Followers

Tuesday, December 30, 2008

Shooting Kecoh Betul!!!


Ada gaya seorang mat rempit? hehe.. Ini bukanlah diri Amy, sebenarnya ini adalah salah satu prop yang digunakan untuk penggambaran bagi filem terbaru yang dilakonkan oleh Nabil iaitu Kecoh Betul! Amy turun melihat penggambaran bertujuan untuk melihat perkembangan proses tersebut juga selaku Pengarah Muzik bagi filem tersebut. Filem ini dijangka ditayangkan pada tahun 2009. Jika ingin mengetahui tentang filem ini nantikan kemunculannya di pawagan berdekatan anda.

Di dalam kesibukan tersebut Amy sempat juga bergambar dengan idola Amy iaitu Pak Aziz Satar yang juga turut berlakon di dalam filem tersebut di samping Shila Mambo. Antara artis lain adalah Diana Daniel, Bell, Vanessa, dan lain-lain.

Malam Mesra MACP


Malam Mesra MACP adalah sebuah acara yang diadakan bagi menghargai para artis, komposer, syarikat yang terlibat serta ahli-ahli MACP. Acara yang berlangsung pada 19hb Dis 2008 tersebut disertai oleh mereka yang terlibat di dalam industri seni muzik tanah air.


Berlangsung di One World Hotel di Damansara pada jam 7.30 malam di hoskan oleh Bob. Lawak jenakanya mencuit hati para tetamu yang hadir. Acara dimulakan dengan persembahan artis veteran yang mengimbau kembali nostalgia ke zaman 70-an.

Antara artis lain yang turut membuat persembahan adalah Winnie Kok, Farah AF, band boys baru iaitu Bunkface, juga turut menyumbangkan bakat mereka adalah komposer-komposer terkenal seperti M.Nasir, Adnan Abu Hassan, Eddie Hamid, Aidit Alfian dan lain lagi.
Amy berasa agak puas juga melihat persembahan mereka pada malam itu. Tambahan pula terdapat hidangan makan malam yang amat lazat dari pembuka selera kepada pencuci mulut.Upacara tamat pada jam 11 malam.

Wednesday, December 17, 2008

Malam Anugerah Media 2008




Amy n Nabil

Nabil, Amy n Angah

16hb Disember 2008, telah berlangsung Majlis Anugerah Media 2008 di Pan Pacific yang ditaja oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia diadakan bertujuan menghargai usaha dan kerjasama media massa di dalam memaparkan berita dan informasi buat semua rakyat di Malaysia.

Amy n Angah

Maka, Amy telah dijemput bersama pada malam itu untuk membawa Nabil Raja Lawak bagi membuat persembahan ke majlis tersebut. Sememangnya malam tersebut meriah sekali dengan kehadiran semua media massa dan ahli-ahli MOA. Kehadiran tetamu pada malam tersebut menjangkau dari yang disangka sehingga tidak cukup tempat duduk.




Backstage before show

Pada jam 10, Nabil bersama Angah Raja Lawak membuat persembahan mereka. Agak lucu dan menarik persembahan mereka. Ramai yang tertawa dan terhibur dengan lawak mereka, para VIP juga turut terhibur. Setelah selesai, maka mereka pun bersurai. lebih kurang 12 tgh malam.

p/s: Lega Amy kerana segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah! Thanks to Nabil, Angah, Tn Haji Arrifin & MOA.
Amy UK's