Followers

Thursday, March 31, 2011

Uk's di MHI

Baru-baru ini Uk's telah dijemput ke rancangan Malaysia Hari ini. Last-last minit dapat tahu memang kelam kabut. Pagi-pagi bertolak dari rumah pula tersangkut dalam jam. Aduhai, Amy bersabar ja waktu tu. Nasib baik lagi beberapa minit lagi Amy sempat tiba. Alhamdulillah. Sempat juga ditemubual oleh Fikri & Abby Fana. Sambil mempromosikan album terbaru Uk's Kembali Berbisa. Oklah silalh layan gambar-gambar ya. Layanzzz

Booth Uk's di Merlimau

Pada bulan lepas, Amy telah ditugaskan ke Merlimau Melaka selama lebih kurang 14 hari di sana. Sempena Pilihanraya Dun Kecil Merlimau. Huishh.. penat betul. Amy pula kehulu kehilir dari Melaka ke KL kerana terpaksa selesaikan kerja. Tapi memang best kerana Amy berkesempatan mencari kawan-kawan baru di sana dan merasa makanan di sana. Murah pula makanan di sana. Apa lagi makan, makan, makan jelah. hehe. Oh ya, Uk's juga sempat mengadakan persembahan di sana. Selain dari itu artis lain seperti Heela, lan A to Z dan Pak long turut memeriahkan suasana. Kalau teringin nak berjalan-jalan, bolehlah semua ke Merlimau.

Uk's di Uptown D'setiawangsa

Amy dan Epy juga turut dijemput mengadakan show di Uptown D'setiawangsa. Walaupun penat kerana bertolak dari Merlimau, Melaka namun kami kuatkan semangat juga. Alhamdulillah lebih kurang jam 10.00 malam kami tiba di sana. Sementara itu peminat sudah di sajikan dengan persembahan dari artis-artis baru iaitu Naz Azri, Kumpulan Jebat dan sbginya. Uk's membuat persembahan selama 1 jam lebih bersama peminat di sana. Memang seronok. ramai juga yang menyerbu khemah jualan setelah tamat persembahan. Amy dan epy sempat menandatangani baju t-shirt yang diminta peminat. Pnuh dengan tandatangan rakan-rakan artis. Akhirnya tamat juga pada jam 1 pagi. Masa untuk pulang!

Show di Dewan Jubli Intan Muar, Johor

Salam sayang semua. Harap maaf kerana sudah lama Amy tidak meng'update' blog. hehe..
Sejak bulan Feb hingga bulan Jun nanti jadual sudah dipenuhi dengan jemputan persembahan. Alhamdulillah. Tidak sangka pula sambutan peminat terhadap lagu terbaru di album Uk's Kembali Berbisa sudah mula mendapat sambutan ramai dan kini dimainkan di setiap stesen radio di seluruh Malaysia. Amy bersyukur sangat2. bulan lepas kami telah dijemput mengadakan persembahan di Dewan Jubli Intan Muar, Johor bagi meraikan Perkahwinan Anak Ketua Polis. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.. layanlah gambar di bawah.