Followers

Friday, May 21, 2010

Melodi 16hb Mei 2010

16hb Mei 2010, Amy telah dikejutkan dengan sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan di rancangan Melodi. Sewaktu berlangsungnya siaran tersebut Amy sedang bertugas bagi promosi filem Kecoh Betul di Putrajaya. Tidak Amy sangka terjadinya perkara seperti ini, walaupun penerbit filem Kecoh Betul; Mr Baldev telah memaklumkan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat di melodi.

Kejadian tersebut berlaku pada 12hb Mei 2010, di Golden Screen Cinema, Tropicana City di antara jam 5.15 petang apabila Amy telah diserang oleh lelaki tersebut selepas tayangan perdana berlangsung di hadapan pula ramai sedang sibuk dengan 'press conference' yang bakal berlangsung. Tatkala itu, Amy sedang bertugas menjaga audio bagi 'press conference' tersebut tiba-tiba datang seorang lelaki yang menyerang Amy dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dan menuduh Amy berhutang dengannya RM6000.00. Amy terkejut dan tergamam dengan serangan lelaki tersebut. Siapa tidak terkejut apabila diserang secara tiba-tiba. Amy terus keluar dari 'press conference' tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian berlaku. Hairan juga, Amy bukannya kenal dengan lelaki tersebut namun mengapa dia dengan sesuka hati menuduh Amy sebegitu rupa.

Oleh kerana itu, Amy telah membuat kenyataan polis tentang serangan tersebut dan telah membuat kenyataan di Berita Harian. Amy rasa lelaki tersebut ingin mengaibkan dan memalukan Amy. Amy kalau boleh tak suka kejadiaan seperti ini berlaku apatah lagi disiarkan di Melodi. Sekiranya benar kenyataan beliau menuduh Amy berhutang, di manakah buktinya? Itu sahaja Amy minta. Jika tidak Amy ingin beliau tampil memohon maaf atas tuduhannya. Jika tidak Amy berkemungkinan akan membawa ke mahkamah bagi langkah selanjutnya.

2 comments:

suria lekatlekit said...

kita ada tgk & tahu dia cakap pasal abg.. Dia cakap abg takut2 bila jumpa dgn dia & abg nak salam tp dia x sambut salam abg. kalau btl dia nak mengaibkan abg.. tp kenapa yer?? maybe ada dendam lama kot or ada org upah dia utk buat semua tu. apapun semoga abg tabah jika abg di pihak yang benar.

Amy UK's/ UKAYS / OKAY / UTAMA/ MIG/ said...

terima kasih. abg pun x tahu kenapa. kalau betul nak hutang jumpalah depan2 x perlu keluarkan kenyataan di melodi. Mungkin dia nak publisiti.