Followers

Showing posts with label Kecoh Betul. Show all posts
Showing posts with label Kecoh Betul. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Promosi Kecoh Betul & Ukays Kembali Berbisa


Hari Belia Negara 2010

Assalamualaikum..

Agak lama sudah Amy tak berblogging.. bukan apa, masa tak mengizinkan. Jadual waktu yang agak padat sehinggakan tidak berkesempatan untuk membuat aktiviti -aktiviti lain. Hari ini berkesempatan juga melayari internet dengan masa yang agak panjang. Minta maaflah sekiranya 'entry' kali ini agak banyak berbanding sebelum ini.


Pada 14, 15 dan 16hb Mei yang lalu, kami telah turun ke Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010. Tidak dinafikan memang agak banyak 'booth' di sana. Ini kerana kawasan persiaran Putrajaya yang luas hingga menempatkan begitu banyak booth. Kalau dah kata luas tu nampak gaya kaki yang melangkah pun kenalah panjang, ditambah pula cuaca yang panas dan kering. Aduhai.. tapi berkat kesabaran, semangat nak berusaha kenalah bersusah payah sedikit.

Tujuan kami ke sana adalah bagi mempromosi Filem Kecoh Betul yang telah pun keluar di panggung pada 3hb Jun 2010 di samping itu mempromosikan Album terbaru Ukays: Kembali Berbisa. Acara yang berlangsung 3 hari itu, mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan belia.

Sempat juga kami membuat persembahan bersama-sama peminat di sana. Huh, memang tak sangka ramai juga yang turut serta menyanyi bersama Epy. Tak sangka ramai juga yang meminati Ukays setelah sekian lama tidak menghasilkan album.


Insya-allah kami akan jelajah ke tempat lain pula bagi mempromosikan album terbaru kami. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. Doa-doakanlah ya!


Thursday, January 22, 2009

Shooting Kecoh Betul!


Sewaktu pengambaran Kecoh Betul Amy sempat juga pose sambil ditangkap oleh Panjang (salah seorang crew di situ). Seharian penat menunggu tibanya scene Amy sebagai dj. Huh.. bukan main lagi menunggu.. serik rasanya nak berlakon lagi. Mana tak penat.. semalaman Amy berjaga untuk menyiapkan lagu pengantin khas untuk babak dalam filem tersebut. Nyata tidak sia-sia bila semua orang suka dengan lagu tersebut. Apapun nantikan kemunculan KECOH BETUL di pawagam terdekat anda.