KISAH ANAK SENI MALAYSIA
Jika diukur perjalanan seorang anak seni di Malaysia maka dapatlah kita lihat bahawa bukan mudah seorang anak seni itu untuk bertapak di tanah air kita. Setelah melihat dan bergaul di kalangan anak seni Malaysia dapat dirumuskan bahawa kehidupan mereka tidak seperti yang kita saksikan di kaca televisyen. Mengapa? Itu suatu persoalan yang hampir setiap manusia akan bertanya.
Di Malaysia, seorang anak seni perlu bekerja keras bagi mengukir namanya di persada seni tanah air. Tidak dinafikan di luar negara juga, ada yang terpaksa menitiskan peluh bagi menaikkan nama mereka namun kelebihan mereka adalah karya dan bakat mereka mendapat imbuhan yang lebih jika dibandingkan di Malaysia. Di sini, walaupun nama mereka terpahat di persada seni namun itu tidak menjamin kekayaan yang diidam-idamkan. Para peminat hanya mampu bermimpi untuk menjadi seperti idola mereka namun realiti sebenar hanya tersimpan sebalik kaca televisyen. Bukan hendak mengata, namun itulah hakikatnya. Ada yang bernasib baik lalu mendapat kemewahan dan populariti dalam masa yang singkat. Namun itu bergantung pada nasib masing-masing.
Peminat kadang kala fikir mereka tahu keadaan sebenar tetapi itu hanya sebahagian dari keadaan sebenarnya. Tidak semua kenyataan yang dinyatakan adalah benar maka terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilai.
No comments:
Post a Comment