Followers

Sunday, May 5, 2013

Promosi Sitkom Kelas Sebelah

Salam semua,


Amy tak sempat nak update blog ni. Sudah lama tak update rasanya.

Tak lama lagi sebuah sitkom baru akan disiarkan di RTM- TV1. Di mana lagu tema Amy gubah dan juga muzik latar dan kesan bunyi nya.

Buat pertama kali Amy terasa teruja nak mengubah lagu ala-ala K-POP. Alhamdulillah berjaya.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh Haqiem Rusli (Idola Kecil 1), Didi Astillah (Dayang Kamilah Bintang) dan Fimie Don. Lagu bertajuk Biasakan Yang Betul berentak KPop dan sesuai untuk semua remaja.

Amy juga telah dijemput ke Pelancaran Kelas Sebelah pada beberapa bulan lepas di mana anda boleh lihat di video di bawah ini:


Juga anda boleh melihat di Sebalik Tabir Kelas Sebelah yang disunting oleh Muhkriz. Terima kepada Muhkriz kerana sudi membuat pengambaran sewaktu rakaman lagu dan sudi menunggu sehingga lewat pagi.


Baru-baru ini Amy juga sempat dijemput ke Radio KL.fm bagi mempromosikan sitkom kelas Sebelah


Bagi yang ingin mendengar lagu tersebut anda boleh klik video di bawah ini:


Ini pula Teaser Kelas Sebelah:


Banyak betul video kali ini kan dalam satu pos. haha

Khas untuk semua.. hanya perlu klik sahaja.

Sitkom Kelas Sebelah yang bakal disiarkan pada 7 Mei 2013 ini. Waktu siaran jam 9 malam pada setiap hari RABU di TV1.

Dibarisi oleh pelakon, Fimie, Didi, Azzam, Nasir, Sweet, Josie, Dottie, Daniel Zulkifli, Daniel Al-Arash, Naim Daniel, Shakila Khoriri, Afiq, Zizan Ning, Maya, Jaafar Onn, Farrah Auni, Qawiem Hamiziam & bersama artis jemputan seperti Elyana, Tony Eusoff, Sofi Jikan, Aziz M.Osman, Bell Ngasri

Bawah Arahan Puteri Iman Wani.

"Betulkan yang biasa, Biasakan yang Betul"

P/s: Banyak lagi Amy nak update. Tunggu

No comments: