Followers

Sunday, February 3, 2013

Ost Hero Bola

Selain dari filem, Ost drama RTM iaitu Hero Bola juga siap. Rakaman disiapkan pada minggu lepas. kali ini penerbit minta penyanyi remaja pula. Jenuh juga memikirkan siapa nak menyanyi lagu ni. Akhirnya setelah difikir- fikir.. Haqiem Idola Kecil menjadi pilihan hati. Rasa nya tahun lepas baru je jumpa tengok- tengok tahun ini Haqiem dah besar rupanya.

lagu Hero Bola ini dinyanyikan oleh Haqiem dan di back up vokal oleh Didi Astillah. Lagu semangat katakan. Kenalah budak muda menyanyi. cerita ini tentang seorang kanak- kanak yang minat bermain bola yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Amy nak cerita banyak- banyak pun bukan korang nak baca semua. Nak tahu kenalah tonton di TV2 bulan Mac 2014 ni.

Amy selitkan video di sebalik tabir dan lagu Hero Bola untuk semua. Enjoy!

1 comment:

Anonymous said...

pilihan yang paling tepat - haqiem rusli punya suara sangat mantap seta unik!