Harap-harap tahun depan adalah penurunan berat badan. Kepada peminat yang mengikuti perkembangan Amy dari zaman muda dulu tambahan lagi hensem masa tu anda akan sedia maklum bahawa berat Amy masa tu 45 kg sahaja. Slim river u ols. Tapi sejak tahap metabolisme menurun makan pun banyak jadi perkembangan berat badan secara mendadak berlaku. Mudah-mudah 2013 Amy akan cuba mengekalkan berat badan agar kembali slim. hehehe..
Tapi pos kali ini bukan tentang Berat Badan tapi mengenai Rancangan Baru Amy di YOUTUBE Channel Amy sendiri iaitu Ronda-ronda Amy Ukays. Amy teringin nak komersialkan rancangan ini agar dapat ditonton oleh orang ramai. Tapi entah bila lah tu agaknya.. hehe. Buat masa sekarang Amy nak cuba menarik minat peminat menonton rancangan tersebut dan tingkatkan kualiti video. Insya-allah. Kita buat perlahan-perlahan. Kata orang biar lambat asal selamat.. eh? boleh apply ke kata-kata ni.. (Apa pon tak boleh)
Jadi klik lah video di bawah untuk menonton video-video tersebut. Selamat MENONTON! oh ya jangan lupa SUBSCRIBE pada Channel Amy Ukays di http://www.youtube.com/user/amyuks?feature=watch . Jumpa Lagi!
No comments:
Post a Comment