Followers

Wednesday, July 14, 2010

Filem 'Rasuk'



Hi, kali ini 'entry' Amy adalah tentang projek terbaru Amy iaitu sebuah filem seram (horror) bertajuk Rasuk. Huuu....hantuuuu

Dengar tajuk je dah seram kan? Filem terbaru dari White Merpati Entertainment ini dibintangi oleh Fauziah Gous dan Ikram Dinzly. Kini dalam proses 'post production'. Bakal ditayangkan insya-allah bulan 11 tahun ini. Mesti tak sabar korang nak tengok kan?

Amy sedang sibuk menyiapkan lagu tema bagi filem tersebut yang bertajuk ' Dendam yang tak sudah'. Di nyanyikan oleh Azwan dari kumpulan nasyid Fareast dan Atan bekas vokalis kumpulan Leon. Lagu ini berkonsepkan nasyid rock, di mana Amy mengabungkan kedua-dua elemen di dalam sebuah lagu. Harap-harap mendapat sambutan yang menggalakan.


Nantikan di panggung terdekat anda ya! oh ya, Amy turut selitkan video di belakang tabir pembikinan lagu tema tersebut. Tengok ya!

p/s: sinopsisnya boleh dibaca di sini
http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Rasuk_888

No comments: