Followers

Tuesday, December 30, 2008

Malam Mesra MACP


Malam Mesra MACP adalah sebuah acara yang diadakan bagi menghargai para artis, komposer, syarikat yang terlibat serta ahli-ahli MACP. Acara yang berlangsung pada 19hb Dis 2008 tersebut disertai oleh mereka yang terlibat di dalam industri seni muzik tanah air.


Berlangsung di One World Hotel di Damansara pada jam 7.30 malam di hoskan oleh Bob. Lawak jenakanya mencuit hati para tetamu yang hadir. Acara dimulakan dengan persembahan artis veteran yang mengimbau kembali nostalgia ke zaman 70-an.

Antara artis lain yang turut membuat persembahan adalah Winnie Kok, Farah AF, band boys baru iaitu Bunkface, juga turut menyumbangkan bakat mereka adalah komposer-komposer terkenal seperti M.Nasir, Adnan Abu Hassan, Eddie Hamid, Aidit Alfian dan lain lagi.
Amy berasa agak puas juga melihat persembahan mereka pada malam itu. Tambahan pula terdapat hidangan makan malam yang amat lazat dari pembuka selera kepada pencuci mulut.Upacara tamat pada jam 11 malam.

No comments: