Followers

Sunday, February 6, 2011

Show di Mersing






Minggu lepas, Uk's telah dijemput ke Karnival Kemanusian Rakyat Palestin di Dataran Pulau Mersing. Fuhhh~ angin bertiup bagaikan taufan diselangi pula dengan ombak laut yang bergelora. Risau pula tsunami akan menjelma tiba. Tapi Alhamdulillah cuma hujan sahaja yang kadang-kala turun. Tiba kami di sana terkejut juga melihat khemah di pentas sedang dipasang kerana kami diberitahu bahawa semuanya telah siap. Rupanya pada malam semalam angin kuat telah menerbangkan sebanyak 7 buah khemah. Huiooo~ Kesian staff di situ terpaksa mengetuk pasak bagi mengekalkan kedudukan khemah semula. Lebih kurang jam 9 malam kami bertolak dari D'rimba resort untuk mengadakan persembahan di situ. Tapi angin yang terlalu tidak mengizinkan kami beraksi dengan baik. hampa juga.. Bersama kami pada malam itu adalah artis jemputan iaitu Eeza Zainal untuk memeriahkan suasana. Lebih kurang jam 11.30 malam kami pun selesai mengadakan persembahan dan bergegas kembali ke resort untuk berehat.

Uk's di Selamat pagi Malaysia



Selamat Pengantin Baru







Sepanjang bulan Januari dan Februari Uk's berkesempatan mengadakan persembahan di 2 buah kenduri kahwin di Muar, Johor. Memang meriah tambah-tambah lauk dapat merasa nasi minyak. Di samping itu, juga mempromosikan Album Ukays Kembali Berbisa. Jadi kepada sesiapa yang ingin menjemput kami silalah hubungi 0163280027 atau layari facebook Amy Ukays.