Followers

Monday, February 22, 2010

Darma Al Harun

Siapa pernah menonton filem Adik Manja? Kalau tak pernah, di sini Amy ingin bercerita sedikit mengenai filem tersebut. Ia mengisahkan keadaaan di sekolah dan juga masalah-masalah yang menimpa murid-murid serta cikgu cikgu yang bertugas. Cerita ini sudah bertahun lamanya walau bagaimana pun tidak lama lagi akan muncul pula Adik Manja Returns, sekuel kepada Adik manja.

Amy selitkan juga di sini keratan akhbar dari Utusan Malaysia Online:

Sumber: Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm

Adik Manja kembali


Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Adik Manja Return, dari kiri, Jihan Raja Lawak, Kenchana Dewi, Dharma, Rozita Che Wan, Faezah Elai dan Fida.


MASIH ingatkah anda dengan filem komedi yang mengisahkan kenakalan pelajar-pelajar sekolah perempuan apabila didatangi seorang guru lelaki muda, Cikgu Azmi lakonan Dharma Harun Al-Rashid yang mendapat tentangan hebat daripada rakan setugasnya, Cikgu Bedah (Adibah Amin) dalam Adik Manja?

Filem arahan Othman Hafsham yang diterbitkan 29 tahun lalu itu mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya memperoleh jumlah kutipan melebihi RM3.5 juta.

Bukan itu sahaja, filem tersebut ternyata membawa impak yang bukan kecil kepada heronya, Dharma.

Biarpun telah banyak berlakon dalam filem mahupun drama, tetapi sehingga ke hari ini ke mana sahaja dia melangkah masyarakat masih mengenalinya kerana filem tersebut.

Filem yang dahulunya turut diterajui oleh Noor Kumalasari, Shasha dan Allahyarham Noraini Hashim itu mencipta kejayaan tersendiri di Festival Filem Malaysia pertama (FFM1-1980).

Pada FFM1, filem berkenaan memenangi tiga anugerah iaitu bagi kategori Filem Komedi Terbaik, Skrip Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Adibah Amin).

Khabar baik kepada peminat filem Adik Manja, kesinambungan filem tersebut iaitu Adik Manja Return di jangka menemui anda di pawagam pada November ini.

Masih lagi mempertaruhkan Dharma sebagai Cikgu Azmi, pelakon lain yang turut terlibat dalam filem yang dijangka menelan kos sebanyak RM1.5 juta ialah Rozita Che Wan (Pengetua Sofia), Scha (Bib), Jihan Raja Lawak (Tam), Faezah Elai (Su), Kenchana Dewi (Mala) dan Fida sebagai Ayu.

Dharma ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, baru-baru ini memberitahu, kelainan yang dibawa dalam Adik Manja Return ialah berlatarkan kenakalan dua kumpulan pelajar perempuan di sebuah pusat pengajian tinggi yang sering mendatangkan masalah kepada pengetuanya, Sofia.

"Sebelum ini saya pernah menjalankan beberapa kajian tentang masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dan juga pensyarah di beberapa buah kolej. Daripada kajian yang dijalankan, memang ramai pelajar yang tidak puas hati terhadap pensyarah mereka.

"Cerita Adik Manja Return ini turut memaparkan tentang isu ketidakpuasan hati para pelajar terhadap pensyarah dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Menurut Dharma, Adik Manja Return mengetengahkan dua kumpulan tarian, iaitu kumpulan Shuffle yang di ketuai oleh Bib dengan sebuah lagi kumpulan, Hip Hop yang di ketuai oleh Su. Mereka saling bermusuhan.

"Dalam filem Adik Manja orang tak tengok sangat siapa pelakonnya, tetapi yang orang nak tengok ialah watak-watak nakal yang terlibat di dalamnya.

"Sebagai pengarah, sudah tentu saya harapkan kejayaan yang lebih baik daripada filem Adik Manja sebelum ini. Tetapi saya tidaklah mengharapkan anugerah," kata Dharma yang bakal memulakan pengambaran filem tersebut pada 1 Julai ini.

Sebagai orang yang terlibat dengan bisnes, menurut bapa kepada dua anak, Siti Qurraituaini, 21, dan Mohd. Al-Syafiq, 20, dia berharap para peminat dapat menerima filem pertama arahannya itu.

"Jika kutipan Adik Manja boleh mencecah sehingga RM3.5 juta dengan harga tiket cuma RM2, saya harap filem saya akan mendapat lebih daripada itu memandangkansekarang tiket dijual pada harga RM10.

"Bagi saya Adik Manja satu jenama yang kuat sebab ke mana sahaja saya pergi orang akan ingat saya, sebab itu saya buat bahagian kedua filem ini," kata Dharma yang telah menyiapkan skrip tersebut pada tahun 2007.

Menyentuh hakcipta nama filem itu, Dharma berkata, dia telah memaklumkan kepada pengarah asalnya, Othman Hafsham, mengenai skrip dan penerbitan kesinambungan filem Adik Manja itu.

Oh ya berbalik kepada cerita, Darma telah mengunjungi studio baru-baru ini di samping preview untuk filem tersebut. apapun nantikan Adik Manja Kembali di pawagam tidak lama lagi.

Artis Pertama di studio


Beberapa minggu lalu, Amy telah mula menerima tetamu dengan rasminya ke studio terbaru Amy. Artis yang bertuah iaitu, Betty Benafe telah menjadi artis pertama yang melawat ke studio Amy. Tujuannya adalah bagi menjalani latihan bagi lagu terbaru iaitu Mencari. Lagu ini berkonsepkan world music dengan sentuhan arabic. Apapun nantikan post terbaru Amy tentang studio ya! bye~


Wednesday, February 3, 2010

Tentang Bulan Vocal Training



Tentang Bulan The Movie

Video ini telah diambil dalam setahun lepas sewaktu menjalani rakaman untuk album UK's Productions. Amy seprti biasa bertugas sebagai komposer untuk album tersebut. Ini merupakan lagu tema bagi filem Tentang Bulan yang telah Amy siapkan pada tahun 2007. Sebagai pengarah muzik filem ini merupakan pencapaian terbaik Amy apabila berjaya menghasilkan sebuah karya yang digemari bukan sahaja dewasa malah kanak-kanak.

Kepada sesiapa yang belum menonton tentang bulan cepat-cepatlah dapatkan dvd atau vcd cerita tersebut.