Followers

Tuesday, December 30, 2008

Shooting Kecoh Betul!!!


Ada gaya seorang mat rempit? hehe.. Ini bukanlah diri Amy, sebenarnya ini adalah salah satu prop yang digunakan untuk penggambaran bagi filem terbaru yang dilakonkan oleh Nabil iaitu Kecoh Betul! Amy turun melihat penggambaran bertujuan untuk melihat perkembangan proses tersebut juga selaku Pengarah Muzik bagi filem tersebut. Filem ini dijangka ditayangkan pada tahun 2009. Jika ingin mengetahui tentang filem ini nantikan kemunculannya di pawagan berdekatan anda.

Di dalam kesibukan tersebut Amy sempat juga bergambar dengan idola Amy iaitu Pak Aziz Satar yang juga turut berlakon di dalam filem tersebut di samping Shila Mambo. Antara artis lain adalah Diana Daniel, Bell, Vanessa, dan lain-lain.

Malam Mesra MACP


Malam Mesra MACP adalah sebuah acara yang diadakan bagi menghargai para artis, komposer, syarikat yang terlibat serta ahli-ahli MACP. Acara yang berlangsung pada 19hb Dis 2008 tersebut disertai oleh mereka yang terlibat di dalam industri seni muzik tanah air.


Berlangsung di One World Hotel di Damansara pada jam 7.30 malam di hoskan oleh Bob. Lawak jenakanya mencuit hati para tetamu yang hadir. Acara dimulakan dengan persembahan artis veteran yang mengimbau kembali nostalgia ke zaman 70-an.

Antara artis lain yang turut membuat persembahan adalah Winnie Kok, Farah AF, band boys baru iaitu Bunkface, juga turut menyumbangkan bakat mereka adalah komposer-komposer terkenal seperti M.Nasir, Adnan Abu Hassan, Eddie Hamid, Aidit Alfian dan lain lagi.
Amy berasa agak puas juga melihat persembahan mereka pada malam itu. Tambahan pula terdapat hidangan makan malam yang amat lazat dari pembuka selera kepada pencuci mulut.Upacara tamat pada jam 11 malam.

Wednesday, December 17, 2008

Malam Anugerah Media 2008




Amy n Nabil

Nabil, Amy n Angah

16hb Disember 2008, telah berlangsung Majlis Anugerah Media 2008 di Pan Pacific yang ditaja oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia diadakan bertujuan menghargai usaha dan kerjasama media massa di dalam memaparkan berita dan informasi buat semua rakyat di Malaysia.

Amy n Angah

Maka, Amy telah dijemput bersama pada malam itu untuk membawa Nabil Raja Lawak bagi membuat persembahan ke majlis tersebut. Sememangnya malam tersebut meriah sekali dengan kehadiran semua media massa dan ahli-ahli MOA. Kehadiran tetamu pada malam tersebut menjangkau dari yang disangka sehingga tidak cukup tempat duduk.




Backstage before show

Pada jam 10, Nabil bersama Angah Raja Lawak membuat persembahan mereka. Agak lucu dan menarik persembahan mereka. Ramai yang tertawa dan terhibur dengan lawak mereka, para VIP juga turut terhibur. Setelah selesai, maka mereka pun bersurai. lebih kurang 12 tgh malam.

p/s: Lega Amy kerana segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah! Thanks to Nabil, Angah, Tn Haji Arrifin & MOA.
Amy UK's

Friday, November 28, 2008

Semalaman di studio

Pada 11 November 2008, Amy sibuk menyiapkan kerja bagi projek tv pendidikan. Beberapa buah lagu yang menjadi tugasan pada hari itu. Tugasan tersebut disiapkan di Woods Studio yang terletak di Ukay Perdana.





















Pemuzik jemputan yang dijemput adalah Shah; yang suatu dulu pernah menyertai kumpulan yang dibintangi vokalist Uktaz Akhil Hay. Kini beliau berkerja sebagai pemain guitar di sebuah Kelab. Petikan gitarnya amat menarik hati untuk kita bermain gitar bersama-sama.





















Amy juga membuat folly untuk turut diselitkan di dalam tugasan tersebut. Sememangnya jika kita inginkan kualiti maka kita perlu mengambil kira setiap aspek di dalam tugasan yang diberi. Akhirnya, tugasan tersebut siap pada jam 4 pagi setelah beberapa jam bertungkus lumus menyiapkannya. "Maka masa untuk pulang!"

Amy UK's bukan sahaja seorang komposer....

Amy UK's bukan sahaja seorang komposer....



















- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Pada 1 & 2 hb November yang lalu, Amy saja baru melaksanakan tugasnya bukan saja sebagai komposer namun sebagai dj. Terkejut? Sememangnya itu antara tugasan Amy. Setelah bertahun di dalam industri muzik, Amy mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang mengajarnyauntuk menjadi seorang yang "versatile". Tugasan dj itu telah berjalan di Carrefour Alamanda Putrajaya selama 2 hari bersempena dengan mempromosikan wajah baru Carrefour Alamanda.

Acara yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 11 malam itu sememangnya memenatkan. Namun pelbagai keseronokkan dapat dirasai apabila kita bersama-sama dengan ahli keluarga UK's Production memeriahkan suasana acara dengan pelbagai aktiviti. Tambah gembira lagi apabila terdapat peminat-peminat yang turut melibatkan diri dengan persembahan. Agak melucukan melihat gelagat mereka namun itulah sebenarnya "kepuasan" yang dicari oleh kami, iaitu mengembirakan hati mereka.
















Antara artis yang hadir adalah Nash Ubaidillah, Shark, Una, Fatin, Mia, Lin, & Afizan. Lagu-lagu dari 70-an hingga ke muzik terkini menjadi bahan penghibur kepada semua pengunjung di Carrefour Alamanda. Semasa Nash Ubaidillah membuat persembahan, pelakon TV "BONG" saudara Zainal TJ bersama isteri & anaknya turut hadir memberi sokongan.

Lebih kurang 11 malam, Amy pun menutup tirai persembahan kami pada 2 hari tersebut dengan ucapan terima kasih dari artis-artis UK's Production kepada pihak Carrefour.
Maka tamatlah tugasannyasebagai dj pada hari itu
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Amy Ukays Kini dan Selamanya







































PROFILE

FULL NAME AZMI HASSAN a.k.a AMY UK’S/UKAYS/MIG/UTAMA/OKAY

TRACK RECORDS:

BANDS:
1.(1995- 1997)BAND UKAYS – BMG RECORDS
2.(1997-1998) BAND UTAMA – AMBANG KLASIK
3.(1998-2000) BAND OKAY – OKAY PRODUCTION

WORKS EXPERIENCES:

1.(1993- 1995) SOUND ENGINEER - DIGIMIX STUDIO
2.(1997- 1999) MUSIC EXECUTIVE – AMBANG KLASIK (TV3)
3.(2000- 2006) ARTIST & REPERTOIRE EXECUTIVE, MARKETING OFFICER, COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, LYRICIST, & ARRANGER.
4.(2006-2007) KRU MUSIC GROUP, MARINA PRODUCTION, LINE CLEAR MOTION PICTURES - COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, ARRANGER (FREELANCE)
5.(2008) SRI SAHEB FILM PRODUCTION - COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, ARRANGER, MARKETING OFFICER (FREELANCE)
6.(2008) UK’S PRODUCTION – CREATIVE DIRECTOR/ FOUNDER/ COMPOSER
7.(1997-1998) JURY FOR SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN
8.(2003) JURY FOR AKADEMI FANTASIA


DRAMAS
1997: MUSIC DIRECTOR - AIR MATA ATHIRAH (TELEMOVIE) – TV3
2005: MUSIC DIRECTOR - MANIS MADU PAHIT HEMPEDU (BETAREC)
2005: MUSIC DIRECTOR – TARIAN MELAYU TERAKHIR – ASTRO
2005: MUSIC DIRECTOR – DANIEL - ASTRO
2006: MUSIC DIRECTOR - MENTARI SENJA – ASTRO KIRANA
2006: MUSIC DIRECTOR - MUARA DI DARAT MUARA DI LAUT – RTM1
2007: MUSIC DIRECTOR - MIAZARA (26 EPISODES) – TV3
2007: MUSIC DIRECTOR - SEKAM CINTA (26 EPISODES)
2007: MUSIC DIRECTOR - MENANTI SINAR – ASTRO KIRANA
2007: MUSIC DIRECTOR - JENDELA HATI TERLUKA – TV9
2007: MUSIC DIRECTOR - DUNIA BARU THE MOVIE (1-5 EPISODES)
2008: MUSIC DIRECTOR - ANAK MAMI SITCOM (26 EPISODES) – TV9
2008: MUSIC DIRECTOR - ENIGMA TELEMOVIE (FINAL EPISODES)
2008: MUSIC DIRECTOR - TENTANG BULAN THE SERIES – ASTRO
2008: MUSIC DIRECTOR – KUMPULAN HANIS (26 EPISODES) - RTM
2009: MUSIC DIRECTOR - ACA & ATUK (13 EPISODE)
2010: MUSIC DIRECTOR - SELAMAT HARI RAYA BAPAK (13 EPISODE)
2011: MUSIC DIRECTOR - SATRIA MEGA (13 EPISODE)

FILMS
2011: RAYA TAK JADI (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
BUJANG TERLAJAK (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
2010:RASUK (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
2009: KECOH BETUL (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
ADIK MANJA KEMBALI (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
2008: AKHIRAT - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
2007: NANA TANJUNG 2 - (THEME SONG)
2007: OTAI - (THEME SONG/ MONTAGE)
2006: NANA TANJUNG (MUSIC DIRECTOR/ THEME SONG / SOUND DESIGNER)
2006: MAIN-MAIN CINTA (THEME SONG)
2006: TENTANG BULAN - (THEME SONG / MUSIC DIRECTOR/ MIXING)
2006: BUJANG SENANG - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ BUJANG SENANG)
2005: POTRET MISTIK (MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
2005: ANAK MAMI KEMBALI - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING/DUBBING)
2005: LADY BOSS - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
2005: CINTA FOTOKOPI - (THEME SONG)
2004: TANGKAI JERING (THEME SONG)
2004: HINGGA HUJUNG NYAWA - (THEME SONG)
2004: KULIAH CINTA - (THEME SONG)
2003: JUTAWAN FAKIR - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
2003: MAMI JARUM JUNIOR - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
2003: MISTIK – (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR)
2002: MAMI JARUM - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/MIXING)


ADVERTISEMENT

TELEVISION:
2008: WALL’S MOO (SOFEA JANE)
WALL’S FANTASIA MAWI
POWER ROOT (FARA AF & ROSYAM NOR)
POWER ROOT (EURO 2008)
BANK NEGARA ADVERTISEMENT

RADIO:
2001: MAMI JARUM
MAMI JARUM JR

2002: JUTAWAN FAKIR
MISTIK

2003: KULIAH CINTA
TANGKAI JERING

2004: HINGGA HUJUNG NYAWA

2005: LADY BOSS
POTRET MISTIK
CINTA FOTOKOPI

2006: ANAK MAMI KEMBALI
MAIN-MAIN CINTA
BUJANG SENANG
NANA TANJUNG
TENTANG BULAN

2007: OTAI
NANA TANJUNG 2

2008: AKHIRAT THE MOVIE PROMO
MYCOLA
NORAINI’S COOKIES
MAGIC TASTE


ALBUMS

OKAY (8 SONGS) - AMBANG KLASIK
UKAYS (1 SONG) – AMBANG KLASIK
SCOIN (2 SONGS) – FMC RECORD
E.Y.E (1 SONG) – FMC RECORD
FIFI (2 SONGS) – MUSIC LAND RECORD
ALINA HASSAN (1 SONG) – AMBANG KLASIK
DIAMOND (1 SONG) – MSO RECORD
FADZILAH SARIP (1 SONG)- VTR RECORD
SAIFUL APEK (6 SONGS) – MIG RECORD
WAHEEDA (2 SONGS) – MIG RECORD
YANA: CERIA (7 SONGS) – MIG RECORD
LILY SUHANA (7 SONGS) – MIG RECORD
AKHIRAT THEME SONGS – SRI SAHEB PRO
UK’S PRODUCTION COMPILATION ALBUM (5 SONGS)
UK’S PRODUCTION RAYA ALBUM (1 SONGS)



SONGS
SELENDANG BIRU – SUHANA JASMI
AKHIRAT – SHARK
I LOVE YOU SENIORITA – BOY
RAHSIA HATI – CICO
JOGET BERDENDANG – LILY SUHANA
ZAPIN ASMARA – LILY SUHANA
KEKAL JODOH TAK KEMANA – LILY SUHANA
SELAMAT PENGANTIN BARU – WAHEEDA
PERMATA HATIKU – APEK & WAHEEDA
ANAK MAMI KEMBALI – APEK
SALING SAMA CINTA – APEK & LILY SUHANA
JIWA ALIF BA TA – KUMP FUNNY
MASA RIA – KUMP FUNNY
TANGKAI JERING – KUMP FUNNY
TENTANG BULAN – FATIN
AKU PASRAH – YANA
AKU REDHA – YANA
GO AWAY – YANA
HINGGA HUJUNG NYAWA – YANA
MAIN-MAIN CINTA – MISHA & ADAM AF
CINTA BERSULAM DUSTA – DIAMOND
BUNIAN – ADZRIN & KUMP RAWANA
DIRIKU KU INGATI – UTAMA
DOA UNTUK IBU – OKAY
KU INGIN BERSAMAMU –OKAY
KU RELAKAN KAU PERGI – OKAY
LUMRAH PERCINTAAN – OKAY
NALURI INSAN – OKAY
SETIA MENANTIMU - OKAY
GELORA – OKAY
ALINA HASSAN – HANYA KAU YANG MENGERTI
ISITILAH CINTA SUCI – SCOIN
KE BAYU BIRU – ADZRIN & CICO
PANAHAN ASMARA - ADZRIN & ALONG PURPLE
SETITIS RACUN DALAM MADU – EYE
SHA LA LA – PRINCESS
TERPENDAM DI JIWA – CICO
TITIAN KEMBARA - ROZA
LEPASKANMU KERNA TERPAKSA – SHARK
BISIKAN RINDU – NASH UBAIDILLAH & NADIA MENTOR
JATUH CINTA – AMY UK’S & REANNA
TENTANG BULAN - FATIN
MENCARI – ASHIRA KAMAL
MENJELANG AIDILFITRI – UK’S PRODUCTION ARTISTS & ACADEMY UK’S ARTISTS

New Studio

Inilah dia studio saya yang bakal saya miliki pada 1hb Disember 2008.
Di sini syarikat UK's Production bakal menjalankan semua aktiviti seperti music score, editing, mencipta lagu dan pelbagai lagi. Jika sesiapa berminat dengan perkhidmatan kami anda boleh hubungi saya di
012707057.














































Selamat Datang


















Kata-kata Aluan dr Amy Uk's
Selamat datang kepada semua para blogger ke blog Amy UK's. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara para blogger, penggiat seni dan peminat muzik tanah air. Jika anda berbakat ingin mencipta lagu, berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan, modelling, pengacaraan anda boleh menghubungi saya. Had umur adalah diantara 8tahun ke atas. Sebarang pertanyaan sila mel kan kepada saya.

E-mail: amie_uks09@yahoo.com atau uks.production@gmail.com.

Amy UK's