Salam semua..
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa Amy tak update blog/website dll kan?
Sebenarnya Amy lebih gemar menghabiskan masa di Facebook kerana mudah & cepat. Tetapi Blog tidak diabaikan cuma kepadatan jadual kadangkala buat Amy tak sempat nak blog.
Kebiasaanya apabila Amy sering membuat soalan ramai bertanya soalan yang sama dan di sini Amy ingin menjawab soalan2 tersebut untuk anda.
1. Kenapa Amir takde dalam gambar ni (rujuk kepada bunting Uk's sekarang hanya berempat)?
Jawapan: Kerana Amir sudah meninggalkan Uk's pada tahun 1997. Hampir 11 tahun Uk's terkubur maka Amy, Amirul & Denil terpaksa teruskan perjuangan.
2. Siapa pengganti Amir/ penyanyi sekarang?
Jawapan: Sebenarnya Uk's kini tiada pengganti.. Pada awalnya Amy bercadang ingin mencari seseorang yang boleh menggantikan tempatnya namun suara Amir yang unik sukar dicari pengganti. Malah kini penyanyi baru lebih sinonim dengan LUPA DIRI maka Amy ambil keputusan mencari penyanyi undangan. Seperti Meet Uncle Hussien.. Uk's tiada penyanyi tetap.. sesiap sahaja yang mampu menyanyikan dengan baik maka Amy akan membawa dia ke show.
3.Lagu terbaru Uk's?
Jawapan: Lepaskanmu kerna terpaksa ciptaan Amy Uk's sendiri.
4. Siapakah penyanyi lagu Lepaskanmu kerna terpaksa?
Jawapan; Sebenarnya Amy cipta lagu ini semasa putus cinta tahun 2007. Sewaktu itu anak didik Amy iaitu Shark juga putus cinta. Jadi Amy beri mandat kepada beliau menyanyikan lagu itu kepadanya. Nama beliau ialah Shark. Beliau merupakan penyanyi lagu ini.
5. Kenapa tidak menggunakan Shark sebagai penyanyi Uk's?
Pada tahun 2009 kami bersama membuat album kompilasi di bawah Uk's Production di mana Amy selitkan lagu Lepaskanmu kerna terpaksa. Pada tahun yang sama juga beliau undur diri kerana mahu berkahwin dan tidak dapat beri komitmen. Amy akur. Pada tahun 2010 Amy selitkan lagu ini di dalam album Uk's Kembali Berbisa sebagai penghargaan kepada dia. Namun Amy tak menyangka lagu ini menjadi HITS di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.
Banyak lagi soalan... Tapi jika anda nak tahu bole saja ajukan di email amyuks@gmail.com
Followers
Showing posts with label UKAYS KEMBALI BERBISA. Show all posts
Showing posts with label UKAYS KEMBALI BERBISA. Show all posts
Wednesday, December 19, 2012
Thursday, September 30, 2010
DAPATKAN HARI INI!
Beli di sini hanya dengan klik satu butang. Isi borang di atas dan kami akan pos ke rumah anda!
Cepat-cepat sementara stok masih ada!
Labels:
Amy Ukays,
UKAYS KEMBALI BERBISA
Saturday, June 5, 2010
UKAYS KEMBALI BERBISA DI DOWNTOWN CHERAS
Downtown Cheras merupakan destinasi seterusnya dalam rangka promosi Album Ukays Kembali Berbisa. Buat julung kalinya, kami mengadakan promosi di downtown Cheras. Setibanya kami di sana pada jam 8 malam, krew serta Amy terus menyiapkan 'gerai' kami. Lebih kurang jam 10, kami mulakan persembahan dari Epy dan Amy selaku Dj yang bertugas pada malam itu.
Belum sampai 10 minit, sambutan memang menggalakan sehingga memenuhi ruangan tapak di downtown tersebut. Walaupun hampir 2 jam, Epy menghiburkan mereka, namun peminat tetap menyokong dan terus menonton persembahan. Sorakan demi sorakan menaikkan lagi semangat kami.
Peminat memang 'sporting' di sana kerana sudi berhibur dan menyanyi bersama Epy. Alhamdullilah, jualan album melepasi target pada hari tersebut. Insya-allah kami akan terus mengadakan promosi di sana.
p/s: Peminat-peminat boleh melayari blog kami bagi melihat jadual Promosi kami bagi yang ingin mendapatkan Album Ukays kembali berbisa dengan harga promosi atau untuk berjumpa dengan Ukays secara live.
UKAYS KEMBALI BERBISA DI MYDIN

Hi!
Destinati kedua bagi promosi album Ukays Kembali Berbisa merupakan di Mydin Subang Jaya. Jeng jeng.. Acara tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21 - 23hb Mei 2010. Memang best berada di sana kerana semua booth bekerjasama dengan baik dan diorang semua sangatlah 'sporting'.
Sempat juga Amy menemubual mereka bagi mempromosikan produk mereka. (iklan free lah katakan). Sambil promosi dapat merasa produk mereka dengan free juga. he he..
Dalam masa yang sama, Epy sempat membuat persembahan bagi menghiburkan para peminat yang ada di sana. Memang best lah 'crowd' di sana sampai blocking jalan masuk ke Mydin. Sorry yer, pihak management! Kami pun tak sangka sampai begitu sekali keadaan peminat di sana.
Alhamdullilah, masih ada yang meminati Ukays walaupun bertahun lamanya tidak membuat show dan album.

Agak ramai juga yang telah membeli album Ukays pada hari tersebut. Memang rugi siapa yang tak beli. Abang dalam gambar di atas ini pun sempat membeli. Siap minta Epy nyanyi live sebab tak percaya pada suara Epy. Agak lucu bukan? Insya-allah sekiranya semua menyokong kami diharap belilah album Ukays Kembali Berbisa secara original.p/s: beli online pun boleh. hantarkan nama, alamat emel, alamat dan no tel pada kami. Dan bankin pd akaun kami, terus kami pos pada anda! tq
Labels:
Mydin Subang,
UKAYS KEMBALI BERBISA
Promosi Kecoh Betul & Ukays Kembali Berbisa

Hari Belia Negara 2010
Assalamualaikum..
Agak lama sudah Amy tak berblogging.. bukan apa, masa tak mengizinkan. Jadual waktu yang agak padat sehinggakan tidak berkesempatan untuk membuat aktiviti -aktiviti lain. Hari ini berkesempatan juga melayari internet dengan masa yang agak panjang. Minta maaflah sekiranya 'entry' kali ini agak banyak berbanding sebelum ini.

Pada 14, 15 dan 16hb Mei yang lalu, kami telah turun ke Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010. Tidak dinafikan memang agak banyak 'booth' di sana. Ini kerana kawasan persiaran Putrajaya yang luas hingga menempatkan begitu banyak booth. Kalau dah kata luas tu nampak gaya kaki yang melangkah pun kenalah panjang, ditambah pula cuaca yang panas dan kering. Aduhai.. tapi berkat kesabaran, semangat nak berusaha kenalah bersusah payah sedikit.
Tujuan kami ke sana adalah bagi mempromosi Filem Kecoh Betul yang telah pun keluar di panggung pada 3hb Jun 2010 di samping itu mempromosikan Album terbaru Ukays: Kembali Berbisa. Acara yang berlangsung 3 hari itu, mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan belia.
Sempat juga kami membuat persembahan bersama-sama peminat di sana. Huh, memang tak sangka ramai juga yang turut serta menyanyi bersama Epy. Tak sangka ramai juga yang meminati Ukays setelah sekian lama tidak menghasilkan album.

Insya-allah kami akan jelajah ke tempat lain pula bagi mempromosikan album terbaru kami. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. Doa-doakanlah ya!

Saturday, May 8, 2010
UKAYS KEMBALI BERBISA
AmySelesai sudah menjalani proses rakaman album UKAYS KEMBALI BERBISA di Apple Sound Studio bersama Amin Aminuddin, Zali Ghazi, dan Shah. Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang proses tersebut. Kini album akan mula dijual melalui online dan kami akan berada di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010 dan Jom Heboh.

Penjualan CD UKAYS KEMBALI BERBISA secara ekslusif pada hari tersebut!
siapa cepat dia dapat. Setiap pembelian akan menerima air dan majalah secara percuma.
CEPAT CEPAT CEPAT!!!

Kami juga akan mengadakan promosi filem Kecoh Betul yang bakal ditayangkan pada 3hb Jun 2010 ini! jumpa di sana!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)