Followers

Tuesday, January 26, 2010

Jauhkan prasangka

Minggu ini pelbagai kerja hendak dibuat disamping menguruskan pejabat dan studio terdapat juga rakaman bagi beberapa buah lagu. Namun bukan itu sahaja, terdapat lagi kerja-kerja yang bakal berkunjung tiba di bulan hadapan yang memerlukan komitmen dan masa yang lebih panjang.

Tatkala itu, ada juga berita yang kurang senang didengari sepanjang minggu ini. Ingin dikongsikan bersama di dalam post kali ini.

Di dalam kehidupan seseorang mesti ada "private life" mereka di mana tidak perlu "every detail" harus kita kongsikan bersama teman baik kita mahupun teman kerja. Apabila istilah "business is business" di olah kan menjadi business is "apart of private life" maka itu adalah suatu perkara yang teman itu harus merujuk kepada apa erti BUSINESS dan PRIVATE. Mahukah anda membuat perniagaan dan membuka pekung di dada kepada klien ada? Wajarkah perkara itu dilakukan?

Apabila kita melakukan suatu perniagaan kita harus mempunyai kejujuran dan sikap profesional. Tapi tidak bermakna anda harus jujur dalam memberitahu masalah keluarga anda atau rakan-rakan anda semata-mata untuk mendapatkan satu kerja. Adalah itu suatu perkara yang harus dilakukan? Di sini kita dapat melihat bahawa sikap profesionalisme itu tidak dibawa di dalam etika perniagaan tersebut. Seharusnya, ketika melakukan perniagaan anda harus menunjukkan sikap profesionalisme itu bukan membuka hal peribadi orang lain. C'mon business is business, perlukah anda diingatkan setiap kali menjalankan business.

Kajilah sikap profesionalisme anda. Wajarkah anda menceritakan perihal orang lain yang tidak semestinya benar semata-mata mengejarkan perniagaan dan populariti? Fikir-fikirkan masalah tersebut sebelum anda melakukannya. Ini bukan sahaja melibatkan diri anda malah rakan anda. Apabila perihal begini berlaku maka terdapat isu kepercayaan yang telah anda hilang dari rakan anda hanya kerana perniagaan yang belum tentu mendatangkan hasil pada diri anda.

Apabila berniaga terdapat isu kepercayaan terhadap rakan sekerja mahupun bos anda. Semestinya setiap manusia mempunyai kisah mereka tersendiri. Kisah ini kadangkala diceritakan kepada mereka yang rapat. Kerana apa? Kerana KEPERCAYAAN. Inilah dia suatu perkataan yang harus diingatkan di dalam otak anda. Kepercayaan ada banyak jenis, ada yang berbaur semata-mata atas dasar perniagaan dan ada yang atas dasar hubungan yang kuat di antara seseorang. Dasar itu yang meletakkan sejauh mana kepercayaan itu harus diletakkan. Namun begitu, apabila emosi menguasai anda mula meragui sejauh mana harus anda letak kepercayaan anda itu.

EMOSI merupakan satu pengaruh besar di dalam hidup anda. Hanya kerana emosi anda memecahkan kriteria kerja mahupun peribadi anda. But still business is business! Emosi mengawal sikap jujur dan profesionalisme anda. Pengaruh emosi yang tidak dikawal mampu mendorong kepada kepercayaan yang kurang kepada rakan dan keluarga lantas membawa kepada kesalahan etika perniagaan di mana sikap profesionalisme itu tidak lagi berguna buat diri anda.

Ini sekadar perkara yang harus dikongsikan bersama. Fikirkanlah di mana harus anda letakkan diri anda itu. Adakah anda profesional atau tidak?

No comments: