Followers

Thursday, June 17, 2010

Tragedi Tanjung Karang

Pada 4hb Jun, Amy dan krew semua bersiap-siap di studio sebelum bertolak ke Tanjung Karang. Sehari sebelum itu, cermin kereta Amy pecah akibat ditimpa buah kelapa. Terpaksalah hantar ke kedai. Bagaikan ada petanda kepada masalah yang menimpa. Setelah siap, kami pun bertolak menaiki dua buah kenderaan, iaitu sebuah kereta dan van. Van pergi dahulu kerana Amy mahu menuju ke rumah Epy di rawang dan dari situ terus ke Tanjung Karang.

Tak sangka pula perjalanan memakan masa yang lama kerana kesesakkan lalu lintas. Huh!, dahlah cuaca panas, tuhan sahaja yang tahu. Kami bertiga di dalam kereta itu. Bersumpah-sumpah Amy kerana perjalanan yang memakan masa lebih kurang beberapa puluh minit menjadi sejam. Terpaksa juga Amy gagahkan juga.

Akhirnya sampai juga di rumah Epy, tapi kami agak terlewat dari masa yang kami jangka akan tiba. Amy teruskan juga ke Tanjung karang. Sewaktu dalam perjalanan Amy hampir dilanggar oleh sebuah lori apabila memotong. Nasib baik. Lebih kurang jam 6, kami pun tiba. Alhamdulillah.

Setelah memasang semua barang dan berehat sebentar, kami pun teruskan dengan program kami. Memang meriah betul keadaan di Jom Gegar, Tanjung Karang ini di waktu malam. Dalam sekelip mata tapak yang lengang menjadi sesak dengan orang ramai.

Amy dan Epy di temu ramah oleh Dj M pada lebih kurang jam 8.30 malam. Selepas itu, Epy terus membuat pesembahan sementara Amy menjaga di belakang pentas. Oh tak sangka ramai betul peminat Ukays pada malam itu. Selepas persembahan, khemah kami dikerumuni peminat yang ingin melihat gelagat Epy bersama peminat. Pada lebih kurang jam 11.30 malam, kami mengemas dan mengorak langkah untuk pulang ke Puchong. Sempat juga berehat minum kopi sebelum itu.

Lebih kurang jam 1 pagi, kami bertolak pulang. Pada mulanya keadaan baik tetapi tiba-tiba kami terlepas simpang. Itu memaksa kami memasuki jalan lama untuk keluar ke jalan besar. Tak sangka pula kami memasuki jalan yang gelap yang dikelilingi dengan pokok-pokok. Walaupun agak takut, tapi kami teruskan juga.Tuhan sahaja yang tahu, betapa gelapnya kawasan itu. Bagaikan ada yang memerhati di sepanjang perjalanan itu. Jalannya pula diliputi dengan lumpur dan batu-batu, memang tidak sesuai bagi kenderaan keluar masuk.
Kerana yakin dengan papan tanda kami teruskan juga tiba-tiba kami terkejut melihat 2 simpang di hadapan kami adalah jalan masuk ke dalam kawasan estet dan bukan jalan keluar. Di kanan pula ada kuil India. Aduhai, kami pun pusing kembali dan berhenti di sebuah simpang. Amy pun keluar dan ternampak cahaya dari jauh. Amy ikut gerak hati dan terus melusuri jalan itu untuk keluar. Alhamdulillah, ternampak kawasan perkampungan Melayu dan kami terus bertanya jalan keluar.

Akhirnya kami berjaya keluar dari kawasan tersebut setelah hampir 1 jam sesat. Kami pun berhenti makan. Sewaktu itu, macam-macam bermain di fikiran kami. Sehinggakan, kami fikirkan kedai makan itu wujud atau tidak. Tidak lama, kami teruskan perjalanan dan satu lagi masalah menimpa apabila tayar pancit. Aduhai, apalah dugaan yang kau berikan. Kami bagaikan tidak percaya masalah datang berturut-turut.

Setelah menukar tayar kami diberitahu bahawa selang beberapa minit sebelum tayar pancit di hadapan kami sebuah kemalangan telah berlaku. Masya-Allah. Terkejutnya. Nasib baik bukan kami yang kemalangan. Setelah itu kami, menuju ke stesen minyak bagi mengepam tayar tesebut. Tapi Amy melihat ada yang tak kena dengan tayar belakang. Mungkin kekurangan angin, jadi Amy pam juga. Setelah itu kami teruskan juga dan menghantar krew ke Rawang.

Manakala, Amy teruskan ke Puchong. Alhamdulillah selamat sampai pada jam 6 pagi. Wah, perjalanan sejam telah memakan masa berjam-jam lamanya. Petang itu, jangkaan Amy betul apabila melihat tayar belakang Amy juga pancit. Mungkinkah ini dugaan atau kebetulan?


Saturday, June 5, 2010

Ukays di Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Promosi Album lagi? he he..
Kali ini krew kami ke Taman Warisan Pertanian Putarajaya.
Kami dijemput oleh DRazSuccess bagi memeriahkan suasana di sana sambil mempromosikan album Kembali Berbisa.


Dalam ketenangan di taman tersebut ada juga yang terhibur dengan kelincahan Epy di pentas dan telatah peminat yang berhibur bersama Epy.

Alhamdulillah, ramai juga yang membeli album pada malam itu dan sempat juga kami berposing bersama-sama mereka. Diharapkan sokongan peminat akan berterusan sampai bila-bila. Terima kasih!

UKAYS KEMBALI BERBISA DI DOWNTOWN CHERAS






Downtown Cheras merupakan destinasi seterusnya dalam rangka promosi Album Ukays Kembali Berbisa. Buat julung kalinya, kami mengadakan promosi di downtown Cheras. Setibanya kami di sana pada jam 8 malam, krew serta Amy terus menyiapkan 'gerai' kami. Lebih kurang jam 10, kami mulakan persembahan dari Epy dan Amy selaku Dj yang bertugas pada malam itu.


Belum sampai 10 minit, sambutan memang menggalakan sehingga memenuhi ruangan tapak di downtown tersebut. Walaupun hampir 2 jam, Epy menghiburkan mereka, namun peminat tetap menyokong dan terus menonton persembahan. Sorakan demi sorakan menaikkan lagi semangat kami.

Peminat memang 'sporting' di sana kerana sudi berhibur dan menyanyi bersama Epy. Alhamdullilah, jualan album melepasi target pada hari tersebut. Insya-allah kami akan terus mengadakan promosi di sana.

p/s: Peminat-peminat boleh melayari blog kami bagi melihat jadual Promosi kami bagi yang ingin mendapatkan Album Ukays kembali berbisa dengan harga promosi atau untuk berjumpa dengan Ukays secara live.

UKAYS KEMBALI BERBISA DI MYDIN


Hi!

Destinati kedua bagi promosi album Ukays Kembali Berbisa merupakan di Mydin Subang Jaya. Jeng jeng.. Acara tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21 - 23hb Mei 2010. Memang best berada di sana kerana semua booth bekerjasama dengan baik dan diorang semua sangatlah 'sporting'.


Sempat juga Amy menemubual mereka bagi mempromosikan produk mereka. (iklan free lah katakan). Sambil promosi dapat merasa produk mereka dengan free juga. he he..


Dalam masa yang sama, Epy sempat membuat persembahan bagi menghiburkan para peminat yang ada di sana. Memang best lah 'crowd' di sana sampai blocking jalan masuk ke Mydin. Sorry yer, pihak management! Kami pun tak sangka sampai begitu sekali keadaan peminat di sana.
Alhamdullilah, masih ada yang meminati Ukays walaupun bertahun lamanya tidak membuat show dan album.


Agak ramai juga yang telah membeli album Ukays pada hari tersebut. Memang rugi siapa yang tak beli. Abang dalam gambar di atas ini pun sempat membeli. Siap minta Epy nyanyi live sebab tak percaya pada suara Epy. Agak lucu bukan? Insya-allah sekiranya semua menyokong kami diharap belilah album Ukays Kembali Berbisa secara original.

p/s: beli online pun boleh. hantarkan nama, alamat emel, alamat dan no tel pada kami. Dan bankin pd akaun kami, terus kami pos pada anda! tq

Promosi Kecoh Betul & Ukays Kembali Berbisa


Hari Belia Negara 2010

Assalamualaikum..

Agak lama sudah Amy tak berblogging.. bukan apa, masa tak mengizinkan. Jadual waktu yang agak padat sehinggakan tidak berkesempatan untuk membuat aktiviti -aktiviti lain. Hari ini berkesempatan juga melayari internet dengan masa yang agak panjang. Minta maaflah sekiranya 'entry' kali ini agak banyak berbanding sebelum ini.


Pada 14, 15 dan 16hb Mei yang lalu, kami telah turun ke Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010. Tidak dinafikan memang agak banyak 'booth' di sana. Ini kerana kawasan persiaran Putrajaya yang luas hingga menempatkan begitu banyak booth. Kalau dah kata luas tu nampak gaya kaki yang melangkah pun kenalah panjang, ditambah pula cuaca yang panas dan kering. Aduhai.. tapi berkat kesabaran, semangat nak berusaha kenalah bersusah payah sedikit.

Tujuan kami ke sana adalah bagi mempromosi Filem Kecoh Betul yang telah pun keluar di panggung pada 3hb Jun 2010 di samping itu mempromosikan Album terbaru Ukays: Kembali Berbisa. Acara yang berlangsung 3 hari itu, mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan belia.

Sempat juga kami membuat persembahan bersama-sama peminat di sana. Huh, memang tak sangka ramai juga yang turut serta menyanyi bersama Epy. Tak sangka ramai juga yang meminati Ukays setelah sekian lama tidak menghasilkan album.


Insya-allah kami akan jelajah ke tempat lain pula bagi mempromosikan album terbaru kami. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. Doa-doakanlah ya!