Followers

Tuesday, December 30, 2008

Shooting Kecoh Betul!!!


Ada gaya seorang mat rempit? hehe.. Ini bukanlah diri Amy, sebenarnya ini adalah salah satu prop yang digunakan untuk penggambaran bagi filem terbaru yang dilakonkan oleh Nabil iaitu Kecoh Betul! Amy turun melihat penggambaran bertujuan untuk melihat perkembangan proses tersebut juga selaku Pengarah Muzik bagi filem tersebut. Filem ini dijangka ditayangkan pada tahun 2009. Jika ingin mengetahui tentang filem ini nantikan kemunculannya di pawagan berdekatan anda.

Di dalam kesibukan tersebut Amy sempat juga bergambar dengan idola Amy iaitu Pak Aziz Satar yang juga turut berlakon di dalam filem tersebut di samping Shila Mambo. Antara artis lain adalah Diana Daniel, Bell, Vanessa, dan lain-lain.

No comments: