Followers

Thursday, December 20, 2012

Anak didik Baru

Alhamdulillah 2012 sudah hampir ke penghujungnya.. Sepanjang tahun ni Amy gembira semua berjalan lancar. Sedar tak sedar banyak perkara berlaku.

Semasa membuat persembahan semasa Raya Aidilditri Amy bersua dengan seorang gadis yang cantik.., ewah2. Siapa sangka kini amy didik sebagai artis baru di bawah syarikat Uk's Records pula.

Dikenali sebagai Fara, namun dikomersialkan dengan nama Airyn Farawaniz.

Tunggu kemunculan album beliau di pasaran tahun 2013 nanti.

Oh ya, rezeki Fara baru sahaja hendak menjadi artis.. Dah ditaja pakaian oleh Smeshe yang menaja bagi photoshoot album Fara tidak lama lagi.

Tungguuuuu





Show di Tunas Manja

Alhamdulillah, tahun 2012 merupakan tahun yang amat bermakna buat Amy. Sebenarnya Amy tak menyangka akan sampai ke tahap ini. Di mana lagu Lepaskanmu terpaksa mendapat sambutan menggalakkan di merata-rata tempat. Hampir semua tempat Amy pergi, peminat tahu akan lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, jumlah views di Youtube yang mencecah berjuta-juta dan cover dari para peminat menguatkan lagi jangkaan Amy. Walaupun pada hakikatya sukar Amy ingin akui.
Alhamdulillah semua merana izin Allah s.w.t.

Bulan lepas Amy mengadakan persembahan di Tunas Manja di mana buat kali pertamanya aa,y tampilkan anak didik Amy iaitu Airyn Farawaniz. Alhamdulillah kemunculan beliau disambut dengan baik.

Nantikan album dari beliau..

Amy nak melabuhkan sayap atas katil dulu. Selamat Pagi!





Wednesday, December 19, 2012

Soalan yang selalu ditanya..

Salam semua..

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa Amy tak update blog/website dll kan?
Sebenarnya Amy lebih gemar menghabiskan masa di Facebook kerana mudah & cepat. Tetapi Blog tidak diabaikan cuma kepadatan jadual kadangkala buat Amy tak sempat nak blog.

Kebiasaanya apabila Amy sering membuat soalan ramai bertanya soalan yang sama dan di sini Amy ingin menjawab soalan2 tersebut untuk anda.

1. Kenapa Amir takde dalam gambar ni (rujuk kepada bunting Uk's sekarang hanya berempat)?

Jawapan: Kerana Amir sudah meninggalkan Uk's pada tahun 1997. Hampir 11 tahun Uk's terkubur maka Amy, Amirul & Denil terpaksa teruskan perjuangan.

2. Siapa pengganti Amir/ penyanyi sekarang?

Jawapan: Sebenarnya Uk's kini tiada pengganti.. Pada awalnya Amy bercadang ingin mencari seseorang yang boleh menggantikan tempatnya namun suara Amir yang unik sukar dicari pengganti. Malah kini penyanyi baru lebih sinonim dengan LUPA DIRI maka Amy ambil keputusan mencari penyanyi undangan. Seperti Meet Uncle Hussien.. Uk's tiada penyanyi tetap.. sesiap sahaja yang mampu menyanyikan dengan baik maka Amy akan membawa dia ke show.

3.Lagu terbaru Uk's?

Jawapan: Lepaskanmu kerna terpaksa ciptaan Amy Uk's sendiri.


4. Siapakah penyanyi lagu Lepaskanmu kerna terpaksa?

Jawapan; Sebenarnya Amy cipta lagu ini semasa putus cinta tahun 2007. Sewaktu itu anak didik Amy iaitu Shark juga putus cinta. Jadi Amy beri mandat kepada beliau menyanyikan lagu itu kepadanya. Nama beliau ialah Shark. Beliau merupakan penyanyi lagu ini.

5. Kenapa tidak menggunakan Shark sebagai penyanyi Uk's?

Pada tahun 2009 kami bersama membuat album kompilasi di bawah Uk's Production di mana Amy selitkan lagu Lepaskanmu kerna terpaksa. Pada tahun yang sama juga beliau undur diri kerana mahu berkahwin dan tidak dapat beri komitmen. Amy akur. Pada tahun 2010 Amy selitkan lagu ini di dalam album Uk's Kembali Berbisa sebagai penghargaan kepada dia. Namun Amy tak menyangka lagu ini menjadi HITS di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.

Banyak lagi soalan... Tapi jika anda nak tahu bole saja ajukan di email amyuks@gmail.com


Wednesday, October 17, 2012

Mini Konsert Uk's di Temerloh

Assalamualaikum,

Minggu ini Uk's akan menjelajah ke Negeri Pahang iaitu di Daerah Temerloh bagi mengadakan Mini Konsert di Tunas Manja, Temerloh. Konsert tersebut bermula dari jam 11 pagi (sesi 1) dan 2 petang (sesi 2).


Kepada yang berminat jangan lupa datang dan saksikan Konsert Uk's di sana bersempena dengan Event yang akan dilaksanakan oleh Tunas Manja Supermarket. Bakal dirasmikan oleh VVIP yang dijemput oleh pihak pengurusan. Anda juga boleh bergambar dan autograph sambil membeli album Uk's Kembali Berbisa di sana.

Wednesday, September 26, 2012

ALBUM RAJA SEHARI: SENTUHAN MELODI AMY UKAYS


pertama kali Amy menampilkan muka Amy sendiri di cover album. segan pun ada.
tapi demi nak menaikkan karya-karya yang Amy cipta maka terhasil lah album ALBUM RAJA SEHARI: SENTUHAN MELODI AMY UKAYS. album ini mengandungi 10 buah lagu dan 4 buah lagu adalah ciptaan Amy sendiri. tapi bukan sebarang lagu tapi lagu Raja Sehari khas untuk mereka yang bakal mendirikan masjid, yang telah berkahwin, atau pun sesuai untuk diberi kepada rakan-rakan yang bakal melangsungkan perkahwinan sebagai hadiah perkahwinan.

antara lagu yang diselitkan adalah Kompang Dipalu, Semoga Kekal ke Anak Cucu, Selamat Pengantin Baru & Kalau Jodoh Tak Ke Mana.

album ini akan dijual dan diedarkan oleh Uk's Records Entertainment iaitu syarikat Amy sendiri. harga adalah RM20 sahaja dan bagi pos RM6 ke semenanjung Malaysia dan RM8 ke Sabah & Sarawak.


Saturday, August 11, 2012

Minggu Recording

2 minggu ini sibuk dengan rakaman bagi dua buah lagu iaitu lagu Penyesalan dan lagu Konangan di Aidilfitri.

Sekarang Amy sedang siapkan muzik bagi lagu Penyesalan bersama Is WOW dia studionya dia Ampang.

Sunday, July 29, 2012

Lagu runut bunyi filem 'Kerat 14' & telemovie 'Konangan'

Assalamualaikum, Puasa ke tak? (jangan tipu, dosa!!) Amy kembali lagi. Kali ini nak ceritakan tentang perkembangan terbaru. Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan ini rezeki melimpah ruah.. Semua kerana BiG BOSS, Dia boleh beri rezeki dan dia juga boleh menarik balik rezeki kita. Bulan ini Amy kena siapkan dua lagu bagi sebuah filem dan lagi satu pula sebuah telemovie bagi RTM. Baru terfikir nak berehat di bulan puasa nampaknya terpaksa tangguh niat ke bulan Syawal nanti. Lagu yang pertama adalah lagu bagi filem Kerat 14 yang bertajuk 'Penyesalan' yang bakal dinyanyikan oleh Zarul Umbrella. Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Siti Saleha. Berkisar tentang sebuah pembunuhan. Nak ketahui lebih lanjut tengok trailer di bawah ini. Manakala kagu kedua merupakan untuk sebuah telemovie raya yang akan dinyanyikan oleh anak didik amy iaitu Epy. Lagu ini bertajuk 'Konangan di Aidilfitri' dan akan dinyanyikan dalam versi nogori dan utara. Nantikan kemunculannya di bulan Syawal nanti. nampaknya Amy kena berkejar nak siapkan dalam bulan ini juga. Wish me luck! Ok kita jumpa lagi nanti Amy akan upload video dan ceritakan 'update' seterusnya. Tunggguuuu...

Uk's Menjelang Aidilfitri

Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan berjaya juga Amy keluarkan album raya Uk's yang julung kali dihasilkan. Oleh kerana kesuntukkan masa, Amy hanya sempat hasilkan album audio sahaja. Insyaallah, tahun depan akan dihasilkan mtv pula. Amy bercadang hendak menyiapkan album ini pada awal bulan Mei namun dek kerana kesuntukkan masa maka tertangguh pula. Seminggu sebelum puasa, Amy berkejar ke Insictech Musicland bagi menguruskan edaran untuk album tersebut dan dalam masa 3 hari sahaja Amy 'finalised' semua artwork dan design bagi album tersbpebut. Huhhh lega, beb! Alhamdulillah sekali lagi sebab semalam 50 print pertama siap untuk promosi ke Plaza Metro Kajang dan insya-allah selepas ini banyak lagi tempat akan Amy kunjungi untuk promosi album raya. Kali ini Amy akan banyak jelajah ke bahagian utara pula. Layari video di bawah untuk mendengar lagu-lagu terbaru dari album Menjelang Aidilfitri. Kepada sesiapa ingin dapatkan album ini secara online anda hanya perlu email nama, alamat rumah dan no telefon dan ke uks.records@gmail.com dan kemudian bank in ke akaun pilihan anda. Kemudian amy akan pos terus ke rumah anda. Oh ya Ada yang tertanya- tanya berapa harganya.. Cuma RM21.00 sahaja. Murah kan? Apa lagi dapatkan sementara stok masih ada. Pada yang ingin menyertai pertandingan Jawab & Menang jangan lupa lihat post sebelum ini untuk ketahui caranya. Oklah.. Selamat berpuasa semua.

Thursday, July 26, 2012

Pertandingan Jawab & Menang Album Uk's Menjelang Aidilfitri

1. Nyatakan nama lagu UK's yang merupakan OST Raya Tak Jadi.
2. Email nama, alamat dan no hp anda ke musiclandcontest@gmail.com
Dan anda berpeluang memenangi Album UK's Menjelang Aidilfitri!!!

Muat Turun Nada Dering Raya Uk's untuk mendapatkan Hadiah Bonus!!!
Maxis CallerRingtones -- Dial*131*273331#
DiGi CallerTunes -- Type CT 0168076 & send to 2000
Celcom CallMeTones -- Taip CMT 165114 & hantar ke 22990
U Mobile ColourTones -- Key in CT 389096 & send to 28118

'like' Insictech Musicland Fan Page @ https://www.facebook.com/pages/Insictech-Musicland/133981636632 untuk menambahkan peluang untuk menang!!!

Monday, July 16, 2012

Sewaan PA Sistem Dan DJ



Rancangan Baru: Ronda-Ronda Amy Ukays

Tahun 2012 ini Amy berazam nak TINGKATKAN PRESTASI & KURUSKAN DIRI. Eh? Jeng3..

Harap-harap tahun depan adalah penurunan berat badan. Kepada peminat yang mengikuti perkembangan Amy dari zaman muda dulu tambahan lagi hensem masa tu anda akan sedia maklum bahawa berat Amy masa tu 45 kg sahaja. Slim river u ols. Tapi sejak tahap metabolisme menurun makan pun banyak jadi perkembangan berat badan secara mendadak berlaku. Mudah-mudah 2013 Amy akan cuba mengekalkan berat badan agar kembali slim. hehehe..

Tapi pos kali ini bukan tentang Berat Badan tapi mengenai Rancangan Baru Amy di YOUTUBE Channel Amy sendiri iaitu Ronda-ronda Amy Ukays. Amy teringin nak komersialkan rancangan ini agar dapat ditonton oleh orang ramai. Tapi entah bila lah tu agaknya.. hehe. Buat masa sekarang Amy nak cuba menarik minat peminat menonton rancangan tersebut dan tingkatkan kualiti video. Insya-allah. Kita buat perlahan-perlahan. Kata orang biar lambat asal selamat.. eh? boleh apply ke kata-kata ni.. (Apa pon tak boleh)

Jadi klik lah video di bawah untuk menonton video-video tersebut. Selamat MENONTON! oh ya jangan lupa SUBSCRIBE pada Channel Amy Ukays di http://www.youtube.com/user/amyuks?feature=watch . Jumpa Lagi!




Amy Uk's jadi DJ Radio?

Betul ke Amy jadi Dj Radio?

Ya, tapi bukan dj radio berfrekuensi tapi radio online.

Bermula dari pembukaan radio online Uk's.fm yang telah Amy warwarkan lebih kurang 2 bulan lalu, Amy mula menyedari bahawa Amy mempunyai minat lain selain dari membuat persembahan dan membuat lagu. Iaitu minat dalam bidang juruhebah.



Pada mulanya Amy memang agak lama berminat ingin membuka stesen radio sendiri kerana keinginan memainkan lagu-lagu yang menepati hawa telinga pendengar. Namun untuk membuka stesen radio sendiri memerlukan kos yang tinggi bagi membina pencawang sendiri yang bukan berada di tahap ribuan malahan boleh mencecah jutaan. Soalan tersebut diajukan pada Amy sewaktu awal pembukaan radio online. Uk's.fm merupakan nama pilihan Amy bersempena dengan Amy dari kumpulan Uk's. Di dalam radio tersebut mempunyai 2 segmen yang Amy sendiri kendalikan iaitu Segmen Pilihan Bersama dan Segmen Luahan Hati.

Alhamdulillah semakin ramai yang sokong niat Amy dan amy akan cuba upgrade dari masa ke semasa.

layari http://uksrecords.blogspot.com atau www.uksrecords.com/main untuk mendengar.

Insha-allah mungkin suatu hari nanti Amy akan jadi Dj Radio Stesen Berfrekuensi pula, siapa tahu kan?

Ramadhan muncul lagi

Assalamualaikum...

Tidak disangka apabila Ramadhan bakal muncul kembali banyak rezeki yang Allah swt beri pada Amy.
Ingatkan di bulan puasa, Amy nak beristirihat bersama keluarga tercinta di kampung iaitu di Batu Pahat tapi kemungkinan hajat tak kesampaian. Maka ditangguh apabila Syawal bakal muncul nanti.

Tahun ini buat julung kalinya Amy akan menerbitkan Album Uk's Menjelang Aidilfitri. Di dalam album tersebut akan menampilkan sebanyak 6 buah trek lagu. Antaranya Menjelang Aidilfitri dan Keinsafan di Aidilfitri di mana Amy gubah sendiri lagu ini 3 tahun lepas. Setahun lepas lagu Menjelang Aidilfitri menjadi pilihan Prof Razak Mohaideen untuk menjadi lagu tema bagi filem Raya tak Jadi. (Poster di bawah)


Pada peminat yang nak dengar trek ini diselitkan semasa babak terakhir di dalam rumah emak; Apek & Johan di kampung. Terdapat juga pertandingan ciptaan video menggunakan lagu tersebut. Lihat di bawah. Memang lucu melihat sample yang dihasilkan.


Insya-allah album tersebut akan siap hujung bulan ini. Amy akan mengadakan promosi dan jelajah ke beberapa pusat beli belah terpilih dan anda berpeluang membeli album di sana dengan harga promosi.

Tungguuu...

Friday, March 9, 2012

Pertandingan Karaoke 1 Malaysia












Agak lama juga Amy tak update blog. Alhamdulillah bulan 3 ini pula jadual penuh dengan promosi dan persembahan Uk's. Sebelum malam ini Amy akan mengadakan promosi di Downtown Cheras jadi Amy pun ambil kesempatan menulis sedikit tentang event yang berlangsung baru-baru ini.




Lebih kurang sebulan lepas AMy telah dijemput sebagai juri bagi sebuah pertandingan Karaoke 1 Malaysia yang telah dianjurkan di Today's Mall Ulu Tiram. Walaupun Amy mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang seni tapi ini kali pertama Amy jadi juri kepada sebuah pertandingan yang terdiri dari 60 orang peserta. Bukan itu sahaja Amy terpaksa memilih pemenang pada hari yang sama juga. Itu merupakan sebuah cabaran terbesar yang Amy perlu hadapi.


Acara tersebut bermula pada jam 12 tengahari dan dipecahkan kepada 4 sesi untuk memudahkan sesi pemarkahan. Peserta terdiri dari kaum Melayu dan Cina. Memang menarik sebab ini merupakan kali pertama Amy mengadili pertandingan karaoke yang terdiri dari kaum Cina. Bukan itu sahaja pakaian dan persembahan mereka juga menarik. Boleh dikatakan saingan hebat-hebat. Seronok juga melihat aksi dan telatah para peserta.



Acara berakhir lebih kurang jam 7 malam dan Amy terus ke bilik mesyuarat bersama Cikgu Yap yang turut menjadi juri pada hari tersebut. Setelah pengiraan dibuat lebih kurang jam 8 lebih akhirnya keputusan muktamad diterima. 




Pertandingan tersebut dimenangi oleh 3 orang yang amat berbakat. Ketiga-tiga memiliki suara yang lunak , dan tinggi. Tahniah buat mereka.


Peserta yang memenangi pakaian terbaik dan paling popular

Monday, February 27, 2012

MHI 27 Feb 2012








Gambar adalah hakmilik Uk's Records: Jangan ambil tanpa izin


Pada 27 Februari 2012, Amy telah ditembual untuk MHI sempena promosikan Album Uk's Kembali Berbisa dan sempat juga Amy mempromosikan projek Filem 'Lepaskanmu kerna terpaksa'.

Teruja dan berdebar pula nak temubual pagi tadi. Tambah-tambah pula Amy terpaksa menyanyi sebuah lagu nyayian Amy sendiri iaitu; Lumrah Percintaan. Berdua sahajalah dengan Denil pagi ni . Apapun segalanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

Terima kasih kepada MHI,TV3, Syed, Hidayah, Wani NSR dan semua yang membantu Amy.


Kepada yang tidak berkesempatan untuk menonton pada pagi tadi, Amy siapkan video khas untuk tatapan anda.


Sunday, January 22, 2012

KEMBALI BERBISA BERSAMA AMY UK'S



Jam sudah menunjukkan jam 4.25 pagi. Amy pun masih belum lelapkan mata.. sebelum mata mula menutup tirai Amy nak kongsikan sebuah video buat semua peminat album terbaru Uk's Kembali Berbisa. Pada yang belum menonton silalah berbuat demikian. Amy ceritakan serba sedikit setiap kisah bagi setiap lagu di dalam album tersebut. Layannnn

Tuesday, January 17, 2012

Telefilem "LEPASKANMU KERNA TERPAKSA"

'Teaser Poster Lepaskanmu kerna Terpaksa'

Salam semua, mesti anda semua tertanya-tanya Amy ni nak buat Telemovie apa pulak? Dari penerbit album sekarang penerbit Telemovie pula? 

Jawapan kepada persoalan itu adalah ya. Tidak lama lagi Insya-allah jika dipermudahkan oleh Allah swt, Amy akan mulakan penggambaran bagi Telefilem bukan Telemovie bertajuk "Lepaskanmu kerna terpaksa. Apakah itu telefilem? Telefilem lebih mengetengahkan shot-shot seperti filem berbanding telemovie yang lebih pada shot drama namun kedua-dua tidak akan ditayangkan di panggung wayang namun hanya dikeluarkan di dalam bentuk VCD atau DVD sahaja. 

Amy terdorong nak membuat telefilem kerana memang sudah lama Amy menyimpan niat ingin menghasilkan sebuah karya visual. Setelah berkecimpung hampir 10 tahun dalam bidang seni perfileman sebagai Pengarah Muzik Filem, hajat di hati ingin juga menceburkan diri sebagai Penerbit. Pada asalnya memang Amy nak menghasilkan sebuah filem namun banyak ura-ura mengatakan banyak filem yang berada di dalam senarai Wajib Tayang dan kemungkinan besar filem yang siap tahun 2011 atau 2012 belum tentu akan ditayangkan pada 2012. Bila difikirkan kembali Amy cuba mengambil satu langkah untuk terus ke Telefilem dan akan di jual terus dalam bentuk dvd/ vcd. "Kalau tak basilahh! Bila dah basi, siapa yang rugi? Amy jugak kan?..kan?"

Berbalik pada tajuk cerita iaitu Lepaskanmu kerna terpaksa diambil dari tajuk lagu ciptaan Amy sendiri dari Album Uk's Kembali Berbisa. Setelah dipasarkan bermula tahun lepas, album ini mendapat sambutan hangat dari para peminat sendiri. Alhamdulillah. Amy juga bekerjasama dengan NSR bagi mengedarkan album tersebut di pasaran dan mendapat 'feedback' yang amat menggalakkan. Tambahan pula video-video bagi lagu "lepaskanmu kerna terpaksa yang diupload para peminat 8 bulan lepas telah mencapai jumlah 1.6 juta keseluruhannya. Tidak sangka makin hari makin meningkat jumlah pendengar lagu tersebut. Amy amat bersyukur. Pendekatan ini yang Amy ambil lalu menghasilkan sebuah Telefilem yang diadaptasi dari lagu itu sendiri seperti mana lagu Isabella & Mira Edora.

Amy kini sedang giat menjalankan diskusi bersama pengarah/ penulis skrip tentang skrip dan perjalanan cerita ini. Kalau nak tahu sebenarnya kisah cerita ini adalah kisah kehidupan dan percintaan Amy yang tidak kesampaian. Amy ingin penonton fahami keperitan yang dialami sepanjang percintaan tersebut yang ada persamaan dengan kisah di dalam lagu itu. Amy harap anda semua dapat menyongkong Amy. Terima kasih.

Ciao cincau

p/s: nantikan Telefilem di pasaran pada pertengahan tahun 2012, insya-allah!