Followers

Saturday, December 26, 2009

OUR NEW STUDIO OPEN NOW!


the hallway

the office

the mixer


karaoke and vocal class

guitar gadgets










jamming studio for rent at rm30 per hour!

We are officially opens on the 1st of January 2010.
Currently we accepts all bookings and registration.
Please register at http://ukaysmusicacademy.blogspot.com
For more information contact us at:
019 3107276

Saturday, December 19, 2009

KECOH BETUL



Saksikan video klip terbaru dari Aweera (OIAM) - Kecoh betul.
Lagu tema bagi filem terbaru yang bakal beraksi di pawagam anda pada 2010!
Lagu : Amy Ukays
Lirik: Ikhzal Azfarel Ideris
Penyanyi: Aweera

Marilah beramai-ramai saksikan filem aksi komedi yang menampilkan
Nabil Raja Lawak, Bell Ngasri, Shah R, dan Diana Danielle serta Yatt.
KECOH BETUL!

Thursday, December 17, 2009

FEATURED SITE

NEW THIS MONTH:

Check out our new site and be apart of Amy fans and join by clicking on the followers tab.
Check it out now!


Also you could check out Amy Uk's Youtube Site. Just click here.
Subscribe and you could enjoy videos of his work, and activities.
Join now!

Monday, November 30, 2009

SELAMAT HARI LAHIR!


1 DISEMBER 2009 BERSAMAAN HARI SELASA
MAKA GENAPLAH USIA 38 TAHUN, KOMPOSER BERNAMA AMY UK'S.
SEMOGA BELIAU DIPANJANGKAN USIA DAN MURAH REZEKI.

DARI,
UK'S RECORDS ENT
http://uksrecords.blogspot.com

Salam Aidiladha



Di kesempatan ini Amy ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua umat islam di seluruh malaysia. Salam 1 Malaysia!

Saturday, November 28, 2009

Iklan Pitaberry



Amy baru sahaja selesai menjalani penggambaran iklan bagi Pitaberry. Penat juga menguruskan segala persiapan 'shooting'. Apapun semuanya berjalan lancar walaupun masalah timbul. Tapi itu tidak bermakna kita harus putus asa. Semangat harus diteruskan untuk berjaya. Di sini Amy selitkan beberapa aksi yang diambil sewaktu penggambaran. Jika ingin mengetahui lebih lanjut. Lawatilah http://uksrecords.blogspot.com.


Wednesday, October 21, 2009

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI & PERASMIAN PASANTREN N9, PUTRAJAYA




Baru-baru ini Amy telah diminta bertugas dalam sebuah majlis anjuran AKADEMI NUSANTARA sebagai AJK Siaraya. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Perasmian Pasantren Putrajaya dna Negeri Sembilan itu berlangsung pada 2 hari; iaitu Sabtu dan Ahad.

Sememangnya disambut meriah oleh semua ahli akademi. Acara yang berlangsung dengan ketibaan para VVIP dan VIP dan disambut dengan nyanyian lagu tema akademi dan Negaraku. Seterusnya, bacaan doa dari ustaz dan diikuti dengan ucapan dari penganjur, presiden dan perasmi. Lalu perasmian dilangsungkan diiringi lagu akademi.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dengan persembahan dari ahli akademi dan Epy, vokalis terbaru Ukays. Menjelang aidilfitri, seloka hari raya, aidilfitri, lepaskanmu kerna terpaksa dan pahit akan manis akhirnya menjadi lagu pilihan pada majlis tersebut. Para penonton sememangnya terpaku melihat nyanyian Epy apatah lagi ada juga yang naik ke pentas lalu memasang bunga di pakaian Epy. Pidato cilik dan pidato terampil berarah ditonjolkan sebagai persembahan utama dari ahli akademi.

Majlis tidak akan sempurna tanpa syarahan dari Dato' Syed Samsuddin Al Sagoff. Telatahnya yang lucu dan intipati syarahannya mampu mencuit mereka yang mendengarnya. Seterusnya, majlis diceriakan dengan acara cabutan bertuah. Akhir sekali nyanyian akademi nusantara oleh ahli akademi sekali lagi menutup majlis. Majlis tidak akan lengkap tanpa hidangan aidilfitri kepada para jemputan.

Akademi Muzik Uk's


Sesiapa berminat untuk mengikuti kelas-kelas di atas. Apa lagi? Daftarlah sekarang!
Lawatilah http://ukaysmusicacademy.blogspot.com/ untuk mendaftar secara online.
Kelas akan mula pada awal tahun 2010.
Terima kasih!

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di hari yang mulia ini Amy ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
kepada semua umat Islam di Malaysia. Biarpun yang kenal ataupun tidak dan jika kesalahan sengaja atau tidak disengajakan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Amy Uk's dan warga kerja UK's Records Entertainment.
p/s: dengarkanlah alunan lagu terbaru Nur abadi dan menjelang abadi di Suria.fm, Best 104, dan lain-lain. Berhati-hati di jalan raya!

Sunday, September 6, 2009

Akademi Nusantara : Memartabat Minda Intelek


YM Azhar dan Amy Ukays

Amy dan Datin Razalia

En Kamil dan Amy




AJK Di sebalik tabir
Ahli-ahli akademi nusantaraYM Azhar, YM Dato' Dr Syed Ahmad, dan Amy Ukays
Bertugas di bahagian audio

Pada 5hb September yang lalu, berlangsung sebuah Program Pengisian Minda Intelek Insan Ke arah Menjadi Jutawan dan Majlis Berbuka Puasa oleh Akademi Nusantara di Dewan Kampo, IYC Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.


Acara bermula sebaik sahaja ketibaan para tetamu pada jam 3 petang. Pembukaan majlis di meriahkan dengan persembahan dari rumah anak-anak yatim Bangi. Walaupun masih kecil namun kelincahan mereka dalam mempamerkan persembahan silat dan nyanyian mencuit hati setiap yang melihat. Pada jam 4 petang diumumkan ketibaan para VVIP diiringi dengan alunan lagu sekapur sirih.

Seterusnya pula, ucapan alu-aluan dari Pengerusi Penganjur ; Ir Haji Ahmad Razef B Abd Rahman dan ucapan dari Pengarah Urusan; Datin Razalia Bt Md Yasin. Semangat dan kata-kata mereka menaikkan lagi semangat ahli-ahli akademi dengan tepukan yang gemuruh. Kecil- kecil cili api, begitulah mereka yang membuat persembahan seterusnya. Walaupun masih kecil namun keberanian dan bakat mereka dalam bidang pidato terserlah apabila menyampaikan pidato mereka pada petang itu.

Turut membuat persembahan adalah Epy Ukays dengan 2 buah lagu iaitu Di sana menanti di sini menunggu dan lagu terbaru; lepaskanmu kerna terpaksa. Para hadirin sememangnya terpukau dengan alunan suaranya sehingga terpaku di kerusi masing-masing. YM Azhar turut dijemput oleh Epy Ukays untuk berduet bersama mendapat perhatian para hadirin di situ.

Koir akademi nusantara dan sajak "usahawan" turut juga memeriahkan suasana dewan. Setelah berhibur, para hadirin di jelaskan serba sedikit taklimat tentang Akademi Nusantara. Seterusnya pula, penyampaian Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Puan Salina atas jasa arwah suaminya yang banyak membantu di dalam penubuhan Pulapi Pro bersama Dato' Dr Syed Ahmad. Turut menerima adalah Anugerah pelajar Terawal yang diberi kepada anak murid Dato'. Selain dari itu, 23 penama diberi elaun atas sumbangan mereka di dalam Akademi Nusantara.

Masa di tunggu - tunggu telah tiba dengan penyampaian pidato dari Dato' Dr Syed Ahmad B Syed Samsuddin Al Saggof tentang program tersebut. Bait-bait pidatonya mencuit hati setiap mereka yang mendengarnya. Selepas itu, penyampaian 2 buah sajak iaitu sajak Gemersik dan Sahabat. Akhir sekali, lagu tema Akademi Nusantara yang di cipta oleh Amy Ukays dinyanyikan beramai-ramai sebelum tibanya masuk waktu berbuka. Tepat jam 7.24 maka tibalah waktu berbuka dan berakhirlah majlis. Maka tamatlah tugas Amy sebagai audio engineer pada hari itu. Penat~

Thursday, September 3, 2009

Recording


Sibuk di studio
s
Amir EYE dan Amy Ukays
Guitar

Bulan puasa menjelma tidak bermakna kerja- kerja semakin berkurangan..
Alhamdulillah~ dilimpahi rezeki.
Semestinya di bulan puasa ini Amy harapkan semua umat Islam berpuasa. Insya-allah.
Kini Amy agak sibuk dengan kerja-kerja studio dan kerja filem Kecoh Betul.
Moga-moga semua kerja siap dengan sempurna dan lancar.
Apapun selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun di luar sana.

Sunday, August 30, 2009

NUR ABADI


Nash, Epy & Amy

Mona, Amy, Nash dan Zali ( sound engineer)

Cover Nur Abadi

Amy baru sahaja selesai rekod sebuah lagu baru untuk UK's Productions berjudul Nur Abadi. Buat pertama kali Nash Ubaidillah berduet dengan Epy, vokalis terbaru Ukays dan diriingi oleh Eeza dan Mona J.lo. Lagu ini dibuat dalam dua versi iaitu versi original dan Ramadan. Manakala sebagai jemputan En.Azhar Halagel telah membuat "voice over" di dalam lagu tersebut. "NUR ABADI" akan diperdengarkan di beberapa siaran radio iaitu; RTM, Radio IKIM, Sinar FM, Suria FM, Hot FM, Best 104 starting in this Ramadhan.

LAWATAN KE FINAS




Foley studio

Sebenarnya dah lama dah Amy membuat lawatan ke Finas Digital Mix Stage tapi hanya kini baru berkesempatan bercerita mengenainya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang digital dolby dan prosesnya. Kata orang " Sambil menyelam minum air ". Sempat jugalah meninjau-ninjau studio yang terdapat di dalam Finas. Memang tak rugi melawat ke dalam Finas.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN & SELAMAT BERPUASA

Di bulan Ramadan yang mulia ini Amy ingin menyusun sepuluh jari dan memohon maaf kepada semua yang mengenali Amy. Semoga di bulan ini kurangkanlah membuat benda-benda yang kurang manfaat sebaliknya banyakkan amal ibadah, betul tak?

Apapun Amy ingin doakan semua umat Islam di luar sana semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan di bulan mulia ini.

Selain dari itu, banyakkan minum air dan makan makanan sihat & berkhasiat. Maklumlah sekarang ini musim penyakit seperti influenze H1N1. Agak membimbangkan juga, bila kita dengar berita tentang kematian akibat virus ini. Walau apapun SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52. Amy harap saudara - saudari semua tak keluar ke tempat-tempat awam untuk mengelak dari jangkitan tersebut ya!

Tuesday, July 21, 2009

UK'S RECORDS & KNA NIAGA MEDIA SDN BHD DI PENANG

UK'S RECORDS BERSAMA KNA NIAGA MEDIA SDN BHD

PEMENANG PENCARIAN SUPERSTAR

PERTANDINGAN MINUM LOMICO

PARA JURI MEMBERI KOMEN

17 & 18hb Julai - UK'S Records bersama -sama dengan KNA NIAGA Media Sdn Bhd telah mengadakan jelajah pencarian Superstar di Carrefour, Seberang Jaya. Program yang bermula selama dua hari itu telah menarik minat ramai penduduk di kawasan tersebut. Seramai 13 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam acara tersebut. Acara yang bermula dari jam 2 hingga 10 malam sememangnya amat sengit. Para peserta membuat persembahan yang amat menarik serta memberi lontaran vokal yang baik.

Selain dari itu, terdapat juga pertandingan minum LOMICO terpantas dan juga cabutan bertuah.
Terdapat juga penjualan barangan dari Laiyina Classy yang menjual barangan penjagaan muka dan badan.

Pencarian seterusnya bakal menyusul ke Melaka, maka siapa yang berminat sertailah pencarian Superstar di sana.

Friday, July 17, 2009

KISAH ANAK SENI MALAYSIA

KISAH ANAK SENI MALAYSIA

Jika diukur perjalanan seorang anak seni di Malaysia maka dapatlah kita lihat bahawa bukan mudah seorang anak seni itu untuk bertapak di tanah air kita. Setelah melihat dan bergaul di kalangan anak seni Malaysia dapat dirumuskan bahawa kehidupan mereka tidak seperti yang kita saksikan di kaca televisyen. Mengapa? Itu suatu persoalan yang hampir setiap manusia akan bertanya.

Di Malaysia, seorang anak seni perlu bekerja keras bagi mengukir namanya di persada seni tanah air. Tidak dinafikan di luar negara juga, ada yang terpaksa menitiskan peluh bagi menaikkan nama mereka namun kelebihan mereka adalah karya dan bakat mereka mendapat imbuhan yang lebih jika dibandingkan di Malaysia. Di sini, walaupun nama mereka terpahat di persada seni namun itu tidak menjamin kekayaan yang diidam-idamkan. Para peminat hanya mampu bermimpi untuk menjadi seperti idola mereka namun realiti sebenar hanya tersimpan sebalik kaca televisyen. Bukan hendak mengata, namun itulah hakikatnya. Ada yang bernasib baik lalu mendapat kemewahan dan populariti dalam masa yang singkat. Namun itu bergantung pada nasib masing-masing.

Peminat kadang kala fikir mereka tahu keadaan sebenar tetapi itu hanya sebahagian dari keadaan sebenarnya. Tidak semua kenyataan yang dinyatakan adalah benar maka terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilai.

Wednesday, July 15, 2009

UK's @ ZOUK

Dari kiri: Daniel (gitar), Ady (keyboardist), Epy (Vokalis), Amy (lead gitar), Amirul (drummer)


UKAYS

Kembali Berbisa
Oleh: Yana Hisham

14hb Julai 2009 - Menggamit kembali memori silam apabila UKAYS muncul kembali setelah hampir 11 tahun menghilang. Kemunculan mereka mengejutkan ramai pihak kerana ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal mendendangkan kembali lagu-lagu Ukays. Akhirnya, persoalan itu terjawab apabila kehadiran Mohd Jefri atau dikenali sebagai Epy ke atas pentas R&R di Zouk pada hari itu. Sememangnya para peminat tetap menyokong Ukays walaupun tanpa kehadiran Amir. Jeritan demi jeritan sokongan memeriahkan suasana di Zouk pada hari itu. 10 buah lagu Ukays dendangan Epy mengembalikan memori para peminat terhadap Ukays. Di antara lagu-lagu yang didendangkan adalah kau satu-satunya, kekasihku di menara, seksa, serta dua buah lagu baru iaitu lepaskanmu kerna terpaksa dan Kecoh Betul (lagu tema filem Kecoh Betul).

Namun bukan sahaja kehadiran Epy mengejutkan ramai pihak, tetapi dendangan lagu rock, Kecoh Betul memeranjatkan ramai pihak kerana konsep lagu Ukays yang berbeza. Walau bagaimana pun itu bukanlah konsep lagu terbaru Ukays ia hanya sekadar digunakan untuk menghiasi filem terbaru White Merpati iaitu Kecoh Betul arahan Baldev Singh dan Ikhzal Azfarel Ideris. Satu lagi kejutan adalah apabila pengacara pada hari itu menemu bual Amy Ukays menyatakan bahawa lagu terbaru Ukays dihasilkan oleh beliau sendiri. Ini menampakan bahawa Amy Ukays bukan sahaja guitaris namun seorang komposer yang berjaya. Ini kerana lagu terbaru Ukays, lepaskan mu kerna terpaksa berjaya meyakinkan para peminat bahawa Ukays Kembali Berbisa.

Saksikanlah Ukays buat julung kalinya membuat persembahan di rancangan Rehat & Riadah (R&R) di saluran Muzik Aktif, Astro 180.

Thursday, July 2, 2009

PPR Pudu Ulu~


Bunting

Gerai Lomico

Pertandingan "shuffle"

tiup dik jgn x tiup

pemberian hadiah kepada pemenang "shuffle"
DENGAN KERJASAMA


Pada 27 & 28 hb Jun yang lalu, UK's Records dengan kerjasama KNA Niaga Media telah mengadakan Pertandingan Pencarian Vokalis UK's bersempena Program Celik IT anjuran Persatuan Penduduk dan TM. Program yang berlangsung selama 2 hari, telah mendapat sambutan yang menggalakan dari semua penduduk.


Selain dari pencarian bakat baru, aktiviti yang telah berlangsung pada program tersebut adalah pertandingan tarian "shuffle" dari kanak-kanak di situ, pertandingan "musical chair", sukaneka, dan sebagainya.
Begitu banyak penyertaan diterima pada hari itu. Namun, pencarian selama 2 hari berakhir apabila Mohd Jefri dipilih sebagai pemenang, dan diikuti oleh adik Shapizul.

Walaubagaimanapun pencarian bakat-bakat baru tetap diteruskan. Sesiapa yang terpilih akan menjalani latihan bersama KNA dan juga UK's Record di Akademi KNA. Sesiapa yang berminat untuk menyertai latihan vokal, bengkel lakonan dan juga bengkel memahirkan bermain alatan muzik, bolehlah menghubungi KNA Niaga Media segera.

KNA NIAGA MEDIA - 03-9200 1777 / 2777 @ 017-254 9001