Followers

Tuesday, March 30, 2010

Gelap dalam terang

Gelap dalam terang...

baru sahaja selesai menjalankan kerja muzik bagi dokumentari RTM
iaitu Gelap dalam terang.
Dokumentari berkisahkan golongan cacat penglihatan yang mampu berdikari dan hidup setanding dengan mereka yang celik penglihatan.
Kagum juga Amy melihat kebijaksaan otak manusia yang mampu melihat di dalam kegelapan.
Oleh itu, kita sebagai manusia yang dianugerahi oleh Allah swt penglihatan seharusnya bersyukur kerana diberi segala nikmatnya.
Alhamdulillah syukur..

Tuesday, March 23, 2010

Amy & Wee


Hi! Inilah gambar amy bersama Wee dari SAE.
Sound Audio Engineering (SAE) merupakan sebuah institusi yang mendidik para pelajar mengenai latihan media kreatif.

Sunday, March 21, 2010

Interview bagi Asignments students MIIM



Sudah hampir seminggu telefon Amy berdering dengan panggilan dari para pelajar di MIM yang ingin membuat 'appoinment' tentang final project mereka. Maka pada hari ini iaitu Ahad bersamaan dengan 21hb Mac 2010 tercapailah hasrat para pelajar yang ingin menemubual Amy bagi projek tersebut. Setelah membuka pintu ofis Amy maka bermulalah mukadimah tentang projek mereka. Satu demi satu soalan diajukan namun berjalan dengan lancar. huh~lega


Menarik jugalah dapat berbual bersama para pelajar yang bakal menerajui tunggak negara di masa hadapan. Insya-allah. Eh, bila difikirkan kembali banyak juga panggilan dari para pelajar yang ingin menemubual Amy. Minta maaflah kepada mereka yang tidak berkesempatan Amy temui kerana jadual yang agak sibuk.

Amy turut selitkan beberapa keping gambar bersama para pelajar tersebut.
Terima kasih kerana sudi melawat studio Uk's Records!