Followers

Showing posts with label Dato dr Syed Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Dato dr Syed Ahmad. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI & PERASMIAN PASANTREN N9, PUTRAJAYA




Baru-baru ini Amy telah diminta bertugas dalam sebuah majlis anjuran AKADEMI NUSANTARA sebagai AJK Siaraya. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Perasmian Pasantren Putrajaya dna Negeri Sembilan itu berlangsung pada 2 hari; iaitu Sabtu dan Ahad.

Sememangnya disambut meriah oleh semua ahli akademi. Acara yang berlangsung dengan ketibaan para VVIP dan VIP dan disambut dengan nyanyian lagu tema akademi dan Negaraku. Seterusnya, bacaan doa dari ustaz dan diikuti dengan ucapan dari penganjur, presiden dan perasmi. Lalu perasmian dilangsungkan diiringi lagu akademi.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dengan persembahan dari ahli akademi dan Epy, vokalis terbaru Ukays. Menjelang aidilfitri, seloka hari raya, aidilfitri, lepaskanmu kerna terpaksa dan pahit akan manis akhirnya menjadi lagu pilihan pada majlis tersebut. Para penonton sememangnya terpaku melihat nyanyian Epy apatah lagi ada juga yang naik ke pentas lalu memasang bunga di pakaian Epy. Pidato cilik dan pidato terampil berarah ditonjolkan sebagai persembahan utama dari ahli akademi.

Majlis tidak akan sempurna tanpa syarahan dari Dato' Syed Samsuddin Al Sagoff. Telatahnya yang lucu dan intipati syarahannya mampu mencuit mereka yang mendengarnya. Seterusnya, majlis diceriakan dengan acara cabutan bertuah. Akhir sekali nyanyian akademi nusantara oleh ahli akademi sekali lagi menutup majlis. Majlis tidak akan lengkap tanpa hidangan aidilfitri kepada para jemputan.

Sunday, September 6, 2009

Akademi Nusantara : Memartabat Minda Intelek


YM Azhar dan Amy Ukays

Amy dan Datin Razalia

En Kamil dan Amy




AJK Di sebalik tabir
Ahli-ahli akademi nusantaraYM Azhar, YM Dato' Dr Syed Ahmad, dan Amy Ukays
Bertugas di bahagian audio

Pada 5hb September yang lalu, berlangsung sebuah Program Pengisian Minda Intelek Insan Ke arah Menjadi Jutawan dan Majlis Berbuka Puasa oleh Akademi Nusantara di Dewan Kampo, IYC Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.


Acara bermula sebaik sahaja ketibaan para tetamu pada jam 3 petang. Pembukaan majlis di meriahkan dengan persembahan dari rumah anak-anak yatim Bangi. Walaupun masih kecil namun kelincahan mereka dalam mempamerkan persembahan silat dan nyanyian mencuit hati setiap yang melihat. Pada jam 4 petang diumumkan ketibaan para VVIP diiringi dengan alunan lagu sekapur sirih.

Seterusnya pula, ucapan alu-aluan dari Pengerusi Penganjur ; Ir Haji Ahmad Razef B Abd Rahman dan ucapan dari Pengarah Urusan; Datin Razalia Bt Md Yasin. Semangat dan kata-kata mereka menaikkan lagi semangat ahli-ahli akademi dengan tepukan yang gemuruh. Kecil- kecil cili api, begitulah mereka yang membuat persembahan seterusnya. Walaupun masih kecil namun keberanian dan bakat mereka dalam bidang pidato terserlah apabila menyampaikan pidato mereka pada petang itu.

Turut membuat persembahan adalah Epy Ukays dengan 2 buah lagu iaitu Di sana menanti di sini menunggu dan lagu terbaru; lepaskanmu kerna terpaksa. Para hadirin sememangnya terpukau dengan alunan suaranya sehingga terpaku di kerusi masing-masing. YM Azhar turut dijemput oleh Epy Ukays untuk berduet bersama mendapat perhatian para hadirin di situ.

Koir akademi nusantara dan sajak "usahawan" turut juga memeriahkan suasana dewan. Setelah berhibur, para hadirin di jelaskan serba sedikit taklimat tentang Akademi Nusantara. Seterusnya pula, penyampaian Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Puan Salina atas jasa arwah suaminya yang banyak membantu di dalam penubuhan Pulapi Pro bersama Dato' Dr Syed Ahmad. Turut menerima adalah Anugerah pelajar Terawal yang diberi kepada anak murid Dato'. Selain dari itu, 23 penama diberi elaun atas sumbangan mereka di dalam Akademi Nusantara.

Masa di tunggu - tunggu telah tiba dengan penyampaian pidato dari Dato' Dr Syed Ahmad B Syed Samsuddin Al Saggof tentang program tersebut. Bait-bait pidatonya mencuit hati setiap mereka yang mendengarnya. Selepas itu, penyampaian 2 buah sajak iaitu sajak Gemersik dan Sahabat. Akhir sekali, lagu tema Akademi Nusantara yang di cipta oleh Amy Ukays dinyanyikan beramai-ramai sebelum tibanya masuk waktu berbuka. Tepat jam 7.24 maka tibalah waktu berbuka dan berakhirlah majlis. Maka tamatlah tugas Amy sebagai audio engineer pada hari itu. Penat~