Pada 4hb Jun, Amy dan krew semua bersiap-siap di studio sebelum bertolak ke Tanjung Karang. Sehari sebelum itu, cermin kereta Amy pecah akibat ditimpa buah kelapa. Terpaksalah hantar ke kedai. Bagaikan ada petanda kepada masalah yang menimpa. Setelah siap, kami pun bertolak menaiki dua buah kenderaan, iaitu sebuah kereta dan van. Van pergi dahulu kerana Amy mahu menuju ke rumah Epy di rawang dan dari situ terus ke Tanjung Karang.
Tak sangka pula perjalanan memakan masa yang lama kerana kesesakkan lalu lintas. Huh!, dahlah cuaca panas, tuhan sahaja yang tahu. Kami bertiga di dalam kereta itu. Bersumpah-sumpah Amy kerana perjalanan yang memakan masa lebih kurang beberapa puluh minit menjadi sejam. Terpaksa juga Amy gagahkan juga.
Akhirnya sampai juga di rumah Epy, tapi kami agak terlewat dari masa yang kami jangka akan tiba. Amy teruskan juga ke Tanjung karang. Sewaktu dalam perjalanan Amy hampir dilanggar oleh sebuah lori apabila memotong. Nasib baik. Lebih kurang jam 6, kami pun tiba. Alhamdulillah.
Setelah memasang semua barang dan berehat sebentar, kami pun teruskan dengan program kami. Memang meriah betul keadaan di Jom Gegar, Tanjung Karang ini di waktu malam. Dalam sekelip mata tapak yang lengang menjadi sesak dengan orang ramai.
Amy dan Epy di temu ramah oleh Dj M pada lebih kurang jam 8.30 malam. Selepas itu, Epy terus membuat pesembahan sementara Amy menjaga di belakang pentas. Oh tak sangka ramai betul peminat Ukays pada malam itu. Selepas persembahan, khemah kami dikerumuni peminat yang ingin melihat gelagat Epy bersama peminat. Pada lebih kurang jam 11.30 malam, kami mengemas dan mengorak langkah untuk pulang ke Puchong. Sempat juga berehat minum kopi sebelum itu.
Lebih kurang jam 1 pagi, kami bertolak pulang. Pada mulanya keadaan baik tetapi tiba-tiba kami terlepas simpang. Itu memaksa kami memasuki jalan lama untuk keluar ke jalan besar. Tak sangka pula kami memasuki jalan yang gelap yang dikelilingi dengan pokok-pokok. Walaupun agak takut, tapi kami teruskan juga.Tuhan sahaja yang tahu, betapa gelapnya kawasan itu. Bagaikan ada yang memerhati di sepanjang perjalanan itu. Jalannya pula diliputi dengan lumpur dan batu-batu, memang tidak sesuai bagi kenderaan keluar masuk. Kerana yakin dengan papan tanda kami teruskan juga tiba-tiba kami terkejut melihat 2 simpang di hadapan kami adalah jalan masuk ke dalam kawasan estet dan bukan jalan keluar. Di kanan pula ada kuil India. Aduhai, kami pun pusing kembali dan berhenti di sebuah simpang. Amy pun keluar dan ternampak cahaya dari jauh. Amy ikut gerak hati dan terus melusuri jalan itu untuk keluar. Alhamdulillah, ternampak kawasan perkampungan Melayu dan kami terus bertanya jalan keluar.
Akhirnya kami berjaya keluar dari kawasan tersebut setelah hampir 1 jam sesat. Kami pun berhenti makan. Sewaktu itu, macam-macam bermain di fikiran kami. Sehinggakan, kami fikirkan kedai makan itu wujud atau tidak. Tidak lama, kami teruskan perjalanan dan satu lagi masalah menimpa apabila tayar pancit. Aduhai, apalah dugaan yang kau berikan. Kami bagaikan tidak percaya masalah datang berturut-turut.
Setelah menukar tayar kami diberitahu bahawa selang beberapa minit sebelum tayar pancit di hadapan kami sebuah kemalangan telah berlaku. Masya-Allah. Terkejutnya. Nasib baik bukan kami yang kemalangan. Setelah itu kami, menuju ke stesen minyak bagi mengepam tayar tesebut. Tapi Amy melihat ada yang tak kena dengan tayar belakang. Mungkin kekurangan angin, jadi Amy pam juga. Setelah itu kami teruskan juga dan menghantar krew ke Rawang.
Manakala, Amy teruskan ke Puchong. Alhamdulillah selamat sampai pada jam 6 pagi. Wah, perjalanan sejam telah memakan masa berjam-jam lamanya. Petang itu, jangkaan Amy betul apabila melihat tayar belakang Amy juga pancit. Mungkinkah ini dugaan atau kebetulan?

No comments:
Post a Comment