayaan lebih banyak buat Uk's & Ukays. Insya-allah!


Lama tak update

Hi semua my FRIENDS! Ampun ampun ya.. sudah lama Amy tak 'berblogging'. Al maklumlah sedang sibuk dengan promosi album dan persembahan. Hari Raya Aidiladha pun baru lepas..di mana Amy beraya di kampung bersama keluarga tercinta di Batu Pahat, Johor.

Memang seronok beraya di kampung tambah-tambah bila dapat daging korban yang banyak. Hamboii.. tak terlarat makan. siang makan daging masak kicap malam pula makan kari daging..esok ulang lagi daging masak resipi lain pula. Boleh dikatakan makan sajalah kerja Amy di kampung. Bukan itu sahaja, Amy makan sampai 6 kali sehari gara-gara beraya.. ada sehari tu 6 kali makan LONTONG je.. sebab tiap-tiap rumah masak lontong..naik lemaklah nampaknya.. hehehe.


Amy juga banyak buat show di Melaka bulan ini, baru-baru ini Amy dijemput mengadakan persembahan di Mydin MITC Melaka. Orang Melaka ni sporting rupanya.. memang seronok menyanyi sambil melayan peminat. TERIMA KASIH MYDIN MELAKA! JUGA PADA HALIM YANG MENJEMPUT KAMI.



Minggu ni Amy baru sahaha selesai interview bersama dua buah stesen radio iaitu Radio Web Selangor dan Radio Melaka.fm. TERIMA KASIH BUAT CIKGU/DJ MANSOR UNTUK INTERVIEW DI RWS& DJ IZAD UNTUK INTERVIEW DI MELAKA.FM.

Selepas itu Amy juga ada membuat persembahan di sebuah Cafe yang memang MELETUP di Melaka iaitu Elizzat Cafe. Best sangat. Tak sangka di sana Amy melihat ramai juga orang Melaka yang berbakat besar dan mempunyai keunikkan masing-masing. Tabik SPRINGGG! TERIMA KASIH KEPADA ABANG UGH DAN LAN YANG MENJEMPUT KAMI KE MELAKA.

Saturday, October 8, 2011

Majlis Pelancaran & Majlis Raya

Harap maaf kerana agak lama Amy tak masuk blog. Maklumlah selepas raya mulalah kerja bertimbun-timbun. Pada 2 Oktober 2011, Amy telah dijemput menghadiri 2 buah event yang dianjurkan oleh 2 buah radio online iaitu WCFM & AuraFM.

Oleh kerana Amy dah berjanji untuk ke event WCFM yang bermula pada jam 11-4 petang. Tadi disebabkan malam itu show habis lewat Amy datang ke majlis lewat sedikit. Lebih kurang jam 2 Amy sampai. Di sambut mesra oleh DJ Wak Jamal di parking lot kereta. Alhamdulillah, dapat jua bersua. Hensem juga Wak ni.. ha ha.
Sebelum Amy sampai sahaja pintu, kedengaran suara yang mengumumkan kehadiran. Seganlah pula.. Tiba saja di sana Amy terjah Nasi Beriani Ori Batu Pahat hasil masakan Chef Amin yang beroperasi di Damansara Utama. Memang sedap nasi beriani ni.. teringat-teringat rasanya hingga kini.


Selepas itu, cabutan bertuah bermula..Tak sangka Epy bertuah pula dapat hadiah yang pertama. Amy pun dapat juga tidak lama kemudian...alhamdulillah, rezeki. Sempat juga Amy bersembang bersama ahli kumpulan Otai seperti Yazid Sejati, kumpulan Melissa, Boy Mercuri/Wow, dan Tajul Samudera. Amy juga sempat memberikan hadiah cabutan bertuah bagi acara kemuncak iaitu hadiah percutian ke Cameron Highland. melepaslahhh Amy kalau tak dapat juga ke sana!..






Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hi Semua! Alhamdulillah tahun ini kita berkesempatan menyambut Syawal lagi.
Setelah kita menjalani ibadah puasa selama sebulan. Raya kali ini agak meriah juga buat Amy dan Amy sempat beraya di rumah saudara mara dan rakan-rakan.
Bagaimana raya anda tahun ini pula?

Gambar famili Amy

Sanak saudara dan ahli keluarga

BERHARI RAYA DI RUMAH ADIK PEREMPUAN AMY DI PAGOH

BERHARI RAYA DI RUMAH YANA SAMSUDIN BILA KELUARGA AMY
BERTEMU DGN KELUARGA YANA APA LAGI RIUH RENDAH DI BUATNYA

Sunday, August 14, 2011

Raya tak jadi - Raya ke 15


Hi semua! Amy ingin berkongsi salah sebuah filem yang telah Amy siapkan dari sudut muzik, lagu tema, kesan bunyi dan foley pada tahun ini. Insya-allah filem ini akan memeriahkan Aidilfitri anda pada Raya ke 15. Filem arahan prof Razak Mohaideen ini dibintangi oleh Saiful Apek dan Johan Raja Lawak sememangnya buat anda tak kering gusi. Jom ramai-ramai ke panggung wayang dan menonton filem Aidilfitri 2011.

Di samping itu, Amy ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat Berpuasa. Lagi 2 minggu lebih kita bakal menyambut Syawal pula! Bagaimanakah persiapan sambutan Syawal anda? Baju raya dah siap ke? Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah. Tata!

Lepaskanmu kerna terpaksa - Juara Carta


Hi, hari ini Amy pos kan video ini bagi semua peminat album terbaru Ukays Kembali Berbisa
Jangan lupa tonton dan maklumkan pada Amy pendapat anda tentang album ini. Terima kasih

p/s: lagu Lepaskanmu kerna terpaksa da menjadi Juara Carta THR Gegar buat 9 minggu. alhamdulillah, jangan lupa vote lagi! Doa anda semua menjadi dorongan kami.

Saturday, July 30, 2011

Artis luar negara & artis dalam negara

Kali ini Amy teringin nak ceritakan sedikit tentang artis luar dan dalam negara. Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu. Kalau dianggarkan di seluruh dunia jumlah keseluruhan populasi adalah 6,934,200,000 : sumber wikipedia 2011 manakala Malaysia pula hanyalah 27,565,821. Betapa jauhnya angka tersebut.

Bertuahnya artis luar berbanding artis Malaysia kerana muzik mereka lebih universal dan diterima ramai walaupun bahasa Inggeris tidak diketahui semua tapi bahasa itu adalah bahasa universal yang mana rata-rata diketahui orang. Namun di Malaysia, artis kita banyak berkarya dalam bahasa Melayu, cina atau india. Oleh itu, walaupun karya artis tempatan mempunyai keunikkan sendiri namun masih belum mencapai kualiti untuk kita pasarkan ke serata dunia. Sekaligus menghadkan penjualan album kepada pasaran tempatan sahaja.

Amy tak nk huraikan banyak tentang artis luar sebaliknya lebih pada artis negara kita sendiri. Sepanjang Amy bergelar artis sejak tahun 1995. Pahit manis, baik dan buruk telah Amy lalui. Dunia artis negara kita tak semewah dan se-gah yang kita lihat. Zaman 90an sponsor banyak apabila nama melonjak naik dan show yang banyak boleh manyara kehidupan buat sementara waktu. Namun tahun 2011, artis pada nama sahaja tidak menjamin kewangan yang kukuh. Oleh itu, artis kini tidak boleh bermimpi di siang hari. Wajib bagi artis baru nak up untuk mempunyai pekerjaan lain dan anggap dunia artis sebagai part time sahaja. Kecuali memang da berduit atau datang dari keluarga kaya.

Kesenangan tidak akan datang bergolek. Menjadi artis tidak boleh mengharapkan duit royalti semata-mata kerana duit royalti album tidaklah sebesar yang disangkakan, bayangkan Amy dulu dapat 10 sen seorang bagi 1 unit album. Sedih kan.. dan Amy pernah bertanyakan sendiri pada beberapa orang artis sekarang dan rupanya kadar royalti masih tidak berubah sejak zaman 70an. Satu kejutan bukan? Mungkin bagi artis solo mempunyai kelebihan kerana tidak perlu berkongsi namun bagi band mereka mempunyai kesukaran untuk mendapat royalti tinggi kerana perlu berkongsi.

Artis tempatan yang bertuah sahaja berjaya menstabilkan nama di persada seni dan mempunyai keunikkan sendiri mampu menggunakan potensi nama mereka untuk mendapat bayaran yang lebih mahal. Jika dibandingkan artis yang lain. Kadangkala penganjur sendiri mengganggap artis sebagai hanya sekadar penghibur yang tidak perlu diberi bayaran. Perlu diingatkan di sini artis adalah sebuah pekerjaan, jika artis membuat persembahan tanpa bayaran adalah seperti seorang petani yang berkerja hempas pulas namun tidak mendapat hasil.

Ramai yang menyangkakan kehidupan dunia artis ini mewah namun sebaliknya. Jika hanya bergantung pada bayaran persembahan semat-mata belum tentu dapat menyara kehidupan yang stabil. Kadangkala bayaran pula dapat lambat seperti sebulan ke dua tiga bulan. Jadi jika anda ingin menjadi artis perlulah ada perancangan terlebih dahulu. Jika ya, bayaran lumayan sekarang boleh didapati alhamdulillah, namun bagaimana di masa depan? Ramai juga yang bergantung hanya pada kerjaya di bidang muzik 100% dan keputusannya agak kurang memberangsangkan. Sebaiknya buatlah kerja lain seperti berniaga, atau kerja kerajaan. Ini merupakan pengalaman Amy sendiri alami. Amy ingin berkongsi dengan semua yang ingin ceburi bidang ini. Rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin tapi berfikirlah dengan wajar. Gunakan nama sebagai satu peluang 'networking' dan inisiatif maju ke hadapan di dalam perniagaan atau kerjaya anda. Insya-allah anda akan berjaya!

Amy Ukays

Saturday, June 18, 2011

Panah Memanah




3 minggu lepas, Amy pergilah ke Sunway Piramid gara-gara nak tengok wayang cerita Xmen. bukan main teruja lagi sampai sana memang tak sabar betul nak tengok. Panjat2 eskalator tu ke tingkat atas sekali tengok Ya Allah ramainya maka panjanglah barisan orang yang beratur membeli tiket. Aduhai tak sanggup den.

Maka dengan perasaan hampa, Amy pun pusing-pusing sekitar Sunway tetiba ternampak sesuatu yang menarik perhatian. Macam best pula tengok benda ni. Tambahan di situ ada tv yang menayangkan video benda tu. Eh eh tup tup Amy pun apalagi ambil kesempatan mencuba. Benda ni memang baru sangat dalam hidup Amy. Benda apa tau? Memanah! Ha, menarik tak? Hanya dengan bayaran RM9 untuk 12 anak panah anda boleh menjadi pemanah yang amatur. ngeh ngeh ngeh.. Tak pandai?? Jangan risau anda akan diberi tunjuk ajar oleh staf di situ sebelum memanah. Benda ini nampak tak bahaya tapi kelajuan anak panah tu sebenarnya bukan sahaja boleh mencederakan malah membunuh. Huishhh jangan takut.. asalkan aspek keselamatan dijaga dan dibuat dengan betul. Insya-allah selamat.

Amy berjaya menyasar 4 anak panah ke target diberi. he he bangga juga. ada gaya pro lah. Best betul cuma agak lenguh sedikit tangan kerana tekanan diberi pada tangan anda. Respek lah pada atlet memanah negara kita. Sebab bukan senang nak jadi pemanah yang berjaya ni. Pada sesiapa nak mencubalah silalah keSunway Piramid. Berbaloi baloi...


Uk's Juara Carta THR Gegar Minggu ke 27


Tak sangka minggu ini lagu ciptaan Amy iaitu Lepaskanmu kerna terpaksa menjadi juara Carta THR gegar buat kali kedua setelah jatuh ke tangga ke-4 minggu lalu. Alhamdulillah , terharu. Tak sangka naik kembali minggu ini. Jangan lupa vote untuk lagu ni lagi sekali. TQ


p/s: Jangan lupa kepada Orang Ganu ke Kuala Terengganu pada 25.6. 2011 ini Uk's akan berada di Dataran Shah Bandar bemula jam 3 - 6 petang. Bersama Kristal dan Adira. Jumpa di sana!

Friday, June 17, 2011

Premier Filem Rasuk







Alhamdulillah, selesai juga tayangan perdana Filem Rasuk yang berlangsung pada 14Jun 2011 yang lalu. Amy bersama Yana dan Malik menghadiri majlis tersebut pada jam 3 petang dan terus sahaja kami masuk ke panggung. Sempat jugalah menonton suku permulaan cerita. Amy ditugaskan sebagai Pengarah muzik bagi filem tersbut yang memakan masa lebih kurang 6 bulan bagi menyiapkan post production termasuklah music scoring, effects, foley dan dubbing suara.

Alhamdulillah sekali lagi kerana sistem surround Dolby Digital 5.1 yang diaplikasikan menjadi di dalam filem tersebut. Terasa gegaran dan kejutan apabila bunyi efek menghentam speaker. Sekaligus menyokong suasana dan gambaran dalam filem tersebut

Oleh kerana filem ini juga menggunakan CGI (Computer-generated imagery) maka proses tersebut dijalankan di Hyderabad, India termasuk lah proses sound panning (di mana bunyi-bunyi dipecahkan kepada beberapa bahagian berbanding stereo yang hanya 2 bahagian speaker sahaja iaitu kiri dan kanan)

Setelah 6 bulan terperap di studio akhirnya siap juga sebuah filem hampir 100% di skor oleh Amy menggunakan keyboard korg triton dan korg pa 50. Lega sangat. Amy juga turut menghasilkan lagu tema berjudul dendam yang tak sudah nyanyian Azwan Fareast dan Ex Leon iaitu Atan. Lagu tema berunsurkan islamic rock ini di selitkan juga ayat-ayat suci al quran bagi menyuntik elemen keislaman yang turut diterapkan dalam filem ini.


Apapun jangan lupa saksikan Filem Rasuk di Pawagam pada 23 JUN 2011 ini.

Terbitan: White Merpati Entertainment
Arahan: S. Baldev Singh
Pengarah Muzik: Amy Uk's
Lakonan: Fouziah Gous dan Ikram Dinzly


p/s: nanti Amy akan uploadkan di Sebalik tabir filem Rasuk jangan lupa tonton tau. Tungguuu
Oh ya nantikan juga Melodi Sabtu ni keluar cerita Amy. Nak tahu tentang apa?? Nantikann

Wednesday, June 15, 2011

Juri di Pencarian Bintang Kecil Kl.fm






11 Jun 2011 lepas, Amy telah dijemput mengadili sebuah perarian bintang kecil yang dianjurkan oleh Kl.fm. Perncarian tersebut bermula di Central Market atau juga dikenali sebagai Pasar Seni. Seramai 11 orang peserta mengambil bahagian dan Amy ditemani oleh Azmeer (komposer yang terkenal, siapa tak kenal?), dan Nadia penyanyi lagu Salam buat kekasih yang kini muncul semula setelah bertahun lamanya dengan single baru Buatmu kekasih. Tak sangka juga peserta-peserta cilik ada bakat yang besar.. insya-allah pencarian tersebut akan diadakan di tempat-tempat lain pula. Jadi pada ibu bapa bawalah anak-anak anda menyertai pencarian tersebut, manalah tahu ada bakat terpendam kan.


Wednesday, May 18, 2011

Promo Ukays oleh Radio Kamek

Kenangan lama bersama Ukays & Amir

Kebelakangan ini banyak pula video-video lama Uk's di Youtube. Tak sangka juga Amy terjumpa dengan video tersebut. Teringat kenangan lalu semasa zaman muda. hehe.. Maklumlah sekarang dah berumur sedikit. Tapi syukur Alhamdulillah, Amy masih kekal dalam industri muzik dan kini melangkah sudah ke dunia perfileman. Insya-allah jika dimurahkan rezeki Amy ingin membuat filem Tribute pada Ukays. Sementara ini, Amy hidangkan anda semua dengan beberapa video yang Amy temui.. layannzz.





Friday, May 6, 2011

LAGU UK'S MASUK CARTA



baru semalam Amy diberitahu bahawa lagu terbaru Uk's ciptaan Amy iaitu Lepaskanmu kerna terpaksa telah pun masuk ke CARTA HITS THR GEGAR dan telah pun berada di tangga ke 15. Alhamdulillah, tak sangka lagu tersebut mendapat sambutan ramai di sekitar Pantai Timur. Amy terfikir suatu hari nanti akan membuat persembahan di sekitar Pantai Timur. Insya-allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Oh ya kepada yang hendak mengundi senang sahaja hanya sms taip HG No.Lagu dan hantarkan ke 36189. Setiap SMS akan dkenakan caj sebanyak RM 0.50

BUJANG TERLAJAK DI STUDIO AMY



Apa khabar semua? Woah, bulan ini Amy agak tenang sedikit kerana tiada membuat persembahan di mana-mana. Bukan sebab apa, tapi kerana Epy telah demam denggi lebih kurang beberapa minggu. Nasib baik dia sempat di tahan di wad jika tidak Tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah, Amy pula dapat sebuah filem baru bertajuk Bujang Terlajak yang diterbitkan oleh Line Clear Motion Pictures. Amy bagi 5 bintang pada cerita ini kerana memang komedi habis tak rugi menonton di panggung. Insya-allah bakal ditayangkan tahun 2012. Sementara itu, Amy sajikan anda dengan gambar-gambar Amy sedang bekerja di studio. Ciao

Tuesday, April 12, 2011

Terima kasih RadioKamek

Oh rupanya inilah link ke Radio Sarawak iaitu Radio Kamek. Tak sangka mereka memainkan semua lagu dari album Ukays Kembali Berbisa.