hi apa khabar semua? Amy kini sedang sibuk menjalankan proses foley bagi sebuah filem seram bertajuk Rasuk. Filem ini dibintangi oleh Fauziah Gous dan Ikram Dinzly dan bagi sesiapa yang berminat silalah membeli tiket di panggung wayang tahun depan. hihi.. (sorry, takde tiket free ya)
Sebenarnya, Amy nak memaklumkan semua bahawa Amy akan mula menulis tentang kisah Amy yang bertajuk Kisah Seorang Komposer di blog mula dari minggu depan. Insya-allah. Niat amy nak adalah bagi memberi iktibar dan teladan kepada mereka yang berminat meneruskan minat di dalam bidang ini.
Bukan senang, dari susah nak menjadi senang. Usaha kena kuat! Amy selalu berpegang pada prinsip " lagi kuat usaha, lagi cepat berjaya!". Tambahan pula manusia kini lebih mementingkan harta dan status, tiada apa yang perlu dinafikan kerana ini adalah sebuah kenyataan. Masa Amy susah dulu pun begitu juga. Tiada insan yang membantu kerana diri sendiri terpaksa menghadapi realiti. Namun Amy berterima kasih pada insan yang sudi membantu. Kini Amy sedar juga siapa kawan dan siapa lawan.
Oh serius betul kan? he he..
Tapi Amy berharap tahun depan akan lebih baik dari tahun ini. tap tup tap.. dah masuk tahun 2011 dah. Siapa sangka masa berlalu begitu pantas sekali. Mereka yang dah kahwin pun dah beranak. he he..
Walau apapun Amy harap semua akan nantikan coretan Amy ini setiap minggu, TUNGGUUUUU!
p/s: SESIAPA BERMINAT MEMBELI ALBUM UKAYS KEMBALI BERBISA KINI ADA PROMOSI BESAR-BESARAN IAITU BELI SATU PERCUMA SATU. PROMOSI SAH SEHINGGA HUJUNG TAHUN INI SAHAJA!
CEPAT CEPAT! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
No comments:
Post a Comment