Followers

Saturday, July 30, 2011

Artis luar negara & artis dalam negara

Kali ini Amy teringin nak ceritakan sedikit tentang artis luar dan dalam negara. Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu. Kalau dianggarkan di seluruh dunia jumlah keseluruhan populasi adalah 6,934,200,000 : sumber wikipedia 2011 manakala Malaysia pula hanyalah 27,565,821. Betapa jauhnya angka tersebut.

Bertuahnya artis luar berbanding artis Malaysia kerana muzik mereka lebih universal dan diterima ramai walaupun bahasa Inggeris tidak diketahui semua tapi bahasa itu adalah bahasa universal yang mana rata-rata diketahui orang. Namun di Malaysia, artis kita banyak berkarya dalam bahasa Melayu, cina atau india. Oleh itu, walaupun karya artis tempatan mempunyai keunikkan sendiri namun masih belum mencapai kualiti untuk kita pasarkan ke serata dunia. Sekaligus menghadkan penjualan album kepada pasaran tempatan sahaja.

Amy tak nk huraikan banyak tentang artis luar sebaliknya lebih pada artis negara kita sendiri. Sepanjang Amy bergelar artis sejak tahun 1995. Pahit manis, baik dan buruk telah Amy lalui. Dunia artis negara kita tak semewah dan se-gah yang kita lihat. Zaman 90an sponsor banyak apabila nama melonjak naik dan show yang banyak boleh manyara kehidupan buat sementara waktu. Namun tahun 2011, artis pada nama sahaja tidak menjamin kewangan yang kukuh. Oleh itu, artis kini tidak boleh bermimpi di siang hari. Wajib bagi artis baru nak up untuk mempunyai pekerjaan lain dan anggap dunia artis sebagai part time sahaja. Kecuali memang da berduit atau datang dari keluarga kaya.

Kesenangan tidak akan datang bergolek. Menjadi artis tidak boleh mengharapkan duit royalti semata-mata kerana duit royalti album tidaklah sebesar yang disangkakan, bayangkan Amy dulu dapat 10 sen seorang bagi 1 unit album. Sedih kan.. dan Amy pernah bertanyakan sendiri pada beberapa orang artis sekarang dan rupanya kadar royalti masih tidak berubah sejak zaman 70an. Satu kejutan bukan? Mungkin bagi artis solo mempunyai kelebihan kerana tidak perlu berkongsi namun bagi band mereka mempunyai kesukaran untuk mendapat royalti tinggi kerana perlu berkongsi.

Artis tempatan yang bertuah sahaja berjaya menstabilkan nama di persada seni dan mempunyai keunikkan sendiri mampu menggunakan potensi nama mereka untuk mendapat bayaran yang lebih mahal. Jika dibandingkan artis yang lain. Kadangkala penganjur sendiri mengganggap artis sebagai hanya sekadar penghibur yang tidak perlu diberi bayaran. Perlu diingatkan di sini artis adalah sebuah pekerjaan, jika artis membuat persembahan tanpa bayaran adalah seperti seorang petani yang berkerja hempas pulas namun tidak mendapat hasil.

Ramai yang menyangkakan kehidupan dunia artis ini mewah namun sebaliknya. Jika hanya bergantung pada bayaran persembahan semat-mata belum tentu dapat menyara kehidupan yang stabil. Kadangkala bayaran pula dapat lambat seperti sebulan ke dua tiga bulan. Jadi jika anda ingin menjadi artis perlulah ada perancangan terlebih dahulu. Jika ya, bayaran lumayan sekarang boleh didapati alhamdulillah, namun bagaimana di masa depan? Ramai juga yang bergantung hanya pada kerjaya di bidang muzik 100% dan keputusannya agak kurang memberangsangkan. Sebaiknya buatlah kerja lain seperti berniaga, atau kerja kerajaan. Ini merupakan pengalaman Amy sendiri alami. Amy ingin berkongsi dengan semua yang ingin ceburi bidang ini. Rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin tapi berfikirlah dengan wajar. Gunakan nama sebagai satu peluang 'networking' dan inisiatif maju ke hadapan di dalam perniagaan atau kerjaya anda. Insya-allah anda akan berjaya!

Amy Ukays