Followers
Showing posts with label rtm. Show all posts
Showing posts with label rtm. Show all posts
Sunday, May 5, 2013
Temuramah di Nasional FM & TVi
Tengok video di atas. Amy ditemuramah di Nasional Fm oleh Dj Muaz & Dj Shila tentang perkembangan terkini Uk's, Sejarah Uk's dan kerja-kerja Amy.
Layari:
Website: www.uksrecordsent.com
Jom beli belah di : http://uksonline.shoppy.com
Facebook:
AMY UKAYS:
https://www.facebook.com/amyukays
UK'S RECORDS ENTERTAINMENT:
https://www.facebook.com/uksrecords
Promosi Sitkom Kelas Sebelah
Salam semua,
Amy tak sempat nak update blog ni. Sudah lama tak update rasanya.
Tak lama lagi sebuah sitkom baru akan disiarkan di RTM- TV1. Di mana lagu tema Amy gubah dan juga muzik latar dan kesan bunyi nya.
Buat pertama kali Amy terasa teruja nak mengubah lagu ala-ala K-POP. Alhamdulillah berjaya.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh Haqiem Rusli (Idola Kecil 1), Didi Astillah (Dayang Kamilah Bintang) dan Fimie Don. Lagu bertajuk Biasakan Yang Betul berentak KPop dan sesuai untuk semua remaja.
Amy juga telah dijemput ke Pelancaran Kelas Sebelah pada beberapa bulan lepas di mana anda boleh lihat di video di bawah ini:
Juga anda boleh melihat di Sebalik Tabir Kelas Sebelah yang disunting oleh Muhkriz. Terima kepada Muhkriz kerana sudi membuat pengambaran sewaktu rakaman lagu dan sudi menunggu sehingga lewat pagi.
Baru-baru ini Amy juga sempat dijemput ke Radio KL.fm bagi mempromosikan sitkom kelas Sebelah
Bagi yang ingin mendengar lagu tersebut anda boleh klik video di bawah ini:
Ini pula Teaser Kelas Sebelah:
Banyak betul video kali ini kan dalam satu pos. haha
Khas untuk semua.. hanya perlu klik sahaja.
Sitkom Kelas Sebelah yang bakal disiarkan pada 7 Mei 2013 ini. Waktu siaran jam 9 malam pada setiap hari RABU di TV1.
Dibarisi oleh pelakon, Fimie, Didi, Azzam, Nasir, Sweet, Josie, Dottie, Daniel Zulkifli, Daniel Al-Arash, Naim Daniel, Shakila Khoriri, Afiq, Zizan Ning, Maya, Jaafar Onn, Farrah Auni, Qawiem Hamiziam & bersama artis jemputan seperti Elyana, Tony Eusoff, Sofi Jikan, Aziz M.Osman, Bell Ngasri
Bawah Arahan Puteri Iman Wani.
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang Betul"
Dibarisi oleh pelakon, Fimie, Didi, Azzam, Nasir, Sweet, Josie, Dottie, Daniel Zulkifli, Daniel Al-Arash, Naim Daniel, Shakila Khoriri, Afiq, Zizan Ning, Maya, Jaafar Onn, Farrah Auni, Qawiem Hamiziam & bersama artis jemputan seperti Elyana, Tony Eusoff, Sofi Jikan, Aziz M.Osman, Bell Ngasri
Bawah Arahan Puteri Iman Wani.
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang Betul"
P/s: Banyak lagi Amy nak update. Tunggu
Labels:
Biasakan Yang betul,
didi astillah,
Fimie Don,
Haqiem Rusli,
Kelas sebelah,
KLfm,
lagu tema,
rtm,
TV1,
video
Sunday, February 3, 2013
Ost Hero Bola
Selain dari filem, Ost drama RTM iaitu Hero Bola juga siap. Rakaman disiapkan pada minggu lepas. kali ini penerbit minta penyanyi remaja pula. Jenuh juga memikirkan siapa nak menyanyi lagu ni. Akhirnya setelah difikir- fikir.. Haqiem Idola Kecil menjadi pilihan hati. Rasa nya tahun lepas baru je jumpa tengok- tengok tahun ini Haqiem dah besar rupanya.
lagu Hero Bola ini dinyanyikan oleh Haqiem dan di back up vokal oleh Didi Astillah. Lagu semangat katakan. Kenalah budak muda menyanyi. cerita ini tentang seorang kanak- kanak yang minat bermain bola yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Amy nak cerita banyak- banyak pun bukan korang nak baca semua. Nak tahu kenalah tonton di TV2 bulan Mac 2014 ni.
Amy selitkan video di sebalik tabir dan lagu Hero Bola untuk semua. Enjoy!
lagu Hero Bola ini dinyanyikan oleh Haqiem dan di back up vokal oleh Didi Astillah. Lagu semangat katakan. Kenalah budak muda menyanyi. cerita ini tentang seorang kanak- kanak yang minat bermain bola yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Amy nak cerita banyak- banyak pun bukan korang nak baca semua. Nak tahu kenalah tonton di TV2 bulan Mac 2014 ni.
Amy selitkan video di sebalik tabir dan lagu Hero Bola untuk semua. Enjoy!
Labels:
13 episod,
didi astillah,
haqiem idola kecil,
Hero bola,
rtm
Sunday, July 29, 2012
Lagu runut bunyi filem 'Kerat 14' & telemovie 'Konangan'
Assalamualaikum,
Puasa ke tak? (jangan tipu, dosa!!)
Amy kembali lagi. Kali ini nak ceritakan tentang perkembangan terbaru.
Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan ini rezeki melimpah ruah.. Semua kerana BiG BOSS, Dia boleh beri rezeki dan dia juga boleh menarik balik rezeki kita.
Bulan ini Amy kena siapkan dua lagu bagi sebuah filem dan lagi satu pula sebuah telemovie bagi RTM. Baru terfikir nak berehat di bulan puasa nampaknya terpaksa tangguh niat ke bulan Syawal nanti.
Lagu yang pertama adalah lagu bagi filem Kerat 14 yang bertajuk 'Penyesalan' yang bakal dinyanyikan oleh Zarul Umbrella. Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Siti Saleha. Berkisar tentang sebuah pembunuhan. Nak ketahui lebih lanjut tengok trailer di bawah ini.
Manakala kagu kedua merupakan untuk sebuah telemovie raya yang akan dinyanyikan oleh anak didik amy iaitu Epy. Lagu ini bertajuk 'Konangan di Aidilfitri' dan akan dinyanyikan dalam versi nogori dan utara. Nantikan kemunculannya di bulan Syawal nanti.
nampaknya Amy kena berkejar nak siapkan dalam bulan ini juga. Wish me luck!
Ok kita jumpa lagi nanti Amy akan upload video dan ceritakan 'update' seterusnya.
Tunggguuuu...
Labels:
Amy Ukays,
Kerat 14,
konangan di aidilfitri,
lagu tema,
penyesalan,
raya,
rtm,
syawal,
zarul umbrella
Subscribe to:
Posts (Atom)