Followers

Sunday, January 22, 2012

KEMBALI BERBISA BERSAMA AMY UK'S



Jam sudah menunjukkan jam 4.25 pagi. Amy pun masih belum lelapkan mata.. sebelum mata mula menutup tirai Amy nak kongsikan sebuah video buat semua peminat album terbaru Uk's Kembali Berbisa. Pada yang belum menonton silalah berbuat demikian. Amy ceritakan serba sedikit setiap kisah bagi setiap lagu di dalam album tersebut. Layannnn

Tuesday, January 17, 2012

Telefilem "LEPASKANMU KERNA TERPAKSA"

'Teaser Poster Lepaskanmu kerna Terpaksa'

Salam semua, mesti anda semua tertanya-tanya Amy ni nak buat Telemovie apa pulak? Dari penerbit album sekarang penerbit Telemovie pula? 

Jawapan kepada persoalan itu adalah ya. Tidak lama lagi Insya-allah jika dipermudahkan oleh Allah swt, Amy akan mulakan penggambaran bagi Telefilem bukan Telemovie bertajuk "Lepaskanmu kerna terpaksa. Apakah itu telefilem? Telefilem lebih mengetengahkan shot-shot seperti filem berbanding telemovie yang lebih pada shot drama namun kedua-dua tidak akan ditayangkan di panggung wayang namun hanya dikeluarkan di dalam bentuk VCD atau DVD sahaja. 

Amy terdorong nak membuat telefilem kerana memang sudah lama Amy menyimpan niat ingin menghasilkan sebuah karya visual. Setelah berkecimpung hampir 10 tahun dalam bidang seni perfileman sebagai Pengarah Muzik Filem, hajat di hati ingin juga menceburkan diri sebagai Penerbit. Pada asalnya memang Amy nak menghasilkan sebuah filem namun banyak ura-ura mengatakan banyak filem yang berada di dalam senarai Wajib Tayang dan kemungkinan besar filem yang siap tahun 2011 atau 2012 belum tentu akan ditayangkan pada 2012. Bila difikirkan kembali Amy cuba mengambil satu langkah untuk terus ke Telefilem dan akan di jual terus dalam bentuk dvd/ vcd. "Kalau tak basilahh! Bila dah basi, siapa yang rugi? Amy jugak kan?..kan?"

Berbalik pada tajuk cerita iaitu Lepaskanmu kerna terpaksa diambil dari tajuk lagu ciptaan Amy sendiri dari Album Uk's Kembali Berbisa. Setelah dipasarkan bermula tahun lepas, album ini mendapat sambutan hangat dari para peminat sendiri. Alhamdulillah. Amy juga bekerjasama dengan NSR bagi mengedarkan album tersebut di pasaran dan mendapat 'feedback' yang amat menggalakkan. Tambahan pula video-video bagi lagu "lepaskanmu kerna terpaksa yang diupload para peminat 8 bulan lepas telah mencapai jumlah 1.6 juta keseluruhannya. Tidak sangka makin hari makin meningkat jumlah pendengar lagu tersebut. Amy amat bersyukur. Pendekatan ini yang Amy ambil lalu menghasilkan sebuah Telefilem yang diadaptasi dari lagu itu sendiri seperti mana lagu Isabella & Mira Edora.

Amy kini sedang giat menjalankan diskusi bersama pengarah/ penulis skrip tentang skrip dan perjalanan cerita ini. Kalau nak tahu sebenarnya kisah cerita ini adalah kisah kehidupan dan percintaan Amy yang tidak kesampaian. Amy ingin penonton fahami keperitan yang dialami sepanjang percintaan tersebut yang ada persamaan dengan kisah di dalam lagu itu. Amy harap anda semua dapat menyongkong Amy. Terima kasih.

Ciao cincau

p/s: nantikan Telefilem di pasaran pada pertengahan tahun 2012, insya-allah!