Followers

Sunday, October 24, 2010

Battle of The Bands, Bandar Muadzam Shah, Pahang






Kepenatan betul Amy setelah pulang dari Bandar Muadzam Shah bersama-sama Epy, Yana Hisham, Anna dan Malik. Jadual Amy sememangnya agak padat bulan ini. Oleh kerana, dihubungi last minutes namun Amy tetap teruskan juga.

Berikut merupakan jadual perjalanan Amy semalam.

Jadual

1.00pm : Bertolak ke Bandar Muadzam Shah
4.30pm : Tiba buat pertama kali di bandar Muadzam Shah
5.00pm : Tiba di DEWAN DARA MUADZAM SHAH. Membuat soundcheck.
6.30pm : Selesai soundcheck.
7.00pm : Dinner di WAWA Inn dan check in.
8.30pm : Bersiap-siap menuju ke Dewan
9.00pm : Persembahan peserta Battle of The Bandshttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2565734645987748117
10.00pm: Ketibaan YB Senator Datuk Maznah Bt Mazlan dan pesembahan peserta terakhir.
10.30pm: Pengacara memberi sepatah dua kata dan menjemput Amy dan Epy membuat persembahan. Selesai Amy membuat persembahan solo gitar dan memberi ucapan diikuti dengan persembahan dari Epy dengan 2 buah lagu.
11.00pm: Ucapan oleh YB Senator Datuk Maznah Mazlan
11.30pm: Penyampaian cenderahati dan hadiah pada pemenang. Sesi karaoke bersama-sama.
12.00pm: Sesi bergambar dan tandatangan.
1.00 am: Majlis tamat. Alhamdulillah


Baiklah, Amy selitkan juga beberapa keping gambar untuk tatapan semua.
Selebihnya sila layari facebook Uk's Records

Amy berasa puas hati dengan show semalam walaupun pelbagai dugaan dan cabaran perlu Amy tempuhi untuk meneruskan show tsb. Apapun Amy ingin berterima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia kerana menjemput Amy ke sana. Juga pada yang menang, semoga berjaya! Juga all the best kepada Geng2 Battle of Bands!

Tuesday, October 19, 2010

Ikon Belia



Tak sangka betul Amy apabila menerima sms dari setiausaha Senator Datuk Maznah Mazlan yang menjemput Amy ke Pahang pada 23 hb Oktober ini. Tujuannya? Amy dijemput sebagai Ikon untuk membuat persembahan bagi Battle Of The Band kepada belia. Alhamdulillah.
Kepada sesiapa nak bertemu Amy , bolehlah ke sana! Jumpa di sana!

Thursday, October 14, 2010

Dubbing bagi Filem Rasuk!






Kini Amy sedang sibuk pula dengan filem Rasuk. Di mana Amy sedang menjalankan proses dubbing.

Dubbing adalah proses memasukkan suara di dalam sebuah filem. Secara peribadi, Amy lebih gemar menggunakan dubbing suara bagi sebuah filem kerana apabila kita memasukkan efek, muzik dan ambiance (bunyi persekitaran), suara pelakon tersebut lebih jelas kedengaran di panggung. Namun ia memerlukan lebih banyak masa dan lebih ketelitian berbanding direct sound (bunyi yang dirakam secara langsung sewaktu penggambaran). Lain kali Amy akan terangkan lebih lanjut tentang direct sound. Tetapi sebenarnya lebih banyak kelebihan menggunakan dubbing ini berbanding direct sound. Antara kebaikkannya:

1. Suara lebih jelas dan nyata di panggung
2. Menyelamatkan suara yang hilang/ rosak semasa direct sound

Kebanyakkan filem luar negara seperti King Kong juga menggunakan proses dubbing.

Oh ya sempat juga Amy snap picta di sini sana sepanjang dubbing tersebut.
Layan lah ya. Bye!

YOUTUBE CHANNEL AMY UK'S *UPDATED!



Kami menerima tempahan untuk Dj Amy Uk's, artis kumpulan Uk's, dan juga PA system untuk memeriahkan suasana majlis anda. Sila hubungi kami di 016 328 0027 atau emel kepada uks.records@gmail.com.

Web: http://uksrecords.blogspot.com or http:// amyukay.blogspot.com

Search: Twitter/ Facebook - Amy Uk's

Lagu: Selamat Pengantin Baru (lagu Tema Kecoh Betul)

Mengandungi lagu hakcipta White Merpati Entertainment

Friday, October 1, 2010

Promosi Habis!

Hi! Pada sesiapa yang bertanya, kini tiada lagi pos percuma kerana promosi Aidilfitri telah tamat. Kini anda perlu membayar RM4 bagi pos. Namun jika melebihi had berat yang ditetapkan maka akan di caj RM6. Harap maklum!

Terima kasih kerana membeli bersama kami.
Admin Amy Uk's Blogspot.