Followers

UKs Records Entertainment

Nama UK's merupakan  sebuah nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat tempatan. Album Bisa Berbisa yang terjual lebih kurang 1 juta telah menawan hati semua. Bekas kumpulan tersebut iaitu Amy UK's merupakan gitaris utama sewaktu zaman kemuncak nama UK's dijulang di mata negara. Perpecahan UK's disebabkan oleh vokalis Amir yang ingin tampil solo telah menamatkan kegemilangan zaman itu. Namun itu tidak bererti karier Amy UK's sebagai pemuzik telah tamat. Beliau menempa nama beliau melalui pembikinan album dan seterusnya ke bidang perfileman. Berkat usaha bertahun -tahun akhirnya beliau berjaya menimba ilmu dan pengetahuan cukup untuk memulakan empayar nya sendiri melalui UK's Records Sdn Bhd.

Merupakan syarikat yang diasaskan oleh Amy UK's. Ditubuhkan pada 23 Mac 2009 dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia merupakan sebuah syarikat penerbitan muzik, pengacaraan majlis, rakaman, album dan segala yang berkaitan dengan bidang hiburan.

Moto UK's Records merupakan " Hiburan & Pelajaran untuk semua". Berkonsepkan 3E iaitu Entrepeneur (Keusahawanan), Entertainment ( Hiburan) dan Education (Pelajaran). UK's Records berharap mampu mendidik generasi muda bukan sahaja mengenai bidang hiburan namun mampu menjadi usahawan. Seterusnya mampu menjadi role model kepada generasi akan datang bahawa bidang seni perlu ditingkatkan menjadi suatu bidang yang bukan sahaja menghiburkan malah berfaedah.