Followers

Sunday, January 10, 2010

House of five


Pn. Liza dan En Saprudin merupakan ibu bapa yang sentiasa percaya bahawa bermain muzik dari kecil boleh membentuk minda anak-anak ke arah pembentukan sahsiah yang positif dan disiplin dalam diri mereka. Dari kecil, 5 beradik ini di didik dengan latihan muzik sejak berusia 4 tahun.

Keriangan, persefahaman dan minat yang mendalam, 5 beradik ini bermain alat-alat muzik terus mencetus satu detik permulaan ibu bapa House of 5 ini untuk melahirkan impian mereka kepada satu kenyataan.

Ilham House of 5 tercetus dari tree house yang dibina oleh ibubapa mereka di belakang laman rumah di mana di situlah segala kenangan dan ilham mencipta lagu oleh Syazmin (Vocalist dan team leader) terhasil.

Syazmin (anak sulung) yang kini menuntut di Hull University, United Kingdom dalam jurusan undang-undang (mengikut jejak bapa) memiliki bakat terpendam dalam mencipta melodi lagu dan lirik serta boleh bermain beberapa alat muzik dengan baik.
Gabungan usaha jitu dari House of 5 dan penerbit Amy (UKAYs) berjaya menghasilkan 2 buah lagu yang sungguh unik dan menarik.

Setiap lagu tersebut di hasilkan dari idea Syazmin manakala alatan muzik dimainka oleh adik beradiknya yang lain iaitu, Aizat(biola), Azran(gitar), Syazrin(suara latar) dan Azriq(drum).
Muzik mereka menampilkan muzik baru dan digabungkan dengan unsur-unsur etnik kemelayuan agar sesuai dengan konsep masa kini.
Dengarkan lagu mereka di corong-corong radio dan YouTube. Ekslusif untuk anda:




carilah mereka di FACEBOOK dan sokonglah mereka.
http://www.facebook.com/pages/House-Of-F

Sumber: G-nius Venture Sdn Bhd

No comments: