Followers

Friday, December 31, 2010

SIAP SUDAH!

Alhamdulillah, akhirnya audio visual bagi filem Rasuk telah pun selesai. Kini Amy sedang giat menyiapkan filem Raya tak Jadi pula terbitan LineClear Motion Pictures. Insya-allah akan siap pada awal tahun 2011.

Di samping itu Amy ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua. Diam tak diam cepat betul masa berlalu kini sudah setahun lagi berlalu.

Amy berhajat agar tahun baru ini perniagaan amy iaitu Uk's Records Entertainment akan berkembang dengan lebih baru. Jika tiada aral melintang Amy dan Epy akan mengadakan promo UK's 2011 ke seluruh felda-felda pula. Insya-allah. Apa pula hajat anda tahun ini?

No comments: