Followers

Monday, February 2, 2009

Juri di CRK Tom Yam Restoran

Amy UK's

Baru-baru ini Amy telah dijemput oleh pemilik restoran CRK Tom Yam yang merupakan 'loving couple" bagi memeriahkan suasana malam karaoke di situ. Sehubungan dengan itu, Amy juga turut dijemput sebagai juri kepada para peserta di situ. Agak ramai juga yang mencuba bakat mereka. Lagu hindustan, lagu zaman 70-an malah lagu UK's juga turut menjadi pilihan peserta. Pelbagai gelagat mereka yang hadir pada malam itu. Amy menjadi juri

Amy pun tersenyum melihat gaya dan tingkah laku mereka. Sambutan agak mengalakkan pada malam itu. Acara yang bermula dari jam 9.30 malam itu berakhir pada 12.30malam. Selepas itu, Amy dijemput menjamu selera, apalagi makan besar lah malam itu.

Wan, dj pada malam itu

Terima kasih atas jemputan tersebut khas dari Amy.

No comments: